Sunday 24 February 2013

Garden Wedding and Anniversary

Pertama kali aku menghadiri majlis kahwin yang bertemakan 'Garden Wedding' yang berlansung di Taman Botani Putrajaya. 

Kebetulan cuaca hari ini baik dan redup menjadikan suasana majlis indah sekali ditambah dengan view tasik yang cantik. 



Tema warna 'colour block' Purple+Blue


 Makanan pun sedap-sedap lagi yummeh... hehe


Tahniah kepada sepupuku semoga bahagia bersama pasangan hingga ke syurgaNya :)


Mak bersama kakak beliau.

Disamping meraikan pasangan yang baru bernikah, tidak lupa juga kita meraikan kepada pasangan veteran yang menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 23 tahun.

MY PARENTS!


Alhamdulillah, Happy 23rd Marriage Anniversary  kepada mak dan ayah. Semoga kekal sentiasa menjadi pasangan yang berbahagia, damai, dan diberkatiNya selalu. 


Beautiful mom and handsome dad!

So sweet forever


I LOVE BOTH OF YOU SO MUCH!



Nota Kitty:  Senang nak ingat anniversary my parents yang keberapa kerana pasti sama dengan umur aku. 

Kit Kina, Welcome to MAIS

Alhamdulillah. Hampir sebulan aku berpraktikal di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Kebanyakkan orang akan kata "Weh kau praktikal tangkap-tangkap orang buat maksiat eh?" . HAHA come on la  itu JAIS ler. MAIS ni peranan penting adalah untuk menyampaikan maklumat betapa pentingnya mengurus harta secara bijaksana mengikut hukum syarak.

Contohnya ekau hado wang tak patuh syariah apabila terlibat dalam transaksi yang mengandungi elemen-elemen haram atau syubhah, ekau buleh bagi kat  MAIS dan MAIS akan menguruskan duit tu untuk dimanfaatkan kepada pihak yang sewajarnya mengikut hukum syarak. Ok clear? hehe

Aku pilih MAIS ni sebab sesuai la dengan aku yang baru merangkak nak mulakan hidup dan baru terkial-kial nak mahirkan driving. Memandu kat Shah Alam ni pun aku dah selalu kena hon haha biasa la I budak baru belajar sila faham bila lihat sticker merah 'P' yang I dah tampal tu hui hui hui. Yang paling utama aku boleh belajar dari MAIS pasal pengurusan kewangan islam.  

Paling penting dekat, jimat, selamat.  Lokasi MAIS 10-15 minit je daripada rumah sewa aku dengan melalui 3 roundabout. Jalanraya tak sesak. Lepastu senang la nanti aku nak jumpa advisor dan pergi library kat kampus setiap minggu untuk urusan thesis memandangkan rumah sewa kat belakang pintu UiTM je. Bila dah dekat dengan UiTM, senang la juga aku nak start business kecil-kecilan, ihik ihik. 

Celik mata Reset Minda. Aku guna baucer buku beli kat MPH SACC Mall. Masa bosan memang syok layan buku nipis ni.

View dari  tempat aku di Menara Selatan Tingkat 10. Kereta semua macam mainan. Berangan jadi Ultramen untuk pijak semua kereta huar huar huar 

Masa makan lunch aku dan Izzaty diet tak makan nasi. Tapi bila weekend balik rumah makan nasi tak hengat bila mak masak sedap-sedap. Belum campur pergi pasar malam kat seksyen 7 shah alam setiap rabu beli tongkeng goreng. muehehehe kesimpulannya, diet la sangat ~

Ok handbag tu  my auntie belakang rumah bagi hehe. Buku di Hamparan Shamrock tu I pinjam my mom punya. Buku tu best, sila baca. Cekedis tu memang hari-hari kena bawa pergi ofis biar tak sleepy.

Bosan kan kerja sebenarnya. Padan muka bila datang perasaan rindu nak pergi  kuliah setiap hari kat kampus har har


Dekat sangat dengat Masjid Negeri :')
So Kit Kina, Welcome to MAIS.

Sekian, jumpa pada entri seterusnya. As Salam Alaykum (^_^)V

Sunday 3 February 2013

Semester 6, 2013

Hai As Salam Alaykum!

Ya aku juga dapat merasakan debaran rakan-rakan seperjuangan untuk menghadapi hari pertama esok. Alhamdulillah. Untuk memenuhi requirement semester 6 ini, kita semua sudah ditendang keluar dari universiti untuk menjalani latihan industri selama 6 bulan. Tak lupa juga kena buat thesis.

Ok semua orang nak tahu kan aku praktikal kat mana?

Okay, my practical placement will be somewhere in Shah Alam (Nanti aku post entry khas)

Rumah sewa pun masih sama!

Roommate juga masih sama. Izzaty dan Fatimah!

Dan.. Izzaty pun bersama dengan aku dibawah organisasi tersebut cuma kami berada di department yang berlainan!

Boleh la kata betapa kuatnya jodoh aku dengan Shah Alam hehe

Dan yang paling best aku tak keseorangan. Izzaty akan pergi kerja sama-sama dengan aku. Wow? Dari zaman diploma hingga zaman degree sehinggalah praktikal pun masih sama! ok lah boleh dapat title Best Friend Forever! haha . Itu lah namanya ketetapan jodoh pertemuan Allah yang kita tak sangka-sangka :)

Lagi satu, aku akan memandu sendiri untuk pergi kerja. Alhamdulillah ayah sudi sediakan kereta untuk anak perempuan sulung dia ni. Maklumlah aku ni baru je seminggu dapat lesen. Pengalaman memandu amatlah ciput! Nervous jugak sebenarnya aku nak driving kat Shah Alam tu. Tapi kena beranikan diri lah (T_T)

 Aku tengok mak ayah pun macam risau dan tak yakin sangat dengan aku. Ayah aku siap cakap  kalau nak balik dari Shah Alam ke Bangi nanti parking je kereta kat komuter lepas tu naik komuter je balik. Kata dia susah jalan kat KL tu banyak selit-selit. Tapi aku kena buktikanlah yang aku boleh berdikari! In Syaa Allah. Lama-kelamaan lebih cekap.

So, selamat berpraktikal ya kawan-kawan ku. Terutama my classmate-Islamic Bankers. Jangan sombong kat tempat kerja tu. Rajin bertanya. Ingat, kita nak belajar dari mereka. Semoga berjaya!

Sekian :)




Perihal Solat

Kadang aku perasan mengenai sesuatu tentang solat lima waktu tu. Aku dengan roommates (FatimahMahirah & Nurul Izzaty) pernah borak-borak pasal ni.

Hal itu mengenai solat yang hari-hari kita buat tu. Selalu kita yang muda mudi ni suka solat secara 'speed up'. Laju je. Lagi-lagi kalau bangun subuh gajah (5 minit nak pukul 7 pagi) dan selalu bertarung masa nak cepat je. Baca Al-Fatihah tanpa penghayatan dan kadang kita bergerak laju dari satu pergerakan ke satu pergerakan. Ada masa kita sengaja pula lewat-lewatkan solat kita. Itu belum dikira lagi kita khusyuk dalam solat.

Tapi cuba compare dengan mak-mak kita. Mereka solat agak 'lama' sikit. Bacaan mereka sangat perlahan dek kerana menghayati dan sebutannya sangat tertib.

Kita yang muda berdarah panas ni memang selalu ambil masa sekejap je waktu solat berbanding dengan mak kita.

Macam bawa kereta jugak, selalu orang muda bawa kereta laju berdesup main selok sana selok sini tapi kalau mak-mak ni bawa kereta biasanya tertib lagi berhemah selalu :)

Maka celakalah orang yang solat, iaitu orang-orang yang lalai terhadap solat mereka. (Al-Ma'un 107: 4-5)

Maka kat sini aku nak ingatkan diri aku dan para member-member yang singgah selalu blog ni, jangan terlampau sangat nak 'speed up' dalam solat, pastikan bacaan terutama Al-Fatihah kita dibaca dengan sebutan makhraj yang betul. Tajwid kena jaga. Supaya setiap solat kita berkualiti dan tak sia-sia.

Solat lima waktu ni lah yang kita boleh harap. Sebab tu kena betul-betul jaga kualiti solat fardhu ni. Kalau nak top-up amalan untuk buat solat sunat tu memang jarang lah, lelagi aku sendiri ni pun (-_-) Kalau ada exam tu kang baru nak set alarm nak buat solat hajat. Kadang, bila 10 malam terakhir Ramadhan baru nak rajin-rajinkan diri bangun malam untuk solat sunat. Kalau tak memang payah nak bangun malam pun.

Tapi pokoknya, Allah tidak ingin melihat betapa banyaknya amal kita, tetapi Allah hendak melihat bagaimana kita melakukan amal kita.

So jom perbaiki kehidupan kita dengan menjadikan amalan-amalan kita sebagai amalan yang terbaik! :)