Sunday 2 June 2013

Kelas Bersiri Perbankan dan Kewangan Islam #2

Alhamdulillah, hari ni merupakan kelas terakhir untuk program kelas bersiri perbankan dan kewangan islam sesi 1. Rasa macam tak sangka dan tak puas menghadiri kuliah kat sini. Penceramah superb best sebab mereka memang practitioner dalam industri perbankan islam menyebabkan kita seronok mendengar pengalaman mereka sepanjang berada dalam industri perbankan islam.

Percayalah, tiada program sebegini yang dianjurkan secara percuma ditempat lain. Program ini ditaja oleh Kumpulan Perangsang Selangor dan tenaga penceramah disediakan oleh Al Naqiy Islamic Solution Sdn Bhd. Dah lah bagi makan percuma yang super sedap, menyediakan tempat parking percuma, dan kursus juga secara percuma. Jika tidak setiap orang perlu bayar RM800 untuk kursus selama 1 bulan 1 minggu ini. Mana dapat percuma macam ni!? It is crazy ok bak kata orang sekarang there are no free lunch nowadays tapi kursus sebegini percuma semuanya.


Kursus ini juga ada Individual Assignments untuk disiapkan. So, tadi kami ramai-ramai dah submit assignment. Cuma sekarang kami perlu mempersiapkan diri bagi menempuh final exam pada 12 Jun 2013 ini. 10 chapter kena cover ok. Kalau exam tak capai 50 markah, maka tak dapat sijil. Kena study betul-betul lah ni tau.    

My  Individual assignment.

Tadi dapat makan nasi lemak. hm Masya Allah. Sedap sangat! Order kat mana lah ni ek?

Meet my classmates yang super best

Ok biasalah tu budak lelaki cuma dua ketul haha. Oh ya, tadi  yang memberi lecture adalah Ustaz Hanif dari Al Rajhi Bank.

Ini kawan yang agak rapat. Setiap kali rehat mesti sama-sama. Sweet.


Sekarang pendaftaran untuk sesi kedua sudah dibuka. Sesiapa yang berminat boleh lah hantar resume kepada Al Naqiy Islamic Solution Sdn Bhd. In syaa Allah, sungguh bermanfaat. Bukan setakat untuk membina kerjaya dalam bidang perbankan islam, tetapi sebagai bekalan ilmu menuju akhirat. Tidak rugi kerana halal haram bukan hanya pada makanan tetapi ramai yang kurang prihatin kepada hal halal haram dalam bermuamalat.

Semoga maju jaya untuk teman seperjuangan yang akan menduduki peperiksaan pada 12 jun ini. Bi taufiq wan najah! :)

Sekian. Terima Kasih.