Sunday 3 February 2013

Perihal Solat

Kadang aku perasan mengenai sesuatu tentang solat lima waktu tu. Aku dengan roommates (FatimahMahirah & Nurul Izzaty) pernah borak-borak pasal ni.

Hal itu mengenai solat yang hari-hari kita buat tu. Selalu kita yang muda mudi ni suka solat secara 'speed up'. Laju je. Lagi-lagi kalau bangun subuh gajah (5 minit nak pukul 7 pagi) dan selalu bertarung masa nak cepat je. Baca Al-Fatihah tanpa penghayatan dan kadang kita bergerak laju dari satu pergerakan ke satu pergerakan. Ada masa kita sengaja pula lewat-lewatkan solat kita. Itu belum dikira lagi kita khusyuk dalam solat.

Tapi cuba compare dengan mak-mak kita. Mereka solat agak 'lama' sikit. Bacaan mereka sangat perlahan dek kerana menghayati dan sebutannya sangat tertib.

Kita yang muda berdarah panas ni memang selalu ambil masa sekejap je waktu solat berbanding dengan mak kita.

Macam bawa kereta jugak, selalu orang muda bawa kereta laju berdesup main selok sana selok sini tapi kalau mak-mak ni bawa kereta biasanya tertib lagi berhemah selalu :)

Maka celakalah orang yang solat, iaitu orang-orang yang lalai terhadap solat mereka. (Al-Ma'un 107: 4-5)

Maka kat sini aku nak ingatkan diri aku dan para member-member yang singgah selalu blog ni, jangan terlampau sangat nak 'speed up' dalam solat, pastikan bacaan terutama Al-Fatihah kita dibaca dengan sebutan makhraj yang betul. Tajwid kena jaga. Supaya setiap solat kita berkualiti dan tak sia-sia.

Solat lima waktu ni lah yang kita boleh harap. Sebab tu kena betul-betul jaga kualiti solat fardhu ni. Kalau nak top-up amalan untuk buat solat sunat tu memang jarang lah, lelagi aku sendiri ni pun (-_-) Kalau ada exam tu kang baru nak set alarm nak buat solat hajat. Kadang, bila 10 malam terakhir Ramadhan baru nak rajin-rajinkan diri bangun malam untuk solat sunat. Kalau tak memang payah nak bangun malam pun.

Tapi pokoknya, Allah tidak ingin melihat betapa banyaknya amal kita, tetapi Allah hendak melihat bagaimana kita melakukan amal kita.

So jom perbaiki kehidupan kita dengan menjadikan amalan-amalan kita sebagai amalan yang terbaik! :)