Thursday 2 February 2012

Selamat Datang

Assalamualaikum.

2.2.12 , 1.22 p.m

Aku mula mahu berjinak untuk menulis. Suatu ketika dahulu aku punya blog. Tak silap aku, pada semester 3 diploma. Itu pun, pensyarah yang wajibkan sebagai tugasan untuk menulis karangan dalam bahasa Inggeris. Tamat semester 3, blog tersebut terkubur. Sekarang, aku mahu blog aku hidup kembali. Supaya aku boleh berkongsi pendapat dan pengalaman hidup.

Aku ada seorang kawan rapat. Sangat rapat. Aku kenal sejak zaman sekolah menengah. Dia blogger. Dia juga penulis novel. Aku suka kawan dengan dia. Pemikiran dia matang daripada usia sebenar. Dia selalu mengajak aku menjadi penulis novel macam dia. Tapi aku belum bersedia lagi. Biar aku menjadi penulis di blog dulu. Bukan aku tiada cita-cita nak jadi penulis novel. Ada. Aku minat. Tapi aku sedang mempersiapkan diri.

 Mak aku minat menulis juga. Masa zaman muda mak, mak selalu menulis cerpen dan hantar pada surat khabar. Mak aku masih simpan keratan akhbar cerpen dia.  Pada suatu hari, mak teringin nak menulis kat blog. Aku tolong buatkan blog untuk dia. Mak lansung tak tahu macam mana nak guna blog. Aku ajar sedikit demi sedikit apa yang aku tahu. Sekarang, mak dah pandai. Beratus-ratus entri mak dah tulis. Cuma sejak kebelakangan ni dia malas sikit. Kata dia dah tua. Tapi aku tahu mak mesti banyak idea untuk menulis kat blog cuma mungkin dia dah bosan dengan corak background dan header kat blog tu. Tak mengapa, aku akan tolong mak tukarkan semua tu supaya blog dia ada nafas baru dan mak juga akan ada semangat baru.

Boleh dikatakan kehidupan aku dikelilingi oleh orang yang berbakat dalam menulis. Tengok lah kawan aku. Setiap hari membincangkan mengenai proses pembikinan novel baru dia. Aku seronok mendengar pengalaman dia. Aku kagum dengan semangat dia. Kawan aku dulu zero dalam bidang penulisan ni. Selalu dulu dia bagi cerpen untuk suruh aku nilai dan komen. Tapi aku tak reti nak komen macam cikgu penulisan zaman sekolah aku dulu. Cuma aku bagi tahu dia, dia sangat berpotensi.

Memandangkan aku sedang menikmati cuti semester sekarang, tak salah aku mencipta blog aku kan. Dengan tertubuhnya blog aku hari ni, diharap akan memberi manfaat kepada orang lain juga manfaat kepada diri aku sendiri. Menulis kan dapat meransang kreativiti minda. Aku dapat berkongsi pengalaman hidup dan juga personal thought supaya kita semua sentiasa berfikir tentang kebesaran-Nya.

"Cuma aku harap dengan blog ini, aku dapat menyebarkan Islam"

Alhamdulillah, sememangnya Islam bukan lah hanya untuk diamalkan,tetapi juga disebarkan

Rasulullah S.a.w bersabda:
“Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.”
Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi

Dengan lafaz Bismillah, aku merasmikan blog aku. Selamat datang kawan-kawan :')