Saturday 11 February 2012

Ada Cinta

Kalau kita dah cintakan seseorang. Saban hari saban malam kita akan memikirkannya. Apa lah yang dia tengah buat? Dia ingat kat aku ke tidak? Cukup makan ke tidak?  Padahal dah besar gedabak tahu lah dia nak hidup sendiri tapi dah namanya cinta hal kecik tu jadi begitu concern alahai...

 Kita juga akan selalu menganalisa karakter dan perangai si dia. Contohnya "Kenapa lah tadi dia tak bagi aku tengok handphone dia? Curangkah?" . Ceh, nampak memang remeh. Tapi kalau kita tak pandai control jiwa hati dan perasaan mulalah kalau dah frust cinta tu kau pergi panjat banggunan KLCC nak buat sky diving sehelai sepinggang mak aih ngeri weh!

 Memang lumrah kita akan tertarik dengan orang yang berlainan jantina. Lelaki suka pada perempuan. Perempuan suka pada lelaki. Agak-agak kenapa ek kita jatuh cinta kat orang tu?

1)SEBAB Pandai?
Tengok si lelaki score 4flat untuk final exam padahal 24jam main Dunia Orang Tanpa Awek. No no no I mean Dota Game lah. "wah, pandainya dia!"

2) SEBAB Cantik?
 Si lelaki melihat si gadis begitu cantik dan ayu. Lebih comel dan cantik daripada Selena Gomez. Alahai cantiknya. Jatuh Cinta. Bukak mata tutup mata nampak si klon Selena Gomez je lah kan. Ah i love you like a love song bebeh! amboi kau.

3) SEBAB Hebat?
Si lelaki boleh angkat motor Harley Davidson pakai gigi arnab dia je. Wah, hebatnya!

Tapi bila kita lihat, semua sebab diatas adalah bersifat sementara sahaja. Si lelaki yang score final exam mungkin boleh gagal dalam exam jika dia asik main game Dota sampai lupa hari tersebut ada paper final dia. Maka kena repeat paper la dia!
Si gadis yang cantik atau lelaki yang kacak tak kekal selamanya. Tua nanti berkedut jugak. Semuanya bersifat sementara. Si lelaki yang angkat motor Harley Davidson tu kau fikirlah sendiri. Mungkin akan datang dia kurang kalsium lalu gigi dia tak kuat lagi nak angkat motor tu? :D

Maka itu kita perlukan reason atau sebab yang kukuh. Bila sebab itu bersifat abadi maka cinta itu pun akan kekal abadi. Allah bersifat kekal dan abadi selamanya. Kalau dia pandai sangat, Allah maha pandai. Kalau dia cantik atau kacak sangat-sangat, Allah maha cantik dan indah. Kalau dia hebat gila, Allah maha hebat.

Allah yang ciptakan si dia kat dunia ni. So Allah menjadi sebab nombor satu jika kita cintakan dia.
Jadi kita tidak akan ada rasa sifat memiliki. Sifat memiliki itu hanya pada Allah. Si dia tu hanya dipinjamkan sahaja. Tak payah lah kita frust kalau tak dapat si dia. Perancangan Allah lebih baik untuk kita.

Kalau dulu rasa gundah gulana memikirkan pengakhiran sebuah cinta tapi kini tidak perlu risau lagi. Allah kan ada. Bergantunglah pada Allah. Jangan berharap sangat pada manusia. Bimbang dikecewa kelak. Hanya cinta-Nya tidak mengecewakan. Semoga kita berjumpa dengan jodoh masing-masing. Dear my future husband, bila kita kahwin nanti, I masak, you makan. You Imam, I  makmum. You baca doa, I aminkan. I merajuk, you pujuk. Perfect, kan? :')