Saturday 28 July 2012

Ustaz Azhar Idrus "Lelaki sejati mampu jadi penawar"


I love the line 'Hati perempuan memang halus, hanya lelaki sejati yang mampu menjadi penawar'. It will give you the picture how big the power of influence comes from man. I means a real man which is the 'lelaki sejati tuh'.

Memang betul kita orang perempuan ni memang hati halus selembut sutera kapas. Mudah mengalirkan air mata (terutama yang minat cerita hindustan ke korea) . Tapi aku tak faham betul macam mana perempuan yang buang bayi mereka sendiri tu tak rasa sedih lansung? Mana hati selembut sutera kapas yang kaya dengan sifat penyayang tu?

Baiklah, berbalik pada dialog diatas. Untuk kita si para gadis comel yang belum berkahwin, memang bangun-bangun pagi perasaan sedih tu tetiba datang, sempat lagi nak rasa-rasa rindu yang ntah rindu kat sesiapa. Perasaan bercelaru ni semua memang lazim datang lelagi kalau waktu PMS.

And... the most wondering ever by me " macam mana lelaki sejati boleh main peranan?" .

Adakah mereka kena menjadi seromantik Zac Efron ajak Vanessa Hudgens nyanyi berduet dipagi yang hening tu. Ish tak nak lah baru bangun tidur tak sempat gosok gigi terus menyanyi. Mulut busuk!

Ngehee, kitew tak nak nyanyi lah pepagi ni awok. Mulut kitew busuk! LOL

Adakah setiap pagi si lelaki kena bagi sejambak bunga untuk menceriakan si gadis?

Ah. Merepek. Come on la girls, sekarang belum kahwin memang la banyak masa untuk diri sendiri. Sempat fikir sedih, rindu, dan macam-macam perkara remeh.

Nanti bila dah kahwin, tak sempatnya nak fikir sedih pedih ni. Bangun terus nak bagi anak minum susu, basuh berak anak, sediakan sarapan, gosok baju suami dan diri sendri punya baju, nak bagi kucing-kucing 16 ekor tu makan, kemas rumah, panaskan enjin kereta, sesak dalam traffic jam, fikir nak selesaikan tugas ditempat kerja.

Nampak? Tangungjawab selepas kahwin memang maha banyak sampai bangun pagi nanti tak de nye sempat nak layan rasa sedih. Nak bangun tengah hari buta pun tak boleh lagi dah! haha

Disini lah si suami main peranan dengan membantu si isteri meringankan kerja rumah. Ini lah lelaki sejati. Si lelaki biarlah ada ilmu memujuk ni. Well, girls memang suka dipujuk. Baru hati tak bertambah remuk.

Persoalanya, ada lagi ke lelaki macam ni? Kalau tengok surat khabar banyak nya berita lelaki kikis duit bini, lelaki belasah bini sampai nyawa-nyawa ikan, lelaki simbah asid kat bini, lelaki suruh bini jadi pelacur, lelaki kahwin dengan wanita siam senyap-senyap dan what-so-ever. Semuanya menggambarkan tiada lagi lelaki gentleman hidup pada akhir zaman ini. Have you noticed that novel adalah tempat lelaki gentleman digambarkan manakala surat khabar tempat lelaki perangai puaka disebarkan? Phewww...

 So girls, Acaneee? Dare to face the reality nowadays?

Mummy dan Daddy... Tolong! Tolong carikan jodoh yang baik-baik untuk kita (T_T)