Wednesday 11 April 2012

Takdir: Konsep


Sepanjang kehidupan kita, pasti sesuatu yang terjadi kepada kita itu telah kita anggap ia sebagai takdir.
Apa dia? Takdir? Ah, sesiapa sahaja senang nak tuding jari pada takdir untuk menyedapkan hati terutama bila dah buat salah kan.

"Dah takdir I nak buat maksiat dengan dia", rungut hati seorang insan yang nak menyedapkan hati lalu mahu mengatakan itu takdir Allah.

Adakah buat maksiat itu adalah takdir daripada Allah?

Dalam konteks maksiat ni, kita tidak boleh melakukan maksiat dengan alasan takdir. Betul tak?
Allah tidak memaksa kita melakukan maksiat kerana kita sudah diberikannya pilihan sebaliknya.

Memahami konsep takdir dengan cara macamtu seperti menyalahi hikmahnya. Hikmah kita diwajibkan beriman kepada takdir adalah supaya kita tak terlalu  sedih apabila ditimpa musibah dan tidak lupa diri ketika mendapat kesenangan. Ini kerana kita yakin semua itu daripada Allah.

Tak patut kita mengandaikan-andaikan perkara yang belum terjadi, dan terus melompat kepada alasan takdir.


Selagi kita boleh berusaha, berusahalah dan berdoa untuk mengelakkan takdir yang tidak kita mahu . Segalanya dengan izin Allah. Pinta lah pada Nya. 


Semoga kita memahami konsep takdir daripada kisah Sayyidina Umar.

Semasa perjalanan ke Syam, Sayyidina Umar dan para sahabat dikhabarkan penyakit taun sedang merebak di sana. Lalu mereka pun bermesyuarat dan Umar mencadangkan
supaya kembali sahaja ke Madinah. Manakala, Abu Ubaidah Amir bin al Jarah berkata, "Wahai Amirul mukminin, mengapa tuan mahu kembali ke Madinah dan lari daripada qadar Allah?"

Umar pun menjawab, "Kami lari daripada qadar Allah kepada qadar Allah.

Penjelasannya, Hukum Alam menetapkan akal kita mampu berfikir. Kita ada dua pilihan. Pilihan pertama:Pergi ke negeri yang dilanda taun akan menyebabkan mudah dijangkiti taun
misalnya.
Pilihan kedua: Tidak pergi lalu jangkitan taun dapat dielak.

Maka, melaksanakan pilihan pertama ataupun pilihan kedua, semua tu dinamakan qadar Allah.

Akal dan hati fungsinya untuk berfikir dan memilih. Kita tak patut salahkan Allah dengan pilihan kita itu sekiranya akibatnya buruk. Apa pun, sama ada kita memilih pilihan pertama atau kedua, semua itu sudah pun ada dalam pengetahuan Allah. Ia berlaku ke atas kita dengan izin Allah jua(Kunfayakun)