Wednesday 2 January 2013

Fail JPJ Test *menangis*

"One day failure will come to you in many ways, and you must be ready to face and handle it,  yes, bear in your mind failure will come to you. Be prepared," kata Dr. Arzmi dalam lecture kelas Strategic Management.  

Dan yes, hari ni kegagalan itu terpaksa aku hadapi. Sadly to said tadi aku fail semua bahagian test JPJ.

Tadi masa mendaki bukit cun je aku buat show atas bukit. Tayar depan nicely dalam garisan kuning dan masa nak turun bukit kereta tak terundur kebelakang ( ceh lega jap lah rasa suka tahap nak berjoget :D ) Tapi-tapi-tapi masa nak buat side parking tu boleh aku gabra gila nak mampos. Masa tu aku rasa kereta dah elok masuk petak parking. Tetiba abang JPJ kata,

" Adik, berhenti dik. Free gear, tarik handbreak dan keluar jap"

Bila aku keluar je die suruh aku tengok bumper depan kereta.

" Cuba adik tengok tu bumper depan dah lebih garisan kuning. Kan?"

Aku pun angguk je la. Pastu rasa nak nangis hentak-hentak kaki (nak nangis tapi ramai gila orang kat situ, malu I kalau nangis ) sebab macam tak percaya mengapa semudah itu dan sepantas itu kegagalan itu berlaku. Masa berlatih sebelum ni elok je. Siap buat simulasi side parking guna handphone like crazy people kot  ( K fine gelak la puas-puas kat aku harrr harrr )

Memang aku dah tiada mood dah pastu.  Then, tiba masa untuk jalanraya. Mula-mula aku perasan ada JPJ perempuan yang memang selalu gagalkan calon. Memang asik muka dia je yang bawa kereta tu balik, calon jadi penumpang. Aku memang dah doa supaya tak dapat dia sebab dorang kata dia strict gila.

Tapi boleh pulak time nombor giliran aku dipanggil aku dapat kereta nombor 3 dan ... Dapat JPJ perempuan yang strict gila tu! perghh masa tu aku dah ketaq lutut yang tahap 10 skala richter. Dapat pula tu kereta Viva. Sebelum ni biasa pakai kereta kancil je. Masuk-masuk je aku dah bagi salam dan buat apa yang patut (cek wiper, seat belt, signal, free gear, cermin). Muka dia pun cam garang. Tapi aku teruskan fokus supaya enjin tak mati.

Masa mulakan perjalanan semua ok je. Tiba part simpang tu masa nak belok ke kanan dia kata aku makan jalan orang. Lepastu dia suruh signal ke kanan dan berhenti, kemudian dia suruh turun! Fail! Aku macam nak mati je rasa untuk terima hakikat tu. Termakan jalan sikit je kot kenapa lah dia tak boleh consider. Waktu perjalanan balik tu aku diam je. Aku bingung!

Memang harus la aku kena terima hakikat kegagalan yang melanda hari ini. Tadi mak telefon. Aku control macho je bercerita pada mak padahal air mata berjurai-jurai. Depan Fatimah dan Izzaty pun aku control macho tak mahu nangis. Tapi bila tadi cakap dengan mak aku tak leh tahan air mata. Yla mak kan dekat dengan hati kita, lebih manja gitu. Sebab tu cepat gila tersentuh hati ni. Rasa nak peluk mak supaya rasa lebih secure :(

Apa boleh buat? *sigh* . Sekarang ni kena fokus final exam je lah. Next time cuba lagi. Hari ni aku nak nangis puas-puas menyorok dalam almari. Tak selera makan. Tak de mood nak study. Seriously aku perlukan kata-kata membina semangat yang luruh. Fatimah kata,

"Ala rileks la Kit, standard la memang orang perempuan kena ambil dua kali baru lulus, macam aku gak"

Eh memang macam tu ke? Cis.

Sobs sobs. Kbai *nangis laju-laju* :'(