Thursday 31 January 2013

Pak Cik Kenny | Girly Bonding Session with Mak ku

Sebelum ni  aku ada plan nak reward diri selepas tamat semua exam papers dengan Seketul ayam Kenny Rogers. 

Tapi boleh pula lupa dek kerana seronok sangat kau dapat lesen kot ceh ceh sehinggalah hari itu my mom and I jalan-jalan pergi Alamanda. My mom sibuk nak carikan barang-barang untuk aku sebab starting next monday aku dah kena praktikal. Misi utama nak carikan aku handbag dan kasut. Wah semangat-mangat my mom! hehe

Well, aku ikut je lah mak masuk semua kedai yang ada jual handbag (Nose, Sembonia, Primavera, Parkson etc.) Puas dah belek-belek semua. Tapi satu pun aku tak berkenan. Paling utama yang tak berkenan adalah~ HARGA. YA HARGA mak dato' mahalnya.   RM100++ camtuh could be too expensive for me. Walaupun mak sungguh-sungguh nak belanja, tapi tak patutlah. Aku student je so pakai beg bawah RM100 ok lah kan.

At the end, tak beli apa-apa pun kat Alamanda tu. BANGGA AKU DAPAT BERJIMAT CERMAT HAHA . Godaan barang-barang yang menggiurkan tu dipandang sebelah mata je heheh. Sampailah kami melalui Restoran Kenny Rogers.

" eh mak teringin la nak rasa spaghetti Pak Cik Kenny", kata mak melontarkan keinginan.

" Oh lapar ni. Jom lah tengok menu kat situ"

Kali ni bukan tergoda dengan kehenseman pak cik Kenny, tapi keseksian ayam pak cik kenny yang lazat. Bila dah tengok menu tu perut pun mula berzapin sayang. Tu yang terus teringat plan awal aku tu iaitu REWARD diri makan ayam Pak Cik Kenny yuyeayyy! Labur duit kat makanan lagi best. Bimbang ternak lemak kemudian pikir muahahaha



Meet my mom. My cute mom. The one and only mom 




Alhamdulillah, rezeki tercapai untuk makan seketul ayam pak cik Kenny. My mom belanja. Muehehe~ Happy mode. My mom makan spaghetti Tangy yang rasanya masam-masam sikit. Aku makan seketul ayam pak cik Kenny.


Then, the other day, pergi Warta pula. Well aku kan tengah menganggur duduk rumah, so muka aku je lah stok merayau satu daerah bangi ni dengan mak hehe peace. Apalagi kalau dah jadi mak orang ni mesti cari pasu je kerja. Kebetulan pasu dari harga 18 hengget turun harga ke 13 hengget. Bertepuk tangan mak super suka pasu dah murah sekejap :D

Cukup dua troli nak angkut semua pasu ni ? hehe nasib baik mak ada anak gadis bertubuh sasa persis pemain ragbi untuk tolong angkut pepasu har har har 


Pada malamnya sebelum tidur si anak sulung ni dengan emaknya buat sesi facial muka dengan impian mak nampak sebaya dengan aku dan aku nampak maintain 23 tahun wow, tak percaya lah dah 23! (T_T)

Mula-mula scrub muka dengan masker bunga rambai. Tiba-tiba ayah tak puas hati sebab masker bunga rambai berbau serbuk kuah kurma hehehe pantang betul.

Lepastu baru bertukar menjadi manusia bertopengkan korean herbs. Mentang-mentang tadi dah tepek kat muka dengan herba kurma hik hik



My mom and I was very happy with these kind of GIRLY BONDING SESSION through out the days.
 I Love you mak ku! *hugs and kisses*

As Salam Alaykum!