Tuesday 6 November 2012

Random Update

Otak aku seperti kejung je di kelas Islamic Capital Market tadi. Agak sukar untuk aku mencerna dan memahami instrument yang ada dalam capital market. Dimanakah kekuatan untuk visualize semua benda-benda tu? Terasa seperti aku tak mampu.

Kebimbangan seperti melanda-landa bila kumpulan kami masih belum menemui issue berkaitan dengan Islamic Unit Trust.

Terasa seperti subjek Islamic Capital Market ini adalah seekor alien yang perlu aku kenal sebelum bercinta dan pasti cinta itu perlukan masa untuk berputik!

Aku tak jumpa lagi keseksian yang digembar gemburkan oleh lecturer aku.

"What is so sexy about Islamic Capital Market?" beratus kali lecturer aku cuba mengulang ayat itu.

Tak pernah riak wajah beliau berputus asa untuk memahamkan kami dan tak jemu melayan pertanyaan demi pertanyaan dari kami.

Lecturer yang sama ini juga merupakan ketua koordinator latihan praktikal di fakulti pengurusan perniagaan. Turut diajukan juga soalan samada kami sudah dapat tempat praktikal atau belum.

Kesemua antara kami masih belum menerima jawapan dari mana-mana bank atau syarikat.

Lecturer mula menakut-nakutkan kami dengan mengatakan baki semester tinggal 7 minggu.

dan ya! Aku turut terpedaya dengan kebimbangan itu. 7 minggu ini merupakan 7 minggu yang terakhir kami di Universiti sebelum kami ditendang keluar dari universiti untuk menjalani Latihan Industri.

Dan Bamm! Aku tersedar dari lamunan. Cepatnya masa berlalu. Ya Allah, Bantu aku. Aku akan giatkan usaha. Wajah kasih emak dan ayah pembangkit kekentalan diri.

*Sempat kami bergambar di atas bumbung fakulti. Nampak pemandangan indah di Shah Alam!* Aku akan cuba kumpul kemanisan memori disebalik sisa-sisa terakhir 7 minggu sebagai mahasiswi.