Thursday 23 February 2012

Layan ombak rindu di Pantai

Cuti semester kali ni memang aku tak kan pernah lagi mempernahkan diri aku lupa dengan kenangan kali ini. Dah kata cuti semester kan. Mestilah pergi bercuti bro. Kali ni bukan aku yang nak menggedik nak pergi bercuti okey. Tiada siapa yang pelawa pun sebenarnya apetah lagi nak sponsor ni. Ini semua keterpaksaan dan ketakdiran bersama keredhaan!



"Sah"

"Sah"

"Sah"


"Sah? apa yang dah sah !? Hee kalau sah aku diijab kabul kan seronok," bisik hati aku

"Sah la awak kena Demam Denggi," Kata doktor dengan muka yang serius.

"Ala suspect denggi je kan doktor," (Tak boleh terima hakikat lagi kau)

"Tak, awak memang Denggi. Platlet awak 83 je. Mungkin akan turun lagi. Memandangkan wad di sini penuh, saya cadangkan awak pergi dapatkan rawatan di hospital"

Yeammeh. Tu dia. Tergamam aku bila tahu aku dapat denggi. Sebab aku sangat takut dengan jarum. Nanti hari-hari kena ambil darah. Pastu nak kena masuk air guna drip bag tu. Nak pergi toilet nanti susah sebab kena bawak drip stand tu skali. Itu ini itu ini. Demam denggi boleh bawa maut. Ok jom pergi hospital. Ha tengok aku baru kena uji sikit tapi dah kecoh semacam. Ish Ish

Mula-mula pergi ke Hospital KPJ Kajang. Penuh. Sebab semua patient denggi.
Pergi Kajang Plaza Medical Centre. Pun penuh. 
Hospital Serdang. Laaaaaagi la penuh. Orang kat kaunter pendaftaran pun tak ada.

Terpaksa juga lah Mak Ayah aku bawa pergi KL. Kalau boleh nak yang dekat dengan Bangi ni je. Tapi nak buek macamano.

Alhamdulillah. Pukul 2 pagi tibalah aku di Pantai Hospital Bangsar, Kuala Lumpur. Destinasi percutian idaman bagi cuti semester ini (T___T)


5 hari aku kat sana. Layan ombak rindu kat pantai. Haha ombak rindu la sangat. Pantai Hospital weh. Bukan Pantai Danga Bay. Layan ombak denggi ada la sobs sobs.



 Bontot tebuan ni memang sakit bila dah 5 hari parking kat dalam tangan aku. Sampai sekarang tangan aku masih bengkak dan sakit walaupun bontot berjarum panjang tu dah buang.


Tu tengok tangan kiri aku. Akibat tangan sakit maka perlu angkat tangan ke paras dada. Dah jadi gedik sikit. Sebab tangan tu tak boleh lurus ke bawah. Sepanjang jalan kat Mid Valley semalam pun terpaksa buat macamtu. Nasib baik Izzaty teman buat macam tu jugak. Biar sama-sama nampak gedik. Tak de lah aku rasa 'rare'. Thanks zaty. Kau memang BFF. HAHA






Ni laluan nak ke bilik hotel aku


Jap. Tengok tu. Aku masih 21 tahun. Hehe


Gambar berikut adalah view semasa aku malayan ombak denggi di Hospital Pantai.




Tu je lah yang mampu. . Nama je Hospital Pantai. Celah mana ada pantai nak layan ombak? Ok lah tu. Dapat jugak cuci mata tengok pemandangan hijau. Nak cuci mata tengok doktor handsome tak da lah pulak ngehehe.


 Pintu masuk hotel aku.


 Katil hotel yang paling selesa dan canggih.



Nah. Kasi gigil sikit kepala lutut nak bayar bil hospital kau.

Oleh itu tuan puan maka dengan ini aku nak ucapkan terima kasih kepada mak dan ayah aku serta adik aku. Terutama mak aku yang sanggup berkorban tidur dekat wad untuk jaga aku. Sepanjang aku sakit, mak aku masakkan sup ketam yang paling sedap. Makanan hospital memang tidak menepati selera aku. 

Mak aku juga setiap pagi buatkan aku susu kambing Hi-Goat untuk dimakan bersama Koko Crunch.  Kalau tidak memang aku terlantar je la kat katil. Tak larat nak buat semua tu. Mak juga selalu paksa minum air masak banyak-banyak supaya platlet cepat naik. Terima kasih Mak. Terima Kasih Ayah.

 Juga terima kasih kepada kawan-kawan yang mendoakan aku cepat sembuh. Alhamdulillah. Allah sembuhkan aku juga. Terima Kasih Ya Allah, aku diberi ujian kecil ini untuk menghapuskan dosa kecil aku. 
 Semoga sesiapa yang ditimpa wabak denggi ini cepat pulih. 

Mulai sekarang aku sangat berhati-hati dengan nyamuk. Anti nyamuk. Setiap Maghrib je aku spray guna Shieldtox. Kalau cerita ombak rindu Maya Karin pergi pantai layan ombak rindu tapi aku tak mahu pergi Pantai Hospital layan ombak denggi lagi sobs sobs (T_T)


Saturday 11 February 2012

Ada Cinta

Kalau kita dah cintakan seseorang. Saban hari saban malam kita akan memikirkannya. Apa lah yang dia tengah buat? Dia ingat kat aku ke tidak? Cukup makan ke tidak?  Padahal dah besar gedabak tahu lah dia nak hidup sendiri tapi dah namanya cinta hal kecik tu jadi begitu concern alahai...

 Kita juga akan selalu menganalisa karakter dan perangai si dia. Contohnya "Kenapa lah tadi dia tak bagi aku tengok handphone dia? Curangkah?" . Ceh, nampak memang remeh. Tapi kalau kita tak pandai control jiwa hati dan perasaan mulalah kalau dah frust cinta tu kau pergi panjat banggunan KLCC nak buat sky diving sehelai sepinggang mak aih ngeri weh!

 Memang lumrah kita akan tertarik dengan orang yang berlainan jantina. Lelaki suka pada perempuan. Perempuan suka pada lelaki. Agak-agak kenapa ek kita jatuh cinta kat orang tu?

1)SEBAB Pandai?
Tengok si lelaki score 4flat untuk final exam padahal 24jam main Dunia Orang Tanpa Awek. No no no I mean Dota Game lah. "wah, pandainya dia!"

2) SEBAB Cantik?
 Si lelaki melihat si gadis begitu cantik dan ayu. Lebih comel dan cantik daripada Selena Gomez. Alahai cantiknya. Jatuh Cinta. Bukak mata tutup mata nampak si klon Selena Gomez je lah kan. Ah i love you like a love song bebeh! amboi kau.

3) SEBAB Hebat?
Si lelaki boleh angkat motor Harley Davidson pakai gigi arnab dia je. Wah, hebatnya!

Tapi bila kita lihat, semua sebab diatas adalah bersifat sementara sahaja. Si lelaki yang score final exam mungkin boleh gagal dalam exam jika dia asik main game Dota sampai lupa hari tersebut ada paper final dia. Maka kena repeat paper la dia!
Si gadis yang cantik atau lelaki yang kacak tak kekal selamanya. Tua nanti berkedut jugak. Semuanya bersifat sementara. Si lelaki yang angkat motor Harley Davidson tu kau fikirlah sendiri. Mungkin akan datang dia kurang kalsium lalu gigi dia tak kuat lagi nak angkat motor tu? :D

Maka itu kita perlukan reason atau sebab yang kukuh. Bila sebab itu bersifat abadi maka cinta itu pun akan kekal abadi. Allah bersifat kekal dan abadi selamanya. Kalau dia pandai sangat, Allah maha pandai. Kalau dia cantik atau kacak sangat-sangat, Allah maha cantik dan indah. Kalau dia hebat gila, Allah maha hebat.

Allah yang ciptakan si dia kat dunia ni. So Allah menjadi sebab nombor satu jika kita cintakan dia.
Jadi kita tidak akan ada rasa sifat memiliki. Sifat memiliki itu hanya pada Allah. Si dia tu hanya dipinjamkan sahaja. Tak payah lah kita frust kalau tak dapat si dia. Perancangan Allah lebih baik untuk kita.

Kalau dulu rasa gundah gulana memikirkan pengakhiran sebuah cinta tapi kini tidak perlu risau lagi. Allah kan ada. Bergantunglah pada Allah. Jangan berharap sangat pada manusia. Bimbang dikecewa kelak. Hanya cinta-Nya tidak mengecewakan. Semoga kita berjumpa dengan jodoh masing-masing. Dear my future husband, bila kita kahwin nanti, I masak, you makan. You Imam, I  makmum. You baca doa, I aminkan. I merajuk, you pujuk. Perfect, kan? :')














Thursday 9 February 2012

Orang Minyak

Assalamualaikum.


 Siapa yang bekerja hari ni? Maksud aku, bekerjaya. Yang kene bekerja mengikut waktu pejabat. 8 pagi sampai 5 petang. Tak pun kene bekerja ikut shift. Kalau macam aku sekarang, aku menganggur. Cuti semester kali ni aku duduk rumah jadi bibik. Bibik yang satu kali rajin dan lima puluh lima lagi malas. haha. 

Jadi, diwaktu yang kelapangan menunggu anggur aku ranum, aku terkenang memori aku bekerja secara part time masa lepas habis SPM. Kau teka lah aku kerja apa? hah, aku memang tak memilih. Asalkan aku dapat isi masa lapang aku dengan pengalaman yang tak dapat dibeli dengan duit weh.   
Memang lepastu memang niat aku nak dapat duit lah. Kau tahu je lah jiwa muda aku ni mestilah teringin nak macam-macam. 

Lepas tamat SPM, aku jadi Juru. Bukan Juruterbang mahupun jurutera weh. Tak layak untuk aku. Ya. Juruwang. Kat mana? Petronas. Ya. Stesen Minyak Petronas. Hari pertama aku kerja kat situ malam tu menangis masa balik rumah. Penat ya amat. 8 jam kena berdiri tanpa duduk. Rasa nak tercabut kaki aku. Memang rasa nak berhenti. Ah tapi aku tak manjakan diri aku. Biar lasak. Kalau duduk rumah memang ternak lemak je buat hape kan. Itu lah pertama kali aku kerja. Biasalah. Hari seterusnya tak sakit dah kaki.

Hari-hari mop lantai petronas sampai rasa rumah aku pun tak mop hari-hari tahu. Pukul 5 petang je kena diri kat pintu masuk kedai stesen minyak tu. Kena cakap selamat datang bila customer masuk, terima kasih datang lagi bila customer dah beli belah dan nak blah. Mula-mula memang malu dan rasa cam orang bodoh je buat kerja macam tu. Tapi lama-lama aku enjoy pulak sebab dapat merasa pengalaman macamtu. Aku jadi lebih berkeyakinan bila berdepan dengan orang ramai.

Memang seronok. Dapat pegang duit hari-hari. Dapat jumpa customer yang macam-macam ragam. Paling aku tak lupa bila ada penulis buku datang isi minyak. Siap puji-puji aku dulu sebelum bayar duit minyak. Kata aku hari ni senyuman menawan dan nampak berseri-seri. Eleh, nak ambil hati lah tu haha. Pastu tetiba offer aku dua buku yang dia tulis. Aku nak saja lah dah orang nak bagi. Siap letak tandatangan dan nombor telefon lagi. Memang untung la. Tapi dia dah tua weh. Dah macam sebaya dengan bapak aku. Tak kan lah nak ngorat aku. Dah tentu dia penulis yang memberi motivasi cinta so mestilah pandai mengayat kan. Dah agak sebab buku yang dia bagi pasal cinta tapi lagi satu pasal Al-quran. Huhu

Cat Farish pulak selalu datang isi minyak kat situ. Al maklumlah dia kan duduk kat bangi ni. Apa lagi menggelupur la kawan-kawan sekerja aku. Nak bergambar lah nak tandatangan lah tapi masing-masing membatu kat kaunter sebab segan haha. Aku pulak tak minat. Eh kalau Aaron Aziz yang datang isi minyak kat situ memang kecoh gak aku agaknya awww.

Pengalaman paling tak best pulak kalau duit yang kita jaga kat kaunter tu SHORT. Ya ini sangat sinonim dikalangan cashier. Paling membunuh hari kau bila kat resit penutupan tu terpampang angka (-278). RM negative dua ratus tujuh puluh lapan. Bermakna gaji kau kene potong sebanyak itu (T___T)
Memang nanges weh. Tapi aku nak cakap la memang jadi cashier kat petronas ni berpuaka. Sebab memang dah jaga elok-elok kaunter tu tapi boleh jugak short. Sadis seh. Aku bukan nak cakap apa. Adik aku yang turut bekerja di tempat yang sama juga mengalami pengalaman yang sama! begitu juga dengan staf-staf yang lain! huhuhu kalau tak short kau memang legend untuk hari tersebut okeh.



Mamat bangla yang jaga kat bahagian luar tu memang peramah. Pandai borak dalam bahasa kita. "Itu zakinah zatu hari pun tanak mau bagi itu nazi gozeng " hahah gelak-gelak je lah aku slang dorang macam tu. Sampai sekarang kalau aku nak isi minyak kat situ diorang still ingat aku dan tegor. 

 Tetapi aku nak cakap terima kasih banyak-banyak lagi tak terhingga sebab bagi aku peluang menimba pengalaman kat sini. Dua bulan memang kejap tapi aku tak akan lupa sampai bila-bila. Communication skills, leadership skills, time management skills dan confidence level semua ada. Memang tak rugi. InsyaAllah pada entri kemudian aku akan cerita pengalaman aku bekerja part time di tempat lain. Jom minum cincau:)

Pick a book please.

Assalamualaikum.

Buku. Apa yang terlintas difikiran? Buku lali? Sebuku sabun? Ibuku? Buku bertemu ruas?
Hah, bukan. Hari ni aku nak cerita pasal bahan membaca yang selalu kita panggil buku. Sekarang kan sibuk pelajar IPT nak tebus baucer buku. Aku pun nak menyibuk lah sekali dua kali tiga kali empat kali lagi berhari-hari jugak lah aku terhegeh-hegeh kat kedai buku tu. Bukan apa weh, RM 200 tu banyak okey. Aku pening nak habiskan RM200 tu. Aku memang susah nak buat decision untuk beli sesuatu ni. Cerewet yang amat macam nak pilih suami! .

Memang aku harap hari ni buku-buku kat MPH tu berjaya mengorat aku sampai masuk jerat. Kalau tidak, buat habis minyak kereta je bukan aku naik kuda pun.

Maka bertekadlah aku yang cerewet ni menuju ke kedai buku MPH Alamanda hari ni. Yes. Hari ni MPH tidak ramai manusia. Sabtu lepas aku pergi sini punyalah berjoget lambak orang nak beli buku. Rimas. Nasib baik kali ni aman dan tenang.

Masuk-masuk je terus mata aku berkenan dengan satu buku nih. Penulis dia Fatimah Syarha. Aku memang adore kat beliau ni. Selalu nasihat bab cintan cintun remaja nih. Dah la comel, bertudung labuh, pandai berceramah, dan penulisan beliau kat blog dan novel pun best!




Sebarkan cinta-Mu. Aku tertarik dengan novel tauhid ni lepas baca sinopsis kat kulit belakang novel ni.

"Senyum manusia itu, hanya Tuhan yang tahu ertinya. Senyuman itu memang menzahirkan ceria, namun untuk kebanyakan waktu, senyum itu adalah bagi menyembunyikan rahsia hati. Inilah novel yang cuba mengurai makna senyuman seorang manusia yang bergelar anak,ibu,bapa,isteri,dan yang bergelar suami. Indahnya, ia dihuraikan dengan Islam, dan hasilnya semuanya kembali kepada Tuhan "

Aku harap aku lebih menghayati nilai-nilai islam dan bermotivasi dalam menempuhi duri-durian kehidupan. Ha tengok lah buah durian. Nak makan durian yang sedap tu kena lah hadap duri-duri tu. Sejak cuti semester ni aku berminat pula makan durian. eh eh eh




Riba riba riba... ha dulu aku tak pandang pun weh buku-buku pasal riba ni. Sekarang semenjak dah masuk course perbankan islam ni , barulah terbeliak bijik mata aku ni curious nak tahu pasal riba. Syurga lebih hampir tanpa Riba. Tajuk dah best. Paling aku terpikat ni bila buku tu ngorat aku guna ayat "Mengungkai isu sensasi dan kontroversi mengenai dosa besar riba". haha. terus aku setuju nak berkenalan dengan si dia ni. Welcome home bebeh.




Biografi Agung Rasulullah Sallallahu Alayhi Wassallam. Kulit tebal ni. Memang beli sempena dengan Maulidur Rasul. Supaya dapat berkenalan dan menghayati Rasul kita. Tak kenal maka tak cinta. Ini permulaan aku untuk terus menambah cinta pada mu ya Rasulullah.




Ini pula senaskhah Al-Quran aku hadiahkan khas untuk Ayah. Kali ni Al-Quran ini lebih besar daripada yang biasa punya. Supaya lebih jelas untuk dibaca tanpa memakai cermin mata.


Alhamdulillah. Aku seboleh yang mungkin menghabiskan baucer buku untuk yang bermanfaat lagi membuahkan hasil. Korang pulak rasa jenoh ke memikio nak beli apa guna baucer tu? hehe kalau tak, bagus lah. Kalau iye, silalah memikio ye. 

Thursday 2 February 2012

Selamat Datang

Assalamualaikum.

2.2.12 , 1.22 p.m

Aku mula mahu berjinak untuk menulis. Suatu ketika dahulu aku punya blog. Tak silap aku, pada semester 3 diploma. Itu pun, pensyarah yang wajibkan sebagai tugasan untuk menulis karangan dalam bahasa Inggeris. Tamat semester 3, blog tersebut terkubur. Sekarang, aku mahu blog aku hidup kembali. Supaya aku boleh berkongsi pendapat dan pengalaman hidup.

Aku ada seorang kawan rapat. Sangat rapat. Aku kenal sejak zaman sekolah menengah. Dia blogger. Dia juga penulis novel. Aku suka kawan dengan dia. Pemikiran dia matang daripada usia sebenar. Dia selalu mengajak aku menjadi penulis novel macam dia. Tapi aku belum bersedia lagi. Biar aku menjadi penulis di blog dulu. Bukan aku tiada cita-cita nak jadi penulis novel. Ada. Aku minat. Tapi aku sedang mempersiapkan diri.

 Mak aku minat menulis juga. Masa zaman muda mak, mak selalu menulis cerpen dan hantar pada surat khabar. Mak aku masih simpan keratan akhbar cerpen dia.  Pada suatu hari, mak teringin nak menulis kat blog. Aku tolong buatkan blog untuk dia. Mak lansung tak tahu macam mana nak guna blog. Aku ajar sedikit demi sedikit apa yang aku tahu. Sekarang, mak dah pandai. Beratus-ratus entri mak dah tulis. Cuma sejak kebelakangan ni dia malas sikit. Kata dia dah tua. Tapi aku tahu mak mesti banyak idea untuk menulis kat blog cuma mungkin dia dah bosan dengan corak background dan header kat blog tu. Tak mengapa, aku akan tolong mak tukarkan semua tu supaya blog dia ada nafas baru dan mak juga akan ada semangat baru.

Boleh dikatakan kehidupan aku dikelilingi oleh orang yang berbakat dalam menulis. Tengok lah kawan aku. Setiap hari membincangkan mengenai proses pembikinan novel baru dia. Aku seronok mendengar pengalaman dia. Aku kagum dengan semangat dia. Kawan aku dulu zero dalam bidang penulisan ni. Selalu dulu dia bagi cerpen untuk suruh aku nilai dan komen. Tapi aku tak reti nak komen macam cikgu penulisan zaman sekolah aku dulu. Cuma aku bagi tahu dia, dia sangat berpotensi.

Memandangkan aku sedang menikmati cuti semester sekarang, tak salah aku mencipta blog aku kan. Dengan tertubuhnya blog aku hari ni, diharap akan memberi manfaat kepada orang lain juga manfaat kepada diri aku sendiri. Menulis kan dapat meransang kreativiti minda. Aku dapat berkongsi pengalaman hidup dan juga personal thought supaya kita semua sentiasa berfikir tentang kebesaran-Nya.

"Cuma aku harap dengan blog ini, aku dapat menyebarkan Islam"

Alhamdulillah, sememangnya Islam bukan lah hanya untuk diamalkan,tetapi juga disebarkan

Rasulullah S.a.w bersabda:
“Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.”
Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi

Dengan lafaz Bismillah, aku merasmikan blog aku. Selamat datang kawan-kawan :')