Saturday 6 April 2013

Ok, Ini Teruja!


Hai Assalamualaikum..

Hm, baru je lepas perasan satu iklan daripada facebook ustaz Zaharuddin.
Lalu saya teruja sehingga berlari anak menuruni tangga untuk khabarkan pada mak, hacewah, mangat-mangat!
Kelas bersiri untuk perbankan dan kewangan islam. PERCUMA!
Aku sangat teruja nak join. Tapi kelas ni setiap hari rabu dan sabtu dalam tempoh dua bulan. Hari rabu aku kan kerja. Ehem student praktikal la katakan.
Harap bos bagi la aku half day. So I boleh lari kejap untuk attend kelas ni kat Perpustakaan Raja Tun Uda Seksyen 13 Shah Alam.



 


Ini objektifnya:
  • Memberi peluang kepada para peserta mempelajari dan memahami bidang Perbankan dan Kewangan Islam.
  • Menerangkan kepada para peserta peluang kerjaya di dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam.
  • Memperincikan sejarah dan perkembangan Perbankan dan Kewangan Islam.
  • Menjelaskan sumber dana Perbankan Islam.
  • Memberi pemahaman tentang jenis pembiayaan yang terdapat dalam sistem muamalat Islam.
  • Menerangkan mengenai jenis-jenis takaful yang terdapat di pasaran Malaysia.
  • Menjelaskan kepada peserta tentang isu-isu dan kritikan terhadap bank-bank Islam.


Siap ada assignment dan examination! Wah, harap thesis aku pun berjalan lancar. Ya Allah permudahkan! Amiin.

Jom kawan-kawan, kita join! Untuk maklumat lanjut, sila layari www.alnaqiy.com