Sunday 24 February 2013

Kit Kina, Welcome to MAIS

Alhamdulillah. Hampir sebulan aku berpraktikal di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Kebanyakkan orang akan kata "Weh kau praktikal tangkap-tangkap orang buat maksiat eh?" . HAHA come on la  itu JAIS ler. MAIS ni peranan penting adalah untuk menyampaikan maklumat betapa pentingnya mengurus harta secara bijaksana mengikut hukum syarak.

Contohnya ekau hado wang tak patuh syariah apabila terlibat dalam transaksi yang mengandungi elemen-elemen haram atau syubhah, ekau buleh bagi kat  MAIS dan MAIS akan menguruskan duit tu untuk dimanfaatkan kepada pihak yang sewajarnya mengikut hukum syarak. Ok clear? hehe

Aku pilih MAIS ni sebab sesuai la dengan aku yang baru merangkak nak mulakan hidup dan baru terkial-kial nak mahirkan driving. Memandu kat Shah Alam ni pun aku dah selalu kena hon haha biasa la I budak baru belajar sila faham bila lihat sticker merah 'P' yang I dah tampal tu hui hui hui. Yang paling utama aku boleh belajar dari MAIS pasal pengurusan kewangan islam.  

Paling penting dekat, jimat, selamat.  Lokasi MAIS 10-15 minit je daripada rumah sewa aku dengan melalui 3 roundabout. Jalanraya tak sesak. Lepastu senang la nanti aku nak jumpa advisor dan pergi library kat kampus setiap minggu untuk urusan thesis memandangkan rumah sewa kat belakang pintu UiTM je. Bila dah dekat dengan UiTM, senang la juga aku nak start business kecil-kecilan, ihik ihik. 

Celik mata Reset Minda. Aku guna baucer buku beli kat MPH SACC Mall. Masa bosan memang syok layan buku nipis ni.

View dari  tempat aku di Menara Selatan Tingkat 10. Kereta semua macam mainan. Berangan jadi Ultramen untuk pijak semua kereta huar huar huar 

Masa makan lunch aku dan Izzaty diet tak makan nasi. Tapi bila weekend balik rumah makan nasi tak hengat bila mak masak sedap-sedap. Belum campur pergi pasar malam kat seksyen 7 shah alam setiap rabu beli tongkeng goreng. muehehehe kesimpulannya, diet la sangat ~

Ok handbag tu  my auntie belakang rumah bagi hehe. Buku di Hamparan Shamrock tu I pinjam my mom punya. Buku tu best, sila baca. Cekedis tu memang hari-hari kena bawa pergi ofis biar tak sleepy.

Bosan kan kerja sebenarnya. Padan muka bila datang perasaan rindu nak pergi  kuliah setiap hari kat kampus har har


Dekat sangat dengat Masjid Negeri :')
So Kit Kina, Welcome to MAIS.

Sekian, jumpa pada entri seterusnya. As Salam Alaykum (^_^)V