Saturday 8 September 2012

Istikharahku membisikkan sesuatu...

Persoalan Lazim Remaja macam kitewww-kitewww (hehe keyboard rosak sebab tu huruf 'W' nak triple pffttt)

"Camne kita nak tahu si dia terbaik untuk kita ataupun tidak?"

"Apakah selepas istikharah memang ia akan nampak dalam mimpi?"

" Si dia kata dia tetap cuba nak dapatkan saya sebab dia nampak saya dalam mimpi selepas buat istikharah. So, perlu ke saya terima dia sedangkan saya tidak yakin pun pada dia?"

" Arghh saya takutlah nak buat istikharah kang nampak apa yang saya tidak berkenan acano?"

O ow... Apa Itu Istikharah?

Istikharah tu suatu doa untuk buat suatu pilihan sama ada dilakukan dengan cara berdoa je ataupun sebaik-baiknya dilakukan dengan cara solat sunnah terlebih dahulu pastu baru berdoa.

Tak semestinya nak cari jodoh baru nak beristikharah bahkan apa jua urusan yang melibatkan dilema oh dilema.

Contohnya nak beli kereta Viva ke Myvi? Nak masuk jurusan Sains atau Sastera? Nak beli handphone Samsung SIII ke atau I Phone 5?

So bila dah dalam dilema ni lah kita buat Istikharah dan berbincang. Berdoa pada Allah dan berbincang dengan seseorang.

Tapi-tapi tak boleh la nak buat Istikharah dalam menolak perintah Allah contohnya nak pakai tudung ke tak kan.

DOA ISTIKHARAH

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib.

 Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (Pernikahan dengannya) adalah baik bagiku, pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku samada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya 

Engkau mengetahui bahawa urusan ini (pernikahanku dengannya) mendatangkan keburukan bagiku, pada agamaku, kehidupanku, dan kesudahan urusan ku samada cepat ataupun lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya."


Petunjuk istikharah tidak semestinya melalui mimpi (baru aku tahu) tapi boleh hadir dalam bentuk ketenangan    hati.

Demikian adalah pendapat Imam Nawawi r.a dan disokong oleh kebanyakkan ulama. Selepas beristikharah dan berbincang kemudian diteguhkan pendirian dan dipermudahkan jalan ke arahnya, ITU PUN SUATU PETUNJUK.

Tapi tapi tapi jangan terpedaya dengan seseorang yang berhujah dengan mimpinya sendiri bagi memaksa orang lain menerima dirinya. Mimpi orang lain tak boleh jadi hujah untuk kita.

Hatta kita sendiri pun mimpikan seseorang selepas istikharah, kita perlu memastikan terlebih dahulu mimpi itu tak dipengaruhi oleh kecenderungan tertentu akibat tidak menjaga hati dan membiasakan diri dengan perkara yang melalaikan.

Mimpi bukan semuanya daripada syaiton dan mainan perasaan semasa tidur. Ada juga mimpi benar daripada Allah.

Sabda Rasullulah SAW, "mimpi ada tiga jenis: Mimpi yang datang dari Allah, mimpi yang berpunca dari dirinya sendiri dan mimpi daripada Syaiton."(direkodkan oleh Muslim)

Ibnu Taimiyah berkata didalam al-Fatawa, hendaklah seseorang tahu membezakannya.

Misalnya seseorang yang leka dalam maksiat , tidak mahu bertaubat, tiba-tiba ingin beristikharah dalam urusan jodoh, sudah tentu besar kemungkinan mimpi malamnya akan sering dipengaruhi oleh wajah gadis yang didambakan. Sebaik-baiknya, dia bertaubat dan menjauhkan diri daripada dekat dengan jalan-jalan zina terlebih dahulu seperti asyik call, SMS, dan dating.

p/s: Haruslah aku berusaha ke arah yang lebih baik dengan mengucapkan selamat tinggal cinta picisan ilal jahannam, dan selamat datang cinta agung ilal jannah.



Doa emak paling mustajab disisi Allah. Insya Allah :')


[Sumber: Ustazah Fatimah Syarha ]