Sunday 16 June 2013

Kelas Bersiri Perbankan dan Kewangan Islam |Penutup|


  Alhamdulillah, selama satu bulan satu minggu, tamat jua kursus Islamic Banking and Finance ini yang berlansung di Mini Library tingkat 15 Plaza Perangsang, Shah Alam.

 Maka, tibanya masa untuk menempuhi Final Exam...






Masing-masing fokus.


Amboi, berkerut dahi tu!





Alhamdulillah, done with the final exam.


Kemudian, sesi penyampaian cenderahati dan sijil oleh Assistant Manager Corporate Social Responsibility Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, Encik Mohd Ismail Bin Zam Zam.





 Sesi outdoor shooting sikit hehe....

Bertuah dapat mengenali anda semua :)



Semoga ukhuwah ini berkekalan! Aamiin. :)
Happy!  (^_^)


 Masing-masing bertukar nombor telefon dan alamat. Senang untuk saling keep in touch dan mudah juga jika masing-masing nak hantar kad jemputan kahwin pada masa akan datang kan hehehehe







Batch 1 Islamic Banking and Finance
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa mendoakan kami. 

Terima kasih kepada bos saya di Bahagian Pengurusan Hartanah, MAIS (Encik Mohd Farid Bin Baharon) dan pengurus pelajar praktikal, Ustaz Hasal kerana memberi pelepasan kepada saya sepanjang mengikuti kursus ini.

Terima kasih juga kepada tenaga pengajar yang super duper best iaitu Ustaz Dr. Zaharuddin, Ustaz Muhammad Izzam, Ustaz Ahmad Jamil, dan Ustaz Abdullah Hanif Hassan yang tidak jemu mencurahkan ilmu dan berkongsi pengalaman-pengalaman berharga.

Jutaan terima kasih kepada Kumpulan Perangsang Selangor dan Al Naqiy Islamic Solutions kerana memberi kami peluang yang sangat berharga ini buat kami.




Salam dan dakapan perpisahan. In syaa Allah, ada rezeki kita jumpa lagi :(

MasyaAllah. Sungguh hebat perancangan Allah. Kami dapat bertemu dan berkenalan antara satu sama lain. Bertemunya manusia dan berpisah keranaNya dan ilmu itu tidak akan berpisah dari jasad sehingga seseorang itu menemui ajalnya malah ia akan berterusan pahalanya jika ilmu tersebut disampaikan kepada yang lain. In syaa Allah.