Baru sahaja Ayah menghantar aku pulang ke rumah sewa di Shah
Alam. Ntah mengapa mood aku menjadi sedih. Terharu dengan kebaikan si bapa yang
ku panggil Ayah. Tapi hal ini buat aku jadi serba salah. Terasa menyusahkan
Ayah.
Setibanya aku di Shah
Alam terus ajak aku makan. Aku tak nak makan sebab sebelum bertolak tadi aku
dah makan. Pagi-pagi buta sebelum mak pergi kerja, mak aku dah siap masakkan
asam pedas ikan siakap yang sangat lazat
lagi ohsem oh terima kasih emak!
Em tapi tanpa meminta, ayah tetap ambilkan ayam goreng untuk
aku sebab tahu aku suka.
Selepas itu ayah bertanyakan...
“cukup dah buku-buku pelajaran?”,
“Kertas dan pen cukup?”
“Almari baju dah beli?”
“Tilam?”
Soalan yang paling-paling-paling selalu ialah...
“Duit cukup ke? Betul ke ni? Cakap betul-betul kalau rasa
tak cukup...”
Huhu. Aku yang kesian tengok ayah sebab dia macam risau je
tengok aku. Seboleh-bolehnya nak cukupkan segala-gala keperluan aku. Sebelum
nak hantar aku balik je mesti dia akan pastikan aku bawa sekotak Air Mineral
1.5L sebab dia tahu aku tak suka minum air paip yang dimasak.
Setelah itu paling aku rasa bersalah bila ayah susah payah
kena angkut sekotak Air Mineral tu sampai kat depan pintu rumah sewa aku. Dah
la kena naik tangga. Berat gila pulak tu. Aku tahu Ayah nanti sakit pinggang
kalau angkat berat-berat ni.
Aku rasa useless gila sebab even badan aku tough macam rugby
player tapi ayah tetap tak percaya aku mampu angkat sekotak air tu.
Dah penat-penat angkat tu pastu Ayah keluarkan beg duit dia
pula. Dah agak! Seperti biasa mesti nak hulur duit. Bukan sikit. Ratus-ratus
banyaknya. Tu pun Ayah risau takot aku
tak cukup. Aku mesti cakap lebih daripada cukup. Ish memang rasa bersalah lah
aku walaupun Ayah kata itu tanggungjawab dia tapi aku rasa seperti sangat
menyusahkan dia.
Tu la perasaan yang mengusik jiwa aku setiap kali aku nak
balik ke UiTM Shah Alam. Kalau setiap minggu balik ke rumah maka setiap kali
itu Ayah nak hulur duit. Mesti dia yang
nak hantar aku ke Shah Alam walaupun aku cakap aku boleh tumpang kereta kawan. Kata
ayah yang penting aku mahu belajar, modal dan iringan doa semua ayah boleh usahakan. Begitulah
kasih seorang Ayah. Kasih Emak? Laaaagi lah tak boleh dipertikai! Sanggup berkorban apa sahaja sejak anak mu ini dilahirkan.
Sejurus bersalaman dengan Ayah aku terus berlari ke tingkap
bilik. Aku mahu melihat kereta yang ayah pandu sehingga hilang kelibatnya dari
pandangan aku. Tanpa disedari, air mata aku bergenang (T_T)
Ya Allah, janganlah kau jadikan aku sebagai beban kepada
ibubapaku. Jauhkan lah aku daripada menjadi manusia yang menghampakan harapan
ibubapa ku. Peliharalah mereka seperti mana mereka memelihara aku sejak kecil hinggalah
aku dewasa kini. Tempatkan mereka ke dalam Syurga mu Ya Allah. Ameen.