Friday 25 January 2013

The 3rd Attempt! | JPJ Test

Hai Assalamualaikum!

Tajuk post kali ni mengenai The 3rd Attempt. Ini bukan 3rd attempt buat kuih tau. Ni pasal JPJ test aku lah.
Ingat tak my first attempt JPJ test? Tak ingat sila refer entry Fail JPJ test  .

Selepas first attempt tu kandas, aku pun dengan rasa kecewa melayan ombak final exam selama 9 hari untuk lima subjek. Lepas tu aku bertekad nak jugak ulang JPJ test tu untuk kali kedua walaupun ada lagi satu paper belum habis. Haha memang desperate aku ni nak kan lesen tu.

So masa 2nd attempt tu lulus bahagian parking je. Tapi Jalanraya aku kandas sebab... sebab ape kau tahu? Sebab mati enjin kat simpang. Aku lupa gila nak tukar dari gear dua ke gear satu masa berhenti kat simpang sebab nervous gila tengok kereta banyak. Memang masa tu aku rasa give up. Nak ulang test JPJ dah lah mahal. RM150. Duit PT dah kering kontang. 

Dengan rasa sedih tu aku ambil keputusan untuk pergi KTM Padang Jawa dan redha nak baring di landasan kereta api supaya digilis eh gila kau haha! Aku nak naik Komuter untuk balik ke Bangi mengubat rasa keciwa di hati. Sepanjang perjalanan air mata mengalir. Kecewa habis. Tak peduli dah nak control macho semua. SEDIH lebih sedih dari putus cinta gitu! mehehehe

Sampai je kat rumah aku terus peluk mak aku. Haa baru tahu kuasa pelukan emak tu sangat berkesan mengurangkan kesedihan. Mak dengan ayah aku rileks je. Dorang kata tak payah sedih. Jangan pernah putus asa. Dorang anggap tu perkara kecik yang pada aku pulak aku anggap tu perkara paling besar dan paling berat. 

Aku bersyukur sangat sebab mak ayah sentiasa bagi moral support dan sentiasa memberikan kepercayaan kepada anak sulung mereka ni. Tak sedar diri ini beruntung. Mereka kata aku tak payah risau, duit memang diberi lebih dari cukup dan kemustajaban doa dipanjatkan. Cuma diri sendiri perlu buat yang terbaik sahaja.

Kemudian, tiba lah hari JPJ test for the 3rd attempt iaitu dua hari selepas aku tamat paper terakhir ( Research Methodology). My best friend Izzaty sudi nak teman sampai selesai urusan test tu. Padahal dia dah boleh balik lepas last paper tu tapi dia nak juga teman aku for another two days sebab dia risau aku menangis duduk kat rumah sewa tu sorang-sorang. Terharu weh aku dapat kawan yang nak bersama susah senang, bukan setakat kawan gelak-gelak je  (T_T)

Masa hari test tu, ada dugaan lagi. Boleh pulak masa aku datang daftar, nama aku tak ada. Tak pasal-pasal aku kena ikut sorang mamat ni pergi berurusan dengan JPJ kat Padang Jawa. Nak hampir dua jam aku kat sana. Mamat tu la yang buat silap sebab tak pastikan dokumen aku lengkap. 

Mamat tu pulak sempat nak menggedik suruh aku panggil dia abang padahal dia curi-curi tengok IC aku dia kata sebaya. Pastu mula la dia tanya tinggal kat mana kalau dekat boleh dating selalu bla bla bla  dia membebel walhal aku tengah risau yang amat. Dah la sebab silap dia nama aku tak ada. Vavun betul. Memang padan muka aku tak respon apa dia kata. Haa ni makan dia.

 Staff JPJ tu mulanya dah tak bagi aku ambil test hari tu. Tapi aku buat muka kesian la mintak tolong sebab memang tak boleh tangguh lagi test tu. Kan next week aku dah masuk praktikal ingat senang ke company nak bagi cuti hari rabu? Akhirnya dia bagi juga aku ambil test. AKHIRNYA!

Bila sampai giliran aku, guess what? aku dapat JPJ perempuan yang sama masa 1st attempt dulu. Apa lagi sindrom ketaq lutut 10 skala richter melanda lagi. Tapi kali ini lain. Dia perasan muka aku.

" Eh awak tak lepas-lepas lagi Jalanraya?"

" A ah cik, kali ni saya dah kali ketiga," kata aku dengan nada syahdu (T_T)

Sepanjang aku ujian tu, dia banyak tolong aku. Setiap kali kat simpang dia bagi tahu samada aku perlu jalan ke tidak. Masa berhenti dia tak lupa ingatkan untuk tukar gear satu walaupun sebenarnya aku ingat. Perasaan aku masa tu rasa macam tengah driving dengan cikgu pula. Padahal dulu dia memang kerek gila! Tapi untuk hari itu, memang nampaklah effort dia nak tolong aku supaya lulus dengan jayanya kali ini. 

Alhamdulillah, Allahuakbar. Akhirnya aku lulus juga. Berkat doa mak ayah dan kawan-kawan, aku dipermudahkan segalanya. Terasa berbaloi dengan segala penderaan emosi yang dilalui sebelum ini. Perasaan lega itu tak terkata. Aku menangis kesyukuran terharu tak terkata lagi. Masya Allah! Nikmat Allah yang mana mahu didustakan!?


My driving school at Section 25 Shah Alam :)


Olivia asked me some tips. This is what I'd told her in Facebook muehehehehe



Thanks babe!

Sesuai dengan tagline blog aku 'Hidup itu Indah, Pahit Manis Lumrah' cewah sebenarnya setiap orang punya pahit manis memori kan. Tapi yang paling penting aku lebih mengenal hidup ini dan belajar erti bersabar dengan setiap dugaan. Alhamdulillah. Syukur pada Allah dengan setiap apa yang terjadi ini adalah izin dari Nya. Hanyalah kepadaNya tempat kita bergantung harap.

Sekian :)