Saturday 10 March 2012

Fobia Limpahan Teh Tarik

Harapan memohon menduduki kediaman kolej telah pun gagal. Perlu ke sedih? Ya haruslah! Sekarang tak boleh lagi aku bersiap lambat-lambat pergi kelas. Tak boleh feeling duduk kat hostel. Pagi petang siang malam tak boleh dengar pengumuman dari corong pembesar suara.  Paling tak best kena duduk kat fakulti masa rehat tengah hari maka tak dapat nak top up tidur secara privasi di bilik. Tidur siang bukan tanda kemalasan ek. Sunat tu tidur 15minit sebelum masuk Zohor kan :')

Bermulalah kehidupan aku sebagai pelajar 'non-resident' untuk semester baru ini. Bermakna perlu ada rumah kedua. Bermakna tiap-tiap bulan kena keluar duit bayar sewa. Tiap-tiap minit kena tahan nafsu makan sebab rumah sewa bersebelahan KFC dan Pizza Hut juga banyak kedai-kedai makan yang menggoda terutama Restoran Barra yang membarakan nafsu makan terutama nasi goreng ayam barra yang memang sedap dan nasinya menggunung. Sadis.

Pabila menghuni rumah sewa kali ini aku tetap masih merasakan trauma banjir semasa menyewa di bandar Segamat pada zaman diploma semester akhir. Macamlah Seksyen 7 Shah Alam ni boleh banjir. 
Eh siapa tahu?
Sebab itu selalu terlintas difikiran mengharap janganlah banjir Shah Alam macamlah setiap kali aku duduk rumah sewa mesti banjir. Sinonim dalam otak ni kata rumah sewa=banjir. Eh lupa rumah sewa aku sekarang tingkat satu, InsyaAllah kalau banjir boleh survive lagi.



Segamat dilimpahi bah









Lantai rumah disaluti karpet berwarna coklat susu. Barang-barang bergelimpangan dihanyut gelombang banjir.



Buku-buku mendadak menjadi tebal daripada biasa. Suka tak?



Beruang-Beruang tersenyum mati lemas dalam limpahan teh tarik. Satu-satunya hidupan air di Bikini Bottom yang selamat- Spongebob Squarepants!





Laman rumah seperti proses membuat ikan kering.



Tilam Zhulian Bio Ion Therapeutic kepunyaan emak turut hanyut (T_T)



Mungkinkah musibah banjir yang kita lalui itu sebagai satu ujian keimanan atau balasan atas dosa-dosa?
Hmm, tidak kiralah samada nak anggap sebagai satu ujian keimanan atau pembalasan. Yang penting dapat jadikan semua itu sebagai proses membentuk jiwa yang lebih kental, lebih sensitif pada kesusahan orang lain, dan yang lebih penting ialah lebih mengingati-Nya.

Selamat Berhujung Minggu dengan aktiviti bermanfaat :')