Saturday 18 August 2012

Salam Aidilfitri 2012

Walaupun aku sudah beraya awal hah apakah eh rahsia jangan banyak tanya lah kenapa aku raya dulu huar huar huar.. Aku mahu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Kepada kawan-kawan yang membaca ni. Aku nak minta maaf dari hujung rambut bercabang ni sehingga lah hujung kaki yang mulus ni ye. Oh maaf la aku tak buat la kad raya zaman sekarang yang tampal gambar diri sendiri tu pastu post kat facebook semua. Well, I ni kan malas bab edit-edit gambar har har har

Nanti datang la beraya rumah eh ni bukan ajak-ajak ayam ni, seriously ni. Datang rumah aku jangan malu. Nak datang meminang pun boleh wow? Yang dah janji nak buat konvoi raya jangan lupa, kita semarakkan lagi ukuwwah di Aidilfitri ni :')

Oh raya ni aku nak makan secubit ketupat, secubit rendang, dan secubit biskut raya. Minum air kosong banyak-banyak. Nak diet lah heh. Sekarang boleh la kot cakap camni, dah jumpa juadah tu semua nanti confirm I lupa diri huaaa :'(

Raya riang raya jugak, jangan lupa, there are people who are less fortunate than us. Kita bersenang lenang di sini pun adalah ujian dari Allah samada kita bersyukur ataupun tidak kannnn.

Gambar daripada Community page Kanda&Dinda Wedding Cards hehe dah usha  kad kahwin ke kit Odengz hoi ahak

Aku balik kampung orang jawa di Rengit Johor pada malam raya ni. Dah lama tidak ketemu Atok Wedhok ku dan memeluk badan beliau yang sentiasa maintain kurus sihat walafiat walaupun umur hampir 90 tahun. Aku tanya apakah tips dia? Atok cuma kata banyak bergerak (senam) pastu makan nasi dua sudu je tak boleh makan dua pinggan macam aku sobs sobs

Bila balik kampung ni ada dua makhluk berbulu yang akan jadi penunggu kat rumah aku ni....



Kucing warna kelabu bernama mak cik gedik minum susu pakai botol  merupakan bini Tom Cat si handsome :'D

Hah elok lah kau berdua laki bini tinggal kat rumah jadi jaga rumah kami elok-elok. Makanan daddy kitew dah letak sebungkus besar Frieskies dalam mangkuk. Pandai-pandai ye bajet jimat untuk 3-4 hari. Kalau tak cukup sila tangkap tupai, cencurut dan cicak sebagai menu lazat. Survival itu penting ye Tom Cat dan Mak cik hue hue hue

Ok lah,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ! PANDU CERMAT JIWA SELAMAT! INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG! PAKAI TOPI KELEDAR! HARI RAYA MAKAN KETUPAT JANGAN MENGUMPAT OPSS SENTAP I TAU WEHEHE

Assalamualaikum :')