Thursday 26 July 2012

Diari Bulan Puasa

Alhamdulillah.. dah nak masuk hari ke tujuh dalam bulan yang amat-amat dinantikan oleh semua. Ya, Ramadhan. Puasa kali ni rasa seronok sebab dapat bersama dengan keluarga terchenta. Almaklumlah cuti summer kannnnn.

 Macam mana dengan puasa kita setakat ni? Ok ke tak Ok. Harap sangat puasa kita adalah puasa yang sebenar-benarnya, bukan puasa kosong tanpa dapat apa-apa manfaat.

Yla dugaan puasa ni banyak dan mencabar kan. Bukan senang nak kawal diri dari perlakuan yang boleh mengurangkan pahala puasa. Well, we just a human. 

Tengok sahajalah masa aku pergi bazar tadi. Tengah baik punya aku beratur nak beli Popiah Goreng, boleh pulak ada orang tu main potong je line aku. Pastu pijak kaki aku. Hah, terpijak mungkin. Pastu mulut berat nak minta maaf kat aku. Main blah jek. Aku pun macam nak melenting pulak tetiba. Tahu la sama-sama puasa dan penat tapi tak payah la gelojoh sangat. 

Ouch!  "Wahai hati, sesungguhnya aku berpuasa, bersabarlah" monolog hati aku yang berusaha pujuk hati keras ketong ni. Oh ya mungkin Allah hantar orang itu untuk menguji pahala puasa aku. Buatnya lah tadi aku marah dia kan dah habis lah pahala puasa aku :'(

Maka dengan itu ya Allah aku mohon supaya setiap dugaan yang datang tu kita semua boleh bersabar dan sentiasa beringat. Amin sobs sobs :'(

Baiklah, bila dah habis beli popiah goreng, aku pun nak cari murtabak daging. Mengidam lama dah cam orang mengandung. Tengah syok je jalan tak pandang kiri kanan tiba-tiba...  Teka la ape jadi? teka-teka-teka haha

Tiba-tiba kawan lama aku datang menyapa. Well, kau tahu je la. Girls kalau dah jumpa kawan dia mesti cam  eksaited. Pastu mesti buka cerita hot punya. "Kau tahu tak budak tu dah putus dengan tunang dia, mana taknya asik berkepit dengan laki sana sini". So aku pun macam " oh yke, memang paddan la" . 
See? Tak sedar aku dah join gossip girls  -.-"

Pehh boleh sempat bergossip kat bazar ramadhan tu! Habis-habis-habis pahala puasa aku. Gila lupa diri aku ni. MasyaAllah! Pasni aku berazam kalau ada je orang nak bukak cerita hot, aku nak tukar tajuk. Tukar!
 Ya tajuk makanan memang sesuai dan lebih environmental friendly :')

Gila thrill seh nak pergi Bazar Ramadhan. Semua perlakuan kena jaga. Aurat tu pun nak kena jaga jugak kan. Aku ni pulak jenis hari-hari nak pergi bazar. Walaupun kat rumah dah masak satu jenis lauk utama, tapi tetap nak kena jugak  tambahan-tambahan juadah lain lagi. Niat nak tolong orang niaga ( ceh ceh padahal nak sedapkan hati) . Memang untung duduk bawah ketiak mak bapak lagi, hari-hari sponsor segmen buka puasa. Itu pasal rasa semua makanan kat bazar tu murah la konon.

Kalau kat UiTM Segamat dulu-dulu kena berjauhan dengan family so makanan yang dijual rasa mahal ya amat. Sebab itu dulu aku selalu beli bubur lambuk je atau laksam. Murah, cuma RM2 dan juga tak terlalu kenyang . 
Air pun tak nak beli. Minum air kosong je. Pastu bila buka puasa je dah mula menitis-nitis air mata terdengar sayup-sayup azan maghrib sambil mengenang family yang jauh dimata. *tu yang rindu sweet moment macamtu!* hehe

Merindui Suasana Bazar di UiTM Segamat! *Seriously. 


So sesiapa yang sedang berbuka puasa dan berjauhan dengan keluarga tu sila la tabahkan hati ye. Yakinlah itu moment yang paling manis dikenang kemudian hari dan menjadikan semangat anda lebih kental. Iya dok? hehe

Maka dengan baki puasa yang hanya tinggal beberapa hari lagi ni jom la kita penuhi dengan amalan ketaatan kepada-Nya. Al Quran biar jadi sahabat karib. Perlakuan yang kurang baik ( macam aku ni)  kena berubah. Jaga dan kawal diri. Memang susah. Tapi tak salah kita terus berusaha.

Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

"Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu." [Hadis Riwayat Ahmad dan Ashabussunan]

 Ya Allah bantu kami ya Allah untuk menjadi penyabar dalam menempuh dugaan. Kami hamba yang lemah lagi hina. Perliharalah kami ya Allah dari segala godaan dan panca roba dunia yang penuh tipu daya. Tak lupa juga kami mohon ya Allah , bantulah saudara kami di Rohingnya dan Syria. Amin Amin Amin ya rabbal alamin. 

Semoga kita bertemu pada-Nya dengan qalbun saleem (hati yang sejahtera).