Monday 6 August 2012

Iftar bersama si gadis-gadis

Bila cakap 'Iftar' , rasa macam barulah cool. Bahasa Syurga. Hehe

 Mereka ni aku kenali pada zaman sekolah menengah. Dulu aku dilantik sebagai pengawas sekolah dari tingkatan satu. Lazim pengawas sekolah dilabel sebagai 'Anjing Sekolah' oleh para pelajar yang anti pengawas. Nasib baik mereka ni baik hati nak jugak setia berkawan dengan 'Anjing sekolah' masa kat sekolah dulu. Lebih-lebih lagi aku ni 'anjing sekolah' yang baik, jinak, memahami dan comel huar huar huar.
Beruntungnya laaahai dapat kawan-kawan yang comel dan baik-baik ni.

Bila semua dah berpisah untuk menyambung pengajian di pelbagai jenis universiti, maka kena la cari sesi 'Girly Bonding Time' memandangkan masing-masing susah nak bertemu. Bertemu di Muka Buku tidak terasa kehangatannya. Cewahh

Sesi 'Girly Bonding Time' kali ni adalah dengan mengadakan majlis berbuka puasa yang ditaja oleh KFC ( KFC taja kerusi dan meja sahaja, set combo adalah duit masing-masing hehe)

Izatie dan Suriana


Bila dah berkumpul ramai-ramai baru aku tahu Izatie sekarang belajar di Universiti Utara Malaysia dalam bidang Finance. Suriana pulak aku baru tahu jugak dia rupa-rupanya satu kampus dengan aku UiTM Shah Alam! Sungguh tak prihatin kan aku. Izzah pun jadi pelik macam mana aku tak tahu Suriana satu kampus? HAHA kan UiTM Shah Alam sungguh besar. Suriana di Fakulti Senibina dan Perancangan Ukur aku pulak Fakulti Pengurusan Perniagaan. Memang tak pernah terserempak. Kalau berselisih bahu pun tak perasan kot sebab terlalu ramai orang lelagi naik bas rapid yang macam roller coaster bawak sardin -,-


Ita, Fatin dan Zatie

Ita pulak sekarang dah jadi cikgu tadika macam mak aku. Comel kan? Mesti lah comel sebab mereka sungguh cintakan kanak-kanak.  Fatin pula sekarang sedang praktikal di Bank Rakyat Bank Pilihan Anda, budak Universiti Utara Malaysia gak nih.


Huda, Izzah, Fatin, Ita
Huda masih Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dalam jurusan Technopreneurship. Izzah pula Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam jurusan Ekonomi. haha quite boring la describe korang kat Universiti mana. Hehe tak sabar pula nak buat description macam ni pulak nanti " Izzah, sudah berkahwin dengan Muhammad ............." contoh je hehe ye. Beberapa tahun akan datang pasti buat ayat macamtu.

7 orang semua termasuk si photorapher  yang sanggup meninggalkan tas tangan beliau di kerusi semata-mata mahu capture moment indah.



Semoga ikatan ukhuwwah ini berkekalan. Terharu sangat dapat berjumpa dengan korang semua untuk berkongsi segala ceritera hehe. InsyaAllah, kita bertemu lagi pada Hari Raya yang Mulia ini ku susun sepuluh jari :'D