Sunday 12 May 2013

Kelas Bersiri Perbankan dan Kewangan Islam



 Seorang klien di Al Naqiy Islamic Solutions Sdn Bhd mengajukan soalan kepada Dr. Aznan Hasan:

“Bagaimanakah perkembangan pelajar yang akan meneruskan usaha Islamisasi dalam dunia kewangan?”

Dr. Aznan menjawab:

“Situasi yang berlaku agak membimbangkan kerana jumlah mereka tidak begitu ramai. Hal ini ditambah pula dengan realiti dunia kewangan Islam yang menuntut kemahiran dalam kedua-dua bidang iaitu shariah dan kewangan”.

Maka lahirlah kelas bersiri ini untuk menggalakkan pelajar memahami industri kewangan islam.

Alhamdulillah, akhirnya aku dapat peluang untuk memberi komitmen kepada kelas bersiri yang dianjurkan oleh Kumpulan Perangsang Selangor dan Al Naqiy Islamic Solutions Sdn Bhd.

 Setakat ini seramai 16 orang sahaja yang menghadirkan diri. Kebanyakkan yang terlibat adalah student yang belajar di timur tengah seperti di Jordan, Syria, dan Arab Saudi. Selain itu ada juga dari Uniten, Management and Science University (MSU), dan of course aku wakil tunggal untuk UiTM Shoh Alom.


Kelas pada hari pertama bersama Ustaz Dr. Zaharuddin

Kelas pada hari kedua bersama Ustaz Izzam (Shariah Advisor from Al Rajhi Bank). Hmph muka aku paling semangat sekali dengar kuliah hehe


 Dalam tempoh 1 bulan 1 minggu, kelas bersiri ini membantu para pelajar:

- mahir dalam bidang perbankan & kewangan Islam
- menjawab isu dan kritikan terhadap kewangan Islam
- masuk ke dalam industri kewangan Islam dengan sijil yang diiktiraf oleh Malaysian Institute of Management (MIM)


In syaa Allah, semoga program ini memberi manfaat. Kepada sesiapa yang boleh memberi komitmen untuk kelas pada hari Isnin, Rabu dan Ahad. Jom hantar resume ke rkrs@alnaqiy.com beserta:

1 - salinan kad pengenalan calon
2 - salinan sijil kelahiran
3 - surat sokongan yang telah dicop oleh pegawai kelas A

Maklumat lanjut, layari / hubungi:

http://www.alnaqiy.com/seminar-registration/rkrs-may-2013.html

03 6201 1062 / 1063.