Sunday 12 May 2013

Mak ku, my BFF

Alhamdulillah. Rasa bersyukur sangat sebab aku masih ada emak. Dewasa kini aku panggil emak aku 'mak ku'. So ada tambah 'ku' menunjukkan rasa sweet. Macam orang bercintalah panggil Kanda ku atau dinda ku. hehe

  Rugi kalau tak jadikan mak sebagai BFF (Best Friend Forever). Rugi rugi rugi. Tiada profit. Ada losses je. Emak sebagai BFF sebab dia sentiasa berada disisi kita. 

Pagi-pagi yang jerit suruh bangun solat subuh sampai jiran sebelah terjaga dan dan terus bangun solat subuh sekali, tu suara mak kita. Yang kalau kita masa sekolah tingkatan 5 dulu tergedik jatuh cinta dengan lelaki satu batch , mak kita juga yang berbulu telinga dengar luahan perasaan kita. 

Bila beli handbag atau baju, mak kita akan jadi penasihat fesyen yang bertauliah. Dia juga yang akan bagi komen dan hentam habis-habisan kalau baju/ handbag tu tak kena dengan gaya kita. Bila kita sedih, mak kita juga yang akan bagi kata-kata semangat dan mengurangkan keresahan hati.

Dan bila kita tengah sengkek takde duit pastu nampak peplum atau skirt labuh yang cantik, mak kita juga yang tiba-tiba semangat nak pilihkan yang tercantik untuk kita dan tolong hulur duit. Padahal beg tangan dan kasut dia pun dah buruk. Tapi dia tetap bertegas mengatakan kita lebih perlukan dari dia. Memang betul ramai orang kata mak kita suka bohong.




Kemudian dah perut lapar meroyan nak makan kari ayam/asam pedas/ masak lomak cili hapi tiba-tiba je *poof* magic mak kita masak kat dapur hidangkan makanan sedap-sedap. Sesudah itu bila selepas mak kita solat, dia doakan kita supaya jadi anak yang soleh/solehah dan supaya diredhai Allah moga hidup berkat dunia akhirat. Beruntung masih punya emak kan? Alhamdulillah


 You are my supermum, my queen! You're the best, I love you mak ku. Despite your bebel and all the hardships you've been through for me. No one can ever replace you!



 Now, this is for guys -


“If you want to know what your wife will look like in 25 years, look at her mother”


HAHA ingat tak macam iklan Silky Girl yang ada Dafi cakap macam tu?


SELAMAT HARI IBU. Hargailah emak anda sebelum terlambat. Kalau lupa hari ini hari ibu, besok pun boleh. Hari-hari kan adalah hari ibu (^_^)V