Sunday 3 February 2013

Semester 6, 2013

Hai As Salam Alaykum!

Ya aku juga dapat merasakan debaran rakan-rakan seperjuangan untuk menghadapi hari pertama esok. Alhamdulillah. Untuk memenuhi requirement semester 6 ini, kita semua sudah ditendang keluar dari universiti untuk menjalani latihan industri selama 6 bulan. Tak lupa juga kena buat thesis.

Ok semua orang nak tahu kan aku praktikal kat mana?

Okay, my practical placement will be somewhere in Shah Alam (Nanti aku post entry khas)

Rumah sewa pun masih sama!

Roommate juga masih sama. Izzaty dan Fatimah!

Dan.. Izzaty pun bersama dengan aku dibawah organisasi tersebut cuma kami berada di department yang berlainan!

Boleh la kata betapa kuatnya jodoh aku dengan Shah Alam hehe

Dan yang paling best aku tak keseorangan. Izzaty akan pergi kerja sama-sama dengan aku. Wow? Dari zaman diploma hingga zaman degree sehinggalah praktikal pun masih sama! ok lah boleh dapat title Best Friend Forever! haha . Itu lah namanya ketetapan jodoh pertemuan Allah yang kita tak sangka-sangka :)

Lagi satu, aku akan memandu sendiri untuk pergi kerja. Alhamdulillah ayah sudi sediakan kereta untuk anak perempuan sulung dia ni. Maklumlah aku ni baru je seminggu dapat lesen. Pengalaman memandu amatlah ciput! Nervous jugak sebenarnya aku nak driving kat Shah Alam tu. Tapi kena beranikan diri lah (T_T)

 Aku tengok mak ayah pun macam risau dan tak yakin sangat dengan aku. Ayah aku siap cakap  kalau nak balik dari Shah Alam ke Bangi nanti parking je kereta kat komuter lepas tu naik komuter je balik. Kata dia susah jalan kat KL tu banyak selit-selit. Tapi aku kena buktikanlah yang aku boleh berdikari! In Syaa Allah. Lama-kelamaan lebih cekap.

So, selamat berpraktikal ya kawan-kawan ku. Terutama my classmate-Islamic Bankers. Jangan sombong kat tempat kerja tu. Rajin bertanya. Ingat, kita nak belajar dari mereka. Semoga berjaya!

Sekian :)