Tuesday 14 August 2012

Baju Raya Spongebob



KUNING !



Kali ini memberanikan diri memilih warna kuning untuk baju kurung. Apakah sudah mahu putuskan hubungan dengan warna pink? Oh tak, tak. Orang gedik memang tetap suka warna pink sehingga rumah ibu bapanya pun di cat warna pinky. Ibu bapa cuma redha dapat anak gedik suka warna pink lalu haruslah juga redha dinding rumah mereka dimerah jambukan oleh anak sulung sendiri.

Hari raya kali ini akan memakai maskot spongebob dengan membulat-bulat kan mata yang sepet ni seperti spongebob untuk harapan kelihatan comel seperti begini.







Maskot pula lengkap dengan polkadot seakan-akan liang roma spongebob supaya dongeng pengaliran udara yang lebih sihat menjadi. Manik menambahkan lagi sifat feminin si pemakai maskot.



Mata si kucing kesayangan kekuningan akibat pancaran warna kuning yang melimpah-ruah ketika melihat si pemakai maskot memperagakan pakaiannya.

"Tuan aku kelihatan gojes," bisik hati Tom Cat yang terpegun hak hak
Si kucing kesayangan akan beraya dengan rantai loceng baru. Corak tulang ikan melambangkan fanatik terhadap ikan dan corak tapak kaki kucing berwarna kuning sedondon dengan tuan dia yang gedik nak pakai maskot spongebob.




" Syakinah! lepas raya rumah aku ni kau nak pergi perhimpunan bersih ke atau nak promote iklan Digi dulu?"


"Arghh, kojaqqqqqqq. I will slap you! I will!"



Nak cakap aku buncit macam ni kan HAHA?