Friday 10 August 2012

Checklist 10 malam terakhir Ramadhan

Sahur-buka puasa-sahur-buka puasa (sebenarnya nak kata makan minum-minum makan je reti ek eh eh) tahu-tahu dah masuk 10 ramadhan terakhir. Jyeahhh.. MasyaAllah, Subahanallah, inilah masa yang dinanti-nantikan oleh semua umat islam. Menyambut malam Lailatul Qadr!

Sebenarnya teringin nak cuba beriktikaf di masjid tetapi rasanya bagi diri aku ni lebih selesa nak buat kat bilik sendiri. Lebih privasi nak luahkan segala kepadaNya. sobs sobs

Ok memandangkan iniblogaku maka suka-suka hati lah aku nak senaraikan checklist ala macam To-do-List bagi memastikan malam 10 terakhir ramadhan lebih terisi.

Ehem.. Ianya seperti mempraktikkkan kata-kata dari pakar motivasi bahawa sesiapa yang ada azam dan impian hendaklah khabarkan kepada orang lain supaya mereka dapat mendoakan ataupun memberi sokongan moral :') Ok kawan-kawan jom berazam menghidupkan 10 malam ramadhan yang terakhir ini yok.

“Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 


My To-do-List

1. Set alarm clock pukul 3.30 pagi. Ok fine lagu alarm clock tak mahu lagu Enrique Iglesias. Nanti tak berkat. Maka set lagu Maher Zain (Barakallahu Lakuma). Ye semoga dengan lagu ni cepat aku berkahwin.

2. Mandi. Yeah untuk segarkan diri dan bersih suci.

3. Solat Sunat Taubat- OH NO! DOSA SANGAT BANYAK :'(  Bertaubat dengan sebenar-benarnya dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya.

4. Solat Sunat Hajat.

5. Solat Sunat Tahajjud

6. Mengaji Al-Quran, Tasbih, Tahmid, Istigfar, Selawat dan Doa.

7. Yes, time makan! (Sahur)



Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan. 



Let's Fighting (heh bukan ajak bergaduh) I means berjuang. Berjuang rebut ganjaran yang Allah janjikan. Berjuang untuk dapatkan keampunan Allah. Berjuang nak perbaiki dan terus berjuang mengalahkan nafsu jahat grrrrr.


So yeah, we are Fighter! Pejuang yang berjuang memperbaiki diri sendiri. Are you ready!?????















Let's go! Coz I'm the girly-girly person thus I'm the pink one! Cop dulu!