Sunday 25 November 2012

Every breath is valuable gift from Allah

Alhamdulillah.. Hari ini aku ekstra bersemangat, ekstra bergembira dan ekstra bersyukur kerana pada hari ini ramai yang mendoakan agar aku murah rezeki dan sentiasa dibawah rahmatNya.

Masih ingatkah aku ( si bayi comel berambut maggi) ayah meraba-raba poket untuk membelikan aku susu disaat barang-barang dapur sudah habis namun diutamakan susu untuk aku dahulu supaya aku tak merengek kelaparan. Bagaimana pula aku masa bayi selalu menganggu tidur lena emak dengan tangisan tak henti-henti sehingga si emak turut menangis kebingungan mencari punca rengekan ku.

Dan sekarang, aku rasa aku tak belajar sampai dah nak habis degree kalau mak ayah aku tak support moral dan material. Kau tahukan aku cengeng. Kadang aku lemah. Aku perlukan dorongan. Bukan aku, kita juga begitu. Kita tak boleh hidup berseorangan. Selain kebergantungan kita kepada Allah, dengan manusia juga kita saling memerlukan. Tak gitu ?

You know what kalau flashback balik bagaimana mak ayah memelihara aku sampai lah aku chubby macam ni, aku pasti merasa bahawa masa begitu lambat berjalan. Lambat untuk aku membalas jasa mereka, hantar mereka pergi haji, belanja makan sedap-sedap dan bahagiakan mereka malah mencari menantu yang baik+handsome juga bagi cucu-cucu yang comel hikss.

Pada hari yang aku cintai 25 November .. aku masak makanan kegemaran aku. Aku tak peduli orang lain tak suka apa yang aku suka wahaha tapi syukur semua berkongsi kegemaran yang sama- Spaghetti Carbonara Cheese! sungguh pekat and so dayyum creamy! I love it so much!

Entah kenapa aku rasa masa sangat lambat berlalu. Aku tak sabar nak habiskan semester 5 dan lepastu praktikal maka boleh lah aku teruskan belajar dalam dunia industri. Aku tiba-tiba jadi malas nak siapkan assignment ah mungkin sebab aku kat rumah di bangi sekarang. Selalu kalau balik Shah Alam mesti semangat ekstraordinary datang. Aku nak balik Shah Alam jap lagi. Sungguh aku rasa Bangi ini syurga.

Selalunya kita mesti kena happy untuk apa jua bidang yang kita ceburi. Baru tak stress masa hadap assignment dan test. Haaa ni yang aku nak bagi aura positif bertebaran~ Aku sayangkan course aku. Aku sayangkan kawan-kawan seperjuangan. Aku cintakan para pensyarahku. Aku cintakan dunia kewangan islam. Aku cintakan dunia Business Administration. Aku cintakan ilmu. Aku dahagakan ilmu. Semoga Allah permudahkan untuk manfaatkan ilmu.

Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke 22 tahun Nur Sakinah Noordin. Perjuangan harus kita teruskan hingga ke akhir hayat menuju redhaNYA because tick tock tick tock each second of every breath is a valuable gift from Allah. Alhamdulillah.




Nota Kitty: Selamat Ulangtahun Kelahiran juga pada sahabat which was my ex classmate 5 Amanah tahun 2007- Izzati Hanim dan Izzah Dalillah. We shared same birthday today. So sweet. Anyone?