Wednesday, 11 April 2012

Takdir: Konsep


Sepanjang kehidupan kita, pasti sesuatu yang terjadi kepada kita itu telah kita anggap ia sebagai takdir.
Apa dia? Takdir? Ah, sesiapa sahaja senang nak tuding jari pada takdir untuk menyedapkan hati terutama bila dah buat salah kan.

"Dah takdir I nak buat maksiat dengan dia", rungut hati seorang insan yang nak menyedapkan hati lalu mahu mengatakan itu takdir Allah.

Adakah buat maksiat itu adalah takdir daripada Allah?

Dalam konteks maksiat ni, kita tidak boleh melakukan maksiat dengan alasan takdir. Betul tak?
Allah tidak memaksa kita melakukan maksiat kerana kita sudah diberikannya pilihan sebaliknya.

Memahami konsep takdir dengan cara macamtu seperti menyalahi hikmahnya. Hikmah kita diwajibkan beriman kepada takdir adalah supaya kita tak terlalu  sedih apabila ditimpa musibah dan tidak lupa diri ketika mendapat kesenangan. Ini kerana kita yakin semua itu daripada Allah.

Tak patut kita mengandaikan-andaikan perkara yang belum terjadi, dan terus melompat kepada alasan takdir.


Selagi kita boleh berusaha, berusahalah dan berdoa untuk mengelakkan takdir yang tidak kita mahu . Segalanya dengan izin Allah. Pinta lah pada Nya. 


Semoga kita memahami konsep takdir daripada kisah Sayyidina Umar.

Semasa perjalanan ke Syam, Sayyidina Umar dan para sahabat dikhabarkan penyakit taun sedang merebak di sana. Lalu mereka pun bermesyuarat dan Umar mencadangkan
supaya kembali sahaja ke Madinah. Manakala, Abu Ubaidah Amir bin al Jarah berkata, "Wahai Amirul mukminin, mengapa tuan mahu kembali ke Madinah dan lari daripada qadar Allah?"

Umar pun menjawab, "Kami lari daripada qadar Allah kepada qadar Allah.

Penjelasannya, Hukum Alam menetapkan akal kita mampu berfikir. Kita ada dua pilihan. Pilihan pertama:Pergi ke negeri yang dilanda taun akan menyebabkan mudah dijangkiti taun
misalnya.
Pilihan kedua: Tidak pergi lalu jangkitan taun dapat dielak.

Maka, melaksanakan pilihan pertama ataupun pilihan kedua, semua tu dinamakan qadar Allah.

Akal dan hati fungsinya untuk berfikir dan memilih. Kita tak patut salahkan Allah dengan pilihan kita itu sekiranya akibatnya buruk. Apa pun, sama ada kita memilih pilihan pertama atau kedua, semua itu sudah pun ada dalam pengetahuan Allah. Ia berlaku ke atas kita dengan izin Allah jua(Kunfayakun)




Monday, 2 April 2012

Rasa itu


Baru sahaja Ayah menghantar aku pulang ke rumah sewa di Shah Alam. Ntah mengapa mood aku menjadi sedih. Terharu dengan kebaikan si bapa yang ku panggil Ayah. Tapi hal ini buat aku jadi serba salah. Terasa menyusahkan Ayah.

 Setibanya aku di Shah Alam terus ajak aku makan. Aku tak nak makan sebab sebelum bertolak tadi aku dah makan. Pagi-pagi buta sebelum mak pergi kerja, mak aku dah siap masakkan asam pedas  ikan siakap yang sangat lazat lagi ohsem oh terima kasih emak!
Em tapi tanpa meminta, ayah tetap ambilkan ayam goreng untuk aku sebab  tahu aku suka.
Selepas itu ayah bertanyakan...

“cukup dah buku-buku pelajaran?”,

“Kertas dan pen cukup?”

“Almari baju dah beli?”

“Tilam?”

Soalan yang paling-paling-paling selalu ialah...

“Duit cukup ke? Betul ke ni? Cakap betul-betul kalau rasa tak cukup...”

Huhu. Aku yang kesian tengok ayah sebab dia macam risau je tengok aku. Seboleh-bolehnya nak cukupkan segala-gala keperluan aku. Sebelum nak hantar aku balik je mesti dia akan pastikan aku bawa sekotak Air Mineral 1.5L sebab dia tahu aku tak suka minum air paip yang dimasak.

Setelah itu paling aku rasa bersalah bila ayah susah payah kena angkut sekotak Air Mineral tu sampai kat depan pintu rumah sewa aku. Dah la kena naik tangga. Berat gila pulak tu. Aku tahu Ayah nanti sakit pinggang kalau angkat berat-berat ni.

Aku rasa useless gila sebab even badan aku tough macam rugby player tapi ayah tetap tak percaya aku mampu angkat sekotak air tu.

Dah penat-penat angkat tu pastu Ayah keluarkan beg duit dia pula. Dah agak! Seperti biasa mesti nak hulur duit. Bukan sikit. Ratus-ratus banyaknya.  Tu pun Ayah risau takot aku tak cukup. Aku mesti cakap lebih daripada cukup. Ish memang rasa bersalah lah aku walaupun Ayah kata itu tanggungjawab dia tapi aku rasa seperti sangat menyusahkan dia.

Tu la perasaan yang mengusik jiwa aku setiap kali aku nak balik ke UiTM Shah Alam. Kalau setiap minggu balik ke rumah maka setiap kali itu Ayah nak hulur duit.  Mesti dia yang nak hantar aku ke Shah Alam walaupun aku cakap aku boleh tumpang kereta kawan. Kata ayah yang penting aku mahu belajar, modal dan iringan doa semua ayah boleh usahakan. Begitulah kasih seorang Ayah. Kasih Emak? Laaaagi lah tak boleh dipertikai! Sanggup berkorban apa sahaja sejak anak mu ini dilahirkan.

Sejurus bersalaman dengan Ayah aku terus berlari ke tingkap bilik. Aku mahu melihat kereta yang ayah pandu sehingga hilang kelibatnya dari pandangan aku. Tanpa disedari, air mata aku bergenang (T_T)

Ya Allah, janganlah kau jadikan aku sebagai beban kepada ibubapaku. Jauhkan lah aku daripada menjadi manusia yang menghampakan harapan ibubapa ku. Peliharalah mereka seperti mana mereka memelihara aku sejak kecil hinggalah aku dewasa kini. Tempatkan mereka ke dalam Syurga mu Ya Allah. Ameen.


Sunday, 1 April 2012

Resepi Spaghetti Kuah Putih

Salah satu makanan favorite aku ialah Spaghetti. Oh bukan lah nak cakap aku ni taste western sangat. Masak lomak cili hapi tu aku lagi suka sebenarnya.

 Tapi kalau dah tiba time lidah ni nak gedik-gedik rasa nak kunyah spaghetti, memang macam meroyan jugak lah craving nak makan tu. Sampaikan bangun pagi je boleh keluar dialog "Mana spaghetti kuah putih meow?" (Meow adalah kata ganti nama khas bila dah sawan sahaja)

Biasa student kan memang asik makan maggi je kalau lapar dan mahu berjimat. So dah bosan aku makan maggi kari baik cuba makan spaghetti. Naik sikit taraf daripada maggi ngeh ngeh

Memandangkan Pasaraya Giant sangat dekat dengan rumah sewa. Just like stone threw away from my house gitu maka tiada masalah untuk mendapatkan segala bahan memasak di dapur. Sebungkus Fettucini melebihi daripada cukup untuk dimakan seramai sembilan orang!

Biasanya aku masak kuah spaghetti menggunakan Prego. Tapi bestfriend aku si FatimahMahirahAbuHassanAshaari (Nama dia kat facebook memang panjang cenggini tanpa spacebar) suka kuah buatan sendiri daripada menggunakan Prego. Dan aku pun mula jatuh cinta bila sphagetti aku dibanjiri kuah sebab selalu guna prego dapat sikit je kuah dia. huhuhu

Keesokkan harinya pergi kampus aku sibuk kepoh bercerita kat kawan sekelas mengenai kesedapan menikmati Spaghetti kuah putih yang dimakan. Semua kawan-kawan aku terliur dengar cerita aku. Eksaited semua nak mintak resepi. Nasib baik resepi ni senang. Kalau tanya resepi nak buat dodol mahu ternganga.

Bahan-bahannya:

Sepaket Speghetti (Haritu aku guna Fettucini sebab dah boring dengan paras rupa Spaghetti)
Sekotak besar susu full cream Dutch Lady
Satu tin cendawan butang yang dah siap dicincang
5 batang sosej dihiris nipis
3 keping keju Chesdale
Bawang merah dicincang
Bawang putih dicincang
Garam secukup rasa
Lada sulah

Cara-cara:
1. Mula-mula rebuskan Spaghetti sehingga mencapai kelembutan yang diidamkan. Untuk elakkan daripada melekat, sapu sedikit mentega. Tos dan asingkan.
2. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing
3. Masukkan sosej
4. Tuangkan susu fullcream (Kalau suka style banjir tuang je satu kotak tuh)
5.Kacau hingga mengelegak dan sedikit likat
6. Kemudian letakkan keju
7.Masukkan cendawan
8. Letak garam dan lada sulah
9.Sedia dihidang

Yummeh!
Memang sedap sangat dapat makan ramai-ramai haritu. Berbaloi-baloi. Makan masa panas-panas tu. Dah sejuk memang rasa muak teramat tapi masih sedap la. "Jimat, Mudah, dan Sedap" itulah tagline untuk hari tu dengan masing-masing mulut comot dengan kuah putih terasa indah dan bahagia saat itu apabila dikenang kembali ewah ewah :'D



Saturday, 31 March 2012

Kedunguan Matematik

Assalamualaikum.

Hujung minggu ni mari menikmati slot kisah Hidup itu indah, Pahit manis lumrah dalam penyampaian yang lebih skema menggunakan tagline  'ini bukan kisah dongeng'  .... mueheheheh


Kumpulan murid lemah

"25%? Aduh, gagal lagi", detik hatiku sambil merenung kertas ujian itu seperti nak tembus.

Begitulah rungutan saya selepas mendapat keputusan kertas ujian matematik pada tahun 5 di sekolah rendah.

Setiap kali kelas matematik berlansung, cikgu  pasti akan menyediakan satu kumpulan khas untuk murid yang lemah matematik seperti saya supaya dapat dibimbing. 

Apabila masuk ke peringkat menengah rendah pada tahun 2003, kali pertama matapelajaran Matematik dan Sains diajar menggunakan bahasa inggeris. Ternyata saya agak tergugat dengan peralihan bahasa untuk subjek tersebut. Timbul rasa bertambah tak minat. Masa tu hanya minat nak terkinja-kinja kat padang main sukan. Maka, subjek Matematik  selalu dapat markah yang tahap atas pagar lagi. 

Tersemat azam selepas PMR mendapat gred 'C' dalam subjek Matematik. 

"SPM nanti, saya harus skor A untuk subjek Matematik!"


Payah juga kalau dapat anak murid yang sengal macam ni


Setelah terhantuk berpuluh-puluh kali.

Azam baru itu dan dorongan ibubapa membuatkan saya mendisiplinkan diri untuk membuat latihan matematik setiap hari. Kebetulan saya terjumpa lalu membeli buku latihan matematik di Kedai Buku Syabab yang menyediakan latihan daripada peringkat asas sehinggalah ke peringkat yang lebih mencabar. "Strategic Practice Mathematics", itulah buku latihan harian saya sepanjang cuti sekolah sebelum masuk ke tingkatan 4.

Saya mula sedar diri bila terfikir jika asas matematik pada peringkat menengah rendah masih rapuh, sudah tentu saya tidak akan mampu memahami matematik untuk SPM yang sudah tentu lebih mencabar. 

Lebih-lebih lagi saya akan masuk ke aliran perakaunan dan mempunyai cita-cita menjadi seorang Akauntan pada masa itu kerana cikgu selalu bagi tahu bahawa gaji seorang akauntan sangat tinggi.

Masuk sahaja tingkatan 4, saya  mula skor A pada semua ujian Matematik. Ternyata lebih mudah bila saya sudah menguasai asas Matematik. Saya juga tidak lagi meninggalkan latihan Matematik setiap hari dan melakukannya secara konsisten sehingga akhirnya Alhamdulillah, saya mengekalkan target A itu sehinggalah keputusan SPM saya keluar.

Pada permohonan untuk masuk ke IPTA, saya tidak memilih jurusan perakaunan. Saya memilih kursus Diploma Pengurusan Bank. Sebab masa itu saya suka berangan diri saya kelihatan begitu elegan memegang briefcase dan berkasut heels serta memegang jawatan Pengurus Bank. 

Lebih-lebih lagi pula saya begitu curious kenapa setiap individu mesti wajib berurusan dengan bank. Dulu saya sangat pelik kenapa selalu ramai sangat orang beratur di kaunter bank seperti ada urusan yang tak sudah-sudahnya.



Repeat Paper.

Menjejakkan kaki ke IPTA menyebabkan saya begitu seronok kerana cita-cita masuk ke Universiti tercapai. Mungkin dengan kedudukan yang selesa itu  membuatkan saya alpa. Maka sekali lagi saya gagal dalam subjek "Mathematics for Business". Pointer semester pertama saya menurun secara mendadak.

Kalau pada zaman sekolah jika gagal sesuatu subjek kita tidak perlu mengulangi untuk menjawab ujian tersebut tetapi sistem di universiti sangat berbeza. 3 kali gagal untuk subjek tersebut maka kena tendang daripada universiti lah kita.

Kegagalan tersebut saya rahsiakan daripada pengetahuan ibubapa saya. Saya tidak mahu mereka risau akan saya dan saya tekad tanggung semua beban kealpaan saya itu. 

Saya bersyukur kepada Allah atas dugaan itu kerana tidak membiarkan saya lalai semasa pengajian. Kalau kita berusaha, kita akan dapat. Alhamdulillah, semester kedua saya skor 4flat untuk Mathematic for Business.


Pengajaran

Semoga ini sentiasa memberi peringatan kepada saya bahawa saya bukan antara orang yang mempunyai kelebihan genius. Saya harus berusaha lebih daripada usaha rakan-rakan saya yang lebih pandai. Mereka belajar sekali dah faham manakala saya harus belajar berkali-kali untuk faham.

 Setiap orang ada kelebihan berbeza-beza maka kita harus bijak mengoptimumkan diri dengan kelebihan yang ada itu. Yang penting, buang erti PUTUS ASA dalam kamus hidup kita!

Sunday, 25 March 2012

Tongkang Pechah

Pernah dengar perkataan Tongkang Pechah? Dulu masa zaman kanak-kanak aku selalu tertanya-tanya apa itu tongkang. Mengapa selalu orang menggambarkan sesuatu dengan perkataan tongkang tu?

Bila dah besar gabak ni la aku baru tahu tongkang tu sebenarnya sebuah kapal. Manakala Tongkang Pechah tu adalah nama tempat di Batu Pahat.

Sebab itu sampai sekarang ek orang describe sesuatu menggunakan ayat tersebut.

" Jeman! Rumah kau bersepah macam tongkang pecah!" Dialog ini selalu dituju untuk mengatakan bilik itu sangat bersepah.

"Jeman! Muka kau memang stok muka tongkang pecah kan?" Dialog ini selalu dituju untuk mengatakan seseorang itu macam muka penyangak.

Ok siapa yang bernama Jeman jangan marah ek. Cool cool. Tak de kena mengena dengan yang hidup atau mati. 

Kakak kedai Dobi bawah rumah sewa aku suka tulis nama aku 'Syakinah'.

Waduh-waduh tawuq-tawuq aja ya emang gue ini orang jowo kok makanya emang pantas nama ku ditulis kayak gituq. Iya kan, iya kan, iya kan?
 hehehe so mari guna nama Syakinah pula.

"Syakinah, kaki kau macam tongkang! kena beli kasut saiz tongkang baru muat", kata Aaron Aziz sambil menghulurkan sejambak bunga ros putih.

Oh.. Bayangkan Aaron Aziz kau perli kitew sambil bagi bunga!? *dongeng-dongeng*

Tapi tapi tapi ... Ini dialog paling lazim untuk aku pabila mencoba-coba kasut di kedai (T_T)

Situasi macam ni... 

Sedang aku begitu eksaited mencuba kasut di hadapan cermin. Pusing kiri. Pusing kanan. "Wah cantik", detik hati ku. 

Kemudian kepala pula pusing kiri kanan depan belakang cari sales girl. Ku berjalan dengan senyuman menampakkan gusi yang ayu sambil berkata "kak, nak saiz 8 tau" . 

Beberapa minit kemudian "Dik, saiz lapan tak da"

Vavun perisa kambing. Kecewa I you know. Oh yela. Kaki I macam pemain rugby ( Aaron Aziz kitew cakap ler)
dan kaki sebesar tongkang ( mami kitew yang cakap gini). So I redha lah. Mungkin nak dapat yang lagi cantik, baik, dan lebih cun :')


Arghh kali yang ke sebelas cari kasut saiz 8 untuk tahun 2012 ni. Sampai sekarang aku tidak bertemu jodoh dengan kasut idaman.  Kedai Bata silalah sediakan stok saiz lapan banyak-banyak. Ketahuilah pelanggan setia mu ini setia menebeng di kedai mu. 

Nak menebeng kat kedai kasut Scholl nanti marathon pulak bajet I woi (T_T)




Udah ler, I pakai kasut gini je ler. Mesti tak pening cari saiz kan cik Jah hahaha

Saturday, 17 March 2012

Si Bulu yang Manja



Hujung minggu ni memang tak heaven la sebab SD tak dapat pulang ke rumah ku syurga ku bertemu keluarga. Bertapa la SD kat Pusat Khidmat Pelajar NR kebetulan hampir dengan rumah sewa. Buat assignment. Sambil-sambil tu boleh dapat wi-fi percuma kat sini. Nak lepak kedai mamak kene beli teh tarik pulak. Lari bajet gua. 

Biasa lah. Cari maklumat untuk assignment kejap je. Selebihnya merayau-rayau kat Facebook, Twitter, Blog dan macam-macam lagi. Jauh perjalanan banyak pengalaman kan. Jap lagi merayau cari kedai makan la pulak. Lapar!




Pada petang terik di hari sabtu ni, mari SD kongsi kisah telatah Kucing! 
Hmm, Rindu pada Tom Cat !

Jom lihat ini :')









Korang faham apa yang kucing oren dan tuannya buat? Ke masih blur-blur lagi? 

 hehe manja kan. Tom Cat pun macam tu. Dah letakkan makanan kat dalam mangkuk. Tapi masih mengiau-ngiau. Macam tak puas hati. Dalam hati SD mesti kata apa ke buta kurang nampak meow ni? tak perasan makanan yang SD bagi?

 Lepas tu tuan yg baik hati ni tunjuk-tunjuk la makanan Tom Cat (seperti ilustrasi di atas) kasi bunyi-bunyi siket friskies tu sambil pujuk-pujuk makan. Haa, baru meow tu nak makan. Hehe. Pelik la. Mungkin kebanyakkan meow memang malu-malu kucing kan kan kan?




Hai Tom Cat busuk :')



Saturday, 10 March 2012

Fobia Limpahan Teh Tarik

Harapan memohon menduduki kediaman kolej telah pun gagal. Perlu ke sedih? Ya haruslah! Sekarang tak boleh lagi aku bersiap lambat-lambat pergi kelas. Tak boleh feeling duduk kat hostel. Pagi petang siang malam tak boleh dengar pengumuman dari corong pembesar suara.  Paling tak best kena duduk kat fakulti masa rehat tengah hari maka tak dapat nak top up tidur secara privasi di bilik. Tidur siang bukan tanda kemalasan ek. Sunat tu tidur 15minit sebelum masuk Zohor kan :')

Bermulalah kehidupan aku sebagai pelajar 'non-resident' untuk semester baru ini. Bermakna perlu ada rumah kedua. Bermakna tiap-tiap bulan kena keluar duit bayar sewa. Tiap-tiap minit kena tahan nafsu makan sebab rumah sewa bersebelahan KFC dan Pizza Hut juga banyak kedai-kedai makan yang menggoda terutama Restoran Barra yang membarakan nafsu makan terutama nasi goreng ayam barra yang memang sedap dan nasinya menggunung. Sadis.

Pabila menghuni rumah sewa kali ini aku tetap masih merasakan trauma banjir semasa menyewa di bandar Segamat pada zaman diploma semester akhir. Macamlah Seksyen 7 Shah Alam ni boleh banjir. 
Eh siapa tahu?
Sebab itu selalu terlintas difikiran mengharap janganlah banjir Shah Alam macamlah setiap kali aku duduk rumah sewa mesti banjir. Sinonim dalam otak ni kata rumah sewa=banjir. Eh lupa rumah sewa aku sekarang tingkat satu, InsyaAllah kalau banjir boleh survive lagi.



Segamat dilimpahi bah









Lantai rumah disaluti karpet berwarna coklat susu. Barang-barang bergelimpangan dihanyut gelombang banjir.



Buku-buku mendadak menjadi tebal daripada biasa. Suka tak?



Beruang-Beruang tersenyum mati lemas dalam limpahan teh tarik. Satu-satunya hidupan air di Bikini Bottom yang selamat- Spongebob Squarepants!





Laman rumah seperti proses membuat ikan kering.



Tilam Zhulian Bio Ion Therapeutic kepunyaan emak turut hanyut (T_T)



Mungkinkah musibah banjir yang kita lalui itu sebagai satu ujian keimanan atau balasan atas dosa-dosa?
Hmm, tidak kiralah samada nak anggap sebagai satu ujian keimanan atau pembalasan. Yang penting dapat jadikan semua itu sebagai proses membentuk jiwa yang lebih kental, lebih sensitif pada kesusahan orang lain, dan yang lebih penting ialah lebih mengingati-Nya.

Selamat Berhujung Minggu dengan aktiviti bermanfaat :')