Sunday 29 April 2012

Velvet Flat Shoes

Assalamualaikum

Tahukah apa itu Velvet Flat Shoes? Velvet tu. Alaa yang macam baldu tu. Ramai je girls sekarang pakai. Dulu aku tak berani nak mencuba pakai sebab selalu aku perhatikan girls akan pakai warna yang striking je. Ish tak berani la nak pakai warna terang-terang ni sebab menarik perhatian sangat pula rasanya. 

Tapi zaman sekolah dulu masa form 3 pernah je pakai kasut sukan warna merah pekat masa acara rejam lembing. Satu stadium Bukit Jalil fokus kat kasut aku je oh alhamdulillah la takde pulak kerbau bertanduk kat muzium eh muzium pulak stadium la! 

Aku kan suka jalan kaki daripada Fakulti ke rumah sewa. Ada satu masa tu sandal putus la pulak masa dah sampai kat stadium UiTM. Dah la sandal tu penyelamat  kalau kaki melecet-lecet ni. Dah la. Dah la. Dah la. Terpaksa habiskan baki perjalanan dengan jalan terseret-seret jugak lah. Peduli hape kalau orang kata cam cacat. Asalkan sampai rumah. Ah tu yang break up dengan sandal dan kasut  yang baru dibeli kat bata 66 hengget tue.




Bila dah bertemu si kasut baldu. Aku jatuh chenta. Dia balut dengan lembut je pada kaki. Takda dah nak melecet-melecet ni. Kaki aku yang besar macam pokok ketapang ni pun dah nampak lebih comel je tau. Yang penting tak tinggi tumitnya. Tak lah bagi kesan sakit pinggang ke apa kan. 

Harga Velvet Flat Shoes ni murah je. RM20 hengget je tau. Kat Dataran Cendikiawan UiTM Shah Alam ada banyak aje stok. Warna pun macam-macam. Made in Thailand. Boleh tengok wayang hantu Thailand citer 'Dark Flight' sambil pakai kasut ni biar feelin lebeh cket :D

 Kalau korang nak pergi latihan kung fu pun senang je pakai kasut nih. Ada gaya kasut kung fu ouh. Taruk ribbon la kasi feminin sket. Korang yang minat menari tarian ballet pun sesuai jer kalau nak pakai kasut gini. Pon bollllehh~~~

Pahtu kalau future hasben/hasben korang lebih rendah ketinggiannya (Macam Brad Pit dengan gulpreng dier) tak de lah korang nampak kontra sangat bila jalan sama-sama sebab kasut flat je. Kan sweet tu atok kiter kata murah rejeki ouh hehe

Tapi ada kawan kiter tu selalu suggest suh beli kasut Scholl. Dia bilang sangatlah selesa. Hehe, hai kawan. Kita kawan kan kan kan. Bak sini belanja satu eh tak mo satu je nak sepasang kasut Scholl wahai kawan. Ah macam ni arr kawan. Camni arr. Papai. Majuk ah :P

Wednesday 11 April 2012

Takdir: Konsep


Sepanjang kehidupan kita, pasti sesuatu yang terjadi kepada kita itu telah kita anggap ia sebagai takdir.
Apa dia? Takdir? Ah, sesiapa sahaja senang nak tuding jari pada takdir untuk menyedapkan hati terutama bila dah buat salah kan.

"Dah takdir I nak buat maksiat dengan dia", rungut hati seorang insan yang nak menyedapkan hati lalu mahu mengatakan itu takdir Allah.

Adakah buat maksiat itu adalah takdir daripada Allah?

Dalam konteks maksiat ni, kita tidak boleh melakukan maksiat dengan alasan takdir. Betul tak?
Allah tidak memaksa kita melakukan maksiat kerana kita sudah diberikannya pilihan sebaliknya.

Memahami konsep takdir dengan cara macamtu seperti menyalahi hikmahnya. Hikmah kita diwajibkan beriman kepada takdir adalah supaya kita tak terlalu  sedih apabila ditimpa musibah dan tidak lupa diri ketika mendapat kesenangan. Ini kerana kita yakin semua itu daripada Allah.

Tak patut kita mengandaikan-andaikan perkara yang belum terjadi, dan terus melompat kepada alasan takdir.


Selagi kita boleh berusaha, berusahalah dan berdoa untuk mengelakkan takdir yang tidak kita mahu . Segalanya dengan izin Allah. Pinta lah pada Nya. 


Semoga kita memahami konsep takdir daripada kisah Sayyidina Umar.

Semasa perjalanan ke Syam, Sayyidina Umar dan para sahabat dikhabarkan penyakit taun sedang merebak di sana. Lalu mereka pun bermesyuarat dan Umar mencadangkan
supaya kembali sahaja ke Madinah. Manakala, Abu Ubaidah Amir bin al Jarah berkata, "Wahai Amirul mukminin, mengapa tuan mahu kembali ke Madinah dan lari daripada qadar Allah?"

Umar pun menjawab, "Kami lari daripada qadar Allah kepada qadar Allah.

Penjelasannya, Hukum Alam menetapkan akal kita mampu berfikir. Kita ada dua pilihan. Pilihan pertama:Pergi ke negeri yang dilanda taun akan menyebabkan mudah dijangkiti taun
misalnya.
Pilihan kedua: Tidak pergi lalu jangkitan taun dapat dielak.

Maka, melaksanakan pilihan pertama ataupun pilihan kedua, semua tu dinamakan qadar Allah.

Akal dan hati fungsinya untuk berfikir dan memilih. Kita tak patut salahkan Allah dengan pilihan kita itu sekiranya akibatnya buruk. Apa pun, sama ada kita memilih pilihan pertama atau kedua, semua itu sudah pun ada dalam pengetahuan Allah. Ia berlaku ke atas kita dengan izin Allah jua(Kunfayakun)




Monday 2 April 2012

Rasa itu


Baru sahaja Ayah menghantar aku pulang ke rumah sewa di Shah Alam. Ntah mengapa mood aku menjadi sedih. Terharu dengan kebaikan si bapa yang ku panggil Ayah. Tapi hal ini buat aku jadi serba salah. Terasa menyusahkan Ayah.

 Setibanya aku di Shah Alam terus ajak aku makan. Aku tak nak makan sebab sebelum bertolak tadi aku dah makan. Pagi-pagi buta sebelum mak pergi kerja, mak aku dah siap masakkan asam pedas  ikan siakap yang sangat lazat lagi ohsem oh terima kasih emak!
Em tapi tanpa meminta, ayah tetap ambilkan ayam goreng untuk aku sebab  tahu aku suka.
Selepas itu ayah bertanyakan...

“cukup dah buku-buku pelajaran?”,

“Kertas dan pen cukup?”

“Almari baju dah beli?”

“Tilam?”

Soalan yang paling-paling-paling selalu ialah...

“Duit cukup ke? Betul ke ni? Cakap betul-betul kalau rasa tak cukup...”

Huhu. Aku yang kesian tengok ayah sebab dia macam risau je tengok aku. Seboleh-bolehnya nak cukupkan segala-gala keperluan aku. Sebelum nak hantar aku balik je mesti dia akan pastikan aku bawa sekotak Air Mineral 1.5L sebab dia tahu aku tak suka minum air paip yang dimasak.

Setelah itu paling aku rasa bersalah bila ayah susah payah kena angkut sekotak Air Mineral tu sampai kat depan pintu rumah sewa aku. Dah la kena naik tangga. Berat gila pulak tu. Aku tahu Ayah nanti sakit pinggang kalau angkat berat-berat ni.

Aku rasa useless gila sebab even badan aku tough macam rugby player tapi ayah tetap tak percaya aku mampu angkat sekotak air tu.

Dah penat-penat angkat tu pastu Ayah keluarkan beg duit dia pula. Dah agak! Seperti biasa mesti nak hulur duit. Bukan sikit. Ratus-ratus banyaknya.  Tu pun Ayah risau takot aku tak cukup. Aku mesti cakap lebih daripada cukup. Ish memang rasa bersalah lah aku walaupun Ayah kata itu tanggungjawab dia tapi aku rasa seperti sangat menyusahkan dia.

Tu la perasaan yang mengusik jiwa aku setiap kali aku nak balik ke UiTM Shah Alam. Kalau setiap minggu balik ke rumah maka setiap kali itu Ayah nak hulur duit.  Mesti dia yang nak hantar aku ke Shah Alam walaupun aku cakap aku boleh tumpang kereta kawan. Kata ayah yang penting aku mahu belajar, modal dan iringan doa semua ayah boleh usahakan. Begitulah kasih seorang Ayah. Kasih Emak? Laaaagi lah tak boleh dipertikai! Sanggup berkorban apa sahaja sejak anak mu ini dilahirkan.

Sejurus bersalaman dengan Ayah aku terus berlari ke tingkap bilik. Aku mahu melihat kereta yang ayah pandu sehingga hilang kelibatnya dari pandangan aku. Tanpa disedari, air mata aku bergenang (T_T)

Ya Allah, janganlah kau jadikan aku sebagai beban kepada ibubapaku. Jauhkan lah aku daripada menjadi manusia yang menghampakan harapan ibubapa ku. Peliharalah mereka seperti mana mereka memelihara aku sejak kecil hinggalah aku dewasa kini. Tempatkan mereka ke dalam Syurga mu Ya Allah. Ameen.


Sunday 1 April 2012

Resepi Spaghetti Kuah Putih

Salah satu makanan favorite aku ialah Spaghetti. Oh bukan lah nak cakap aku ni taste western sangat. Masak lomak cili hapi tu aku lagi suka sebenarnya.

 Tapi kalau dah tiba time lidah ni nak gedik-gedik rasa nak kunyah spaghetti, memang macam meroyan jugak lah craving nak makan tu. Sampaikan bangun pagi je boleh keluar dialog "Mana spaghetti kuah putih meow?" (Meow adalah kata ganti nama khas bila dah sawan sahaja)

Biasa student kan memang asik makan maggi je kalau lapar dan mahu berjimat. So dah bosan aku makan maggi kari baik cuba makan spaghetti. Naik sikit taraf daripada maggi ngeh ngeh

Memandangkan Pasaraya Giant sangat dekat dengan rumah sewa. Just like stone threw away from my house gitu maka tiada masalah untuk mendapatkan segala bahan memasak di dapur. Sebungkus Fettucini melebihi daripada cukup untuk dimakan seramai sembilan orang!

Biasanya aku masak kuah spaghetti menggunakan Prego. Tapi bestfriend aku si FatimahMahirahAbuHassanAshaari (Nama dia kat facebook memang panjang cenggini tanpa spacebar) suka kuah buatan sendiri daripada menggunakan Prego. Dan aku pun mula jatuh cinta bila sphagetti aku dibanjiri kuah sebab selalu guna prego dapat sikit je kuah dia. huhuhu

Keesokkan harinya pergi kampus aku sibuk kepoh bercerita kat kawan sekelas mengenai kesedapan menikmati Spaghetti kuah putih yang dimakan. Semua kawan-kawan aku terliur dengar cerita aku. Eksaited semua nak mintak resepi. Nasib baik resepi ni senang. Kalau tanya resepi nak buat dodol mahu ternganga.

Bahan-bahannya:

Sepaket Speghetti (Haritu aku guna Fettucini sebab dah boring dengan paras rupa Spaghetti)
Sekotak besar susu full cream Dutch Lady
Satu tin cendawan butang yang dah siap dicincang
5 batang sosej dihiris nipis
3 keping keju Chesdale
Bawang merah dicincang
Bawang putih dicincang
Garam secukup rasa
Lada sulah

Cara-cara:
1. Mula-mula rebuskan Spaghetti sehingga mencapai kelembutan yang diidamkan. Untuk elakkan daripada melekat, sapu sedikit mentega. Tos dan asingkan.
2. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing
3. Masukkan sosej
4. Tuangkan susu fullcream (Kalau suka style banjir tuang je satu kotak tuh)
5.Kacau hingga mengelegak dan sedikit likat
6. Kemudian letakkan keju
7.Masukkan cendawan
8. Letak garam dan lada sulah
9.Sedia dihidang

Yummeh!
Memang sedap sangat dapat makan ramai-ramai haritu. Berbaloi-baloi. Makan masa panas-panas tu. Dah sejuk memang rasa muak teramat tapi masih sedap la. "Jimat, Mudah, dan Sedap" itulah tagline untuk hari tu dengan masing-masing mulut comot dengan kuah putih terasa indah dan bahagia saat itu apabila dikenang kembali ewah ewah :'D