Saturday 31 March 2012

Kedunguan Matematik

Assalamualaikum.

Hujung minggu ni mari menikmati slot kisah Hidup itu indah, Pahit manis lumrah dalam penyampaian yang lebih skema menggunakan tagline  'ini bukan kisah dongeng'  .... mueheheheh


Kumpulan murid lemah

"25%? Aduh, gagal lagi", detik hatiku sambil merenung kertas ujian itu seperti nak tembus.

Begitulah rungutan saya selepas mendapat keputusan kertas ujian matematik pada tahun 5 di sekolah rendah.

Setiap kali kelas matematik berlansung, cikgu  pasti akan menyediakan satu kumpulan khas untuk murid yang lemah matematik seperti saya supaya dapat dibimbing. 

Apabila masuk ke peringkat menengah rendah pada tahun 2003, kali pertama matapelajaran Matematik dan Sains diajar menggunakan bahasa inggeris. Ternyata saya agak tergugat dengan peralihan bahasa untuk subjek tersebut. Timbul rasa bertambah tak minat. Masa tu hanya minat nak terkinja-kinja kat padang main sukan. Maka, subjek Matematik  selalu dapat markah yang tahap atas pagar lagi. 

Tersemat azam selepas PMR mendapat gred 'C' dalam subjek Matematik. 

"SPM nanti, saya harus skor A untuk subjek Matematik!"


Payah juga kalau dapat anak murid yang sengal macam ni


Setelah terhantuk berpuluh-puluh kali.

Azam baru itu dan dorongan ibubapa membuatkan saya mendisiplinkan diri untuk membuat latihan matematik setiap hari. Kebetulan saya terjumpa lalu membeli buku latihan matematik di Kedai Buku Syabab yang menyediakan latihan daripada peringkat asas sehinggalah ke peringkat yang lebih mencabar. "Strategic Practice Mathematics", itulah buku latihan harian saya sepanjang cuti sekolah sebelum masuk ke tingkatan 4.

Saya mula sedar diri bila terfikir jika asas matematik pada peringkat menengah rendah masih rapuh, sudah tentu saya tidak akan mampu memahami matematik untuk SPM yang sudah tentu lebih mencabar. 

Lebih-lebih lagi saya akan masuk ke aliran perakaunan dan mempunyai cita-cita menjadi seorang Akauntan pada masa itu kerana cikgu selalu bagi tahu bahawa gaji seorang akauntan sangat tinggi.

Masuk sahaja tingkatan 4, saya  mula skor A pada semua ujian Matematik. Ternyata lebih mudah bila saya sudah menguasai asas Matematik. Saya juga tidak lagi meninggalkan latihan Matematik setiap hari dan melakukannya secara konsisten sehingga akhirnya Alhamdulillah, saya mengekalkan target A itu sehinggalah keputusan SPM saya keluar.

Pada permohonan untuk masuk ke IPTA, saya tidak memilih jurusan perakaunan. Saya memilih kursus Diploma Pengurusan Bank. Sebab masa itu saya suka berangan diri saya kelihatan begitu elegan memegang briefcase dan berkasut heels serta memegang jawatan Pengurus Bank. 

Lebih-lebih lagi pula saya begitu curious kenapa setiap individu mesti wajib berurusan dengan bank. Dulu saya sangat pelik kenapa selalu ramai sangat orang beratur di kaunter bank seperti ada urusan yang tak sudah-sudahnya.



Repeat Paper.

Menjejakkan kaki ke IPTA menyebabkan saya begitu seronok kerana cita-cita masuk ke Universiti tercapai. Mungkin dengan kedudukan yang selesa itu  membuatkan saya alpa. Maka sekali lagi saya gagal dalam subjek "Mathematics for Business". Pointer semester pertama saya menurun secara mendadak.

Kalau pada zaman sekolah jika gagal sesuatu subjek kita tidak perlu mengulangi untuk menjawab ujian tersebut tetapi sistem di universiti sangat berbeza. 3 kali gagal untuk subjek tersebut maka kena tendang daripada universiti lah kita.

Kegagalan tersebut saya rahsiakan daripada pengetahuan ibubapa saya. Saya tidak mahu mereka risau akan saya dan saya tekad tanggung semua beban kealpaan saya itu. 

Saya bersyukur kepada Allah atas dugaan itu kerana tidak membiarkan saya lalai semasa pengajian. Kalau kita berusaha, kita akan dapat. Alhamdulillah, semester kedua saya skor 4flat untuk Mathematic for Business.


Pengajaran

Semoga ini sentiasa memberi peringatan kepada saya bahawa saya bukan antara orang yang mempunyai kelebihan genius. Saya harus berusaha lebih daripada usaha rakan-rakan saya yang lebih pandai. Mereka belajar sekali dah faham manakala saya harus belajar berkali-kali untuk faham.

 Setiap orang ada kelebihan berbeza-beza maka kita harus bijak mengoptimumkan diri dengan kelebihan yang ada itu. Yang penting, buang erti PUTUS ASA dalam kamus hidup kita!