Showing posts with label UiTM Shah Alam. Show all posts
Showing posts with label UiTM Shah Alam. Show all posts

Saturday, 15 June 2013

Dean's List Award


 Bagi aku, event ni seperti warm up untuk konvo bulan 10 nanti dan juga sebagai bahan bakar semangat untuk siapkan thesis yang tak sudah-sudah hehe. Aku dari office dengan muka minyak berlemuih bergegas datang majlis ni maka dapat la jumpa kembali 4 orang classmates aku. Lama tak bertemu mereka. Semua sibuk praktikal kan. 

Program: Majlis Anugerah Dekan
Tema: Black and Gold
Tarikh: 11 Jun 2013 (Selasa)
Tempat: DATC, UiTM Shah Alam
Masa: 2 p.m- 5p.m

Pelajar Fakulti Pengurusan Perniagaan dari UiTM Puncak Alam pun turut sama hadir. Aku tak ikut tema pun. Pakai apa yang adalah. Lepastu nak make up pun tak reti. Aku bukan blogger fashionista pun Hahahar.  Ala cuma rilek rilek je datang nak kenyangkan perut dapat makan nasi hujan panas yang dap dap sangat! sempoi :)








Khusyuk!

Sebelum naik pentas, nervous je muka.


ok, dah lega.

BM229 6N girls
5 of us (Zaheera, Shasha, Safwan, Hidayah, and me)



Congrats guys.

Alhamdulillah. Terima kasih kepada para pensyarah dan kawan-kawan sekelas terutama group assignments dan juga sokongan moral dan material dari mak dan ayah. In syaa Allah, ilmu yang ditimba ini akan disumbangkan untuk manfaat ummah :)

Friday, 14 December 2012

Tragedi Pokok


Semua maklum UiTM Shoh Alom dikelilingi oleh pokok-pokok besar yang usia menjangkau ratusan tahun mungkin. Sebab itu ada je student foreigner yang masa tu dress up macam Patung Barbie dok belek-belek pokok kat sini. Macam jakun. Then I asked her what is she trying to do and she said she amazed with the all of the trees here because its so beautiful and nice. Pastu dah jalan jauh sikit kitaorang tergelak je. Padahal kalau kita yang pergi negara dorang sama je jakun nye miahahaha

Haa tapi hari ni pokok tu tak berapa nak nice pulak. Sebab pagi tadi tanpa angin atau ribut tiba-tiba pokok di bukit Fakulti Sains Gunaan tu tumbang melintangi jalan raya. Siapa yang fakulti perniagaan dan undang-undang memang terjejas la sebab pokok besar menghalang sepenuhnya jalanraya. Motosikal untung lah boleh patah balik kan.

Kembali tenang setelah pokok dikerat kecil dan dialihkan






Kereta ini ..............


Ketika kejadian, pemandu masih berada didalam kereta dan kaget apabila tiba-tiba dihentam oleh pokok tumbang. Kuasa Allah, mujur dirinya selamat. Semoga Syarikat Takaful beliau boleh cover ganti rugi kerosakan kereta beliau.

Huhu hari ni trauma je rasa bila jalan kaki dibawah rimbunan pokok-pokok~
_________________________________________________________________________________


Then pukul 8 malam tadi I ter-rajin pulak nak join Seminar. Rushing dari driving school terus datang sini. Saja nak tambah pemahaman sikit. Asik baca buku je kan bosan. Yalarrrrrr tahu laaaa malam ni ada perlawanan bola antara Malaysia lawan Thailand. Patut la tak ramai je yang datang.




Seminar on Finance: Derivative Market in Malaysia

Yeay dapat Goodie Bag!



Sebelum jalan kaki dari fakulti ke rumah sewa memang kena isi perut dulu dengan makanan yang disediakan. 


Thank you CIMB sudi datang kampus untuk sharing knowledge and experience. Dah lah bagi kad Touch n Go percuma. RM 5 hengget dalam kad tu eh I ingat kosong je. hehe cukup la tambang balik dari KTM Padang Jawa ke KTM UKM :'D








Sunday, 9 December 2012

Pre Graduation Night 2012

Wow I was like macam weh aku dah graduate! tapi-tapi-tapi assignment banyak tak submit lagi. Final exam tak begheh lagi. Isk isk




I am just looking simple at that night. I wore yellowish dress with cardigan and my purple Pashmina to fulfilled the Colour Block Theme. Before that I heard some of my friends did their preparation- spent ratusan ringgit malaysia to bought some stuff for this event but I? huarghh no money no new dress heh. The end of semester babe. Nafsu perempuan nak shopping tu pergi kuburkan. Remember my brothers and sisters in Gaza, Syria, Rohingya. Did they happily shopping new stuffs? sobs



Sebelum Majlis bermula





Yes I enjoyed there. Everybody looks colourful with their dress. Cantik-cantik!



Nasi Beriyani sangat sedap! Boleh tambah 15kali. hikss

Tercapai je hajat yang cuma nak kenyangkan perut maka aku balik awal walaupun acara belum tamat. Kit Kina Odin memang bagus. Kenyang perut terus tak peduli kawan kelas. Teringat bantal dan toto kat rumah je har harrr harr bagus bagus bagus

The End

 Knowing all of you is just splendid!-My Classmates BM229 5N Islamic Bankers



--------------------------------------------Announcement----------------------------------------------------

"STANDING WITH GAZA..FROM UiTM WITH ♥ "


Jadual penuh program:

Pada hari Khamis, 13/12/2012 
Kempen 'Anything But McDonalds Day',

digalakan untuk memakai pakaian berwarna HITAM
dan sesiapa yang ada mafla juga digalakkan untuk memakainya.
In Shaa Allah.. Jom kita ramai-ramai serlahkan sesitiviti kita=)

Hebahkan kepada rakan-rakan anda


Wednesday, 28 November 2012

Angkara Contact Lens?

Tadi aku bangun tidur tiba-tiba mata belah kanan rasa gatal dan tak selesa. Bingkas  bangun menghadap cermin. Nah, ternyata mata kanan sudah merah menyala dan berair sambil aku gosok-gosok mata kerana gatal. Arghh simptom tipikal sakit mata. Hati mula resah. Masalah nya berjangkit dengan siapa? Contact lens? Memang tak. Malam semalam last aku pergi restoran ayam penyet je tapi tak de pulak nampak orang sakit mata. Tak kan skodeng plak. Eh kalau skodeng mata tembel kan bukan merah dush dush dush!

Sambil iron baju dah siap fikir dah nak kena ponteng kelas hari ini, selain nak kena beli khemah pulak kat Giant sebab nak bermalam kat luar takot roommate berjangkit penyakit mata. Cermin mata hitam pulak nak kena beli kat kedai mamak bawah rumah la pulen. Nak jumpa doktor mata ada pula ke panel klinik?
Adehh bingung jap lah.

Setelah siap iron pashmina, aku duduk bersimpuh depan Izzaty. Ada karipap dan air teh kat atas meja dia. Sambil kunyah karipap aku bagi tahu lah kondisi mata ini dan dia cadang supaya jangan datang kelas. Tapi aku bertekad, aku nak jugak datang kuliah.

Selesai 3 biji karipap dicincang guna gigi dan melalui esophagus, aku pun hirup teh. Setibanya depan singki nak basuh cawan tiba-tiba aku berhenti. Eh uncang teh ni bagus kalau nak hilangkan mata sembab maka dengan analogi yang sama turut anggap boleh hilangkan sakit mata lalu aku tekapkan uncang teh tu pada mata selama 10-15 minit. Lantas Izzaty bersuara wah kit mata kau dah tak merah sangat. Yup, memang setelah aku tatap cermin, kemerahan beransur reda. Sampai je kelas dah elok seperti sedia kala. Yla dulu-dulu kalau sakit mata mesti seminggu baru pulih. Alhamdulillah sambil tersenyum gusi.



So, I want to throw out a question for you terutama kepada expertise- memang uncang teh berkesan menghilangkan sakit mata? PM aku kat pesbuk or twitter lah okay kalau nak bagi pendapat hehe kesian I baru tahu. Next time I will let know my kids and grandchildrens about this petua and spread it out jika scientifically terbukti~ hikss




Sunday, 11 November 2012

Sahabat itu anugerah

Seronok kan kalau kita ada kawan yang benar-benar memahami kita?

Yang tahu nak pujuk kita kalau sedih.

Yang sudi terima kita seadanya.

berkongsi pahit manis kehidupan dan kemasinan maggi juga.......

Yang faham kalau masa-masa PMS melanda. Heh biasalah perempuan ni kan. Emosi tu bagaikan nasi lemak tanpa sambal nya. Hah paham?
 
Tapi kami dapat kawal keadaan dengan baik. Tak pernah gaduh. merajuk manja selalu lah. Merajuk-gelak-merajuk-gelak-merajuk-gelak. Pokoknya tak de lah merajuk/gaduh- pastu putus.

Persahabatan yang terjalin semenjak semester satu diploma perbankan UiTM Segamat. Kami berempat begitu semangat assabiyah sehingga kemana-mana mesti bersama/berempat. Lebih dikenali sebagai geng forobes ( four of us). Kalau salah seorang antara kami tiada, baik lecturer atau yang lain mesti akan tanya "mana lagi sorang?"

Biarpun kami sekepala gituw, namun ternyata minat berlainan. Selepas tamat diploma, kami berpisah untuk meneruskan pengajian di peringkat Ijazah. Masing-masing pilih jurusan yang berlainan. Liyana- Marketing UiTM Melaka, Lina- Human Resource UiTM Puncak Alam, Izzaty- Business Economics, dan aku - Islamic Banking. Tak dapat nak cukup korum yang sembang guna bahasa separuh-separuh bajet jimat masa tak payah sebut ayat panjang-panjang ahaksss

Nasib baik aku dengan Izzaty masih bersama satu kampus. Duduk rumah sewa yang sama. Tak de lah rasa kehilangan sangat kan hehe. Lina pun berjiran rumah sewa dengan kami walaupun kampus di Puncak Alam.

Sebab itu lah kalau kau tengok aku selalu bersendirian kat perpustakaan, cafe atau jalan kaki balik rumah sewa tu jangan pelik lah. Aku dah tak macam dulu. Selalu jadi forever-alone sekarang :'D . Tiada semangat assabiyah lagi har har

Liyana , Lina ,  Izzaty

Sejak duduk UiTM Shah Alam ni aku rasa jarang keluar jalan-jalan. Tak macam masa baru nak 'up' kat UiTM Segamat, ada je keluar pergi Johor Bahru dan Melaka untuk hang out. Sanggup sewa kereta dulu. Sekarang bila dah berumur, nak hang out pun malas walaupun kat Shah Alam ni lagi best nak jalan-jalan. Namun,sikit pun aku tak heran.

Teringat kawan aku pernah berkata " kalau dah duduk Shah Alam nanti boleh culture shock woi sebab tak sama macam Segamat" . Culture Shock? Ish, bagi aku tiada masalah. Shah Alam je kot. Bukan Australia.

Memandangkan kami masih bujang (tiada komitmen dengan husband dan anak-anak cewah) maka kami bertiga hari ini meluangkan masa untuk sesi girly-bonding. Tapi tak best la Liyana tak join. Bertiga je.

Aku, Lina, dan Izzaty dengan menaiki bas rapid pergi ke Setia City Mall. Ok, kalau kau nak pergi Setia City Mall dari seksyen 7 (bus stop depan Jackel) ni sila lah naik bas rapid U90 ye. Jangan jadi macam kami pergi naik teksi ( Hangus duit RM6) ke seksyen 2 lepastu baru naik bas rapid U90. RM2 je sebenarnya kalau nak pergi ke mall tu.



Sampai je kat situ, terus pergi beli tiket wayang. Movie Sinister.

 Puas hati dapat cop tempat kat wayang, terus rasa kebulur. Selera nak selera korea je pulak dah masing-masing stok mata sepet.  so, makan Sushi.



Habis tengok wayang semua gelak-gelak sendiri. Tak takot pun cerita hantu tu. Cerita The Possession lagi seram daripada cerita ni hmmph

Bila dah cukup diri tu lalai, pergi solat zohor kejap. Ok la surau kat situ. Cuma telekung yang disediakan amat terhad. Ada sesiapa yang berminat nak waqaf telekung kat surau tu? Sila-sila hehe

Lepas tu kami jalan-jalan la tengok syurga harta benda dunia. Geram je aku tengok kasut, handbag, dan baju cantik-cantik. Seronok belek-belek barang tu semua. Biasalah perempuan tipikal memang suka kecantikan harta duniawi. Tapi duit tak mengizinkan untuk bermewah-mewah macamtu. Tengok je la puas-puas ye. Pastu dalam hati cuba pujuk diri sendiri dengan bisikan " Ceh semua ni duniawi je, tak heran!" hahaksss

Haa dah puas tahan nafsu harta benda tadi, nafsu makan tak payah lah nak tahan-tahan kan. Sekali-sekala makan la sedap-sedap.
 



Alhamdulillah atas nikmat kelapangan yang Allah bagi untuk kami menikmatinya. Entah pasti selepas ini kita semua akan sibuk. Sibuk dengan kerjaya mahupun sibuk membina keluarga nanti :')

3 of us


“Friendship is the hardest thing in the world to explain. It's not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything.”

Tuesday, 6 November 2012

Random Update

Otak aku seperti kejung je di kelas Islamic Capital Market tadi. Agak sukar untuk aku mencerna dan memahami instrument yang ada dalam capital market. Dimanakah kekuatan untuk visualize semua benda-benda tu? Terasa seperti aku tak mampu.

Kebimbangan seperti melanda-landa bila kumpulan kami masih belum menemui issue berkaitan dengan Islamic Unit Trust.

Terasa seperti subjek Islamic Capital Market ini adalah seekor alien yang perlu aku kenal sebelum bercinta dan pasti cinta itu perlukan masa untuk berputik!

Aku tak jumpa lagi keseksian yang digembar gemburkan oleh lecturer aku.

"What is so sexy about Islamic Capital Market?" beratus kali lecturer aku cuba mengulang ayat itu.

Tak pernah riak wajah beliau berputus asa untuk memahamkan kami dan tak jemu melayan pertanyaan demi pertanyaan dari kami.

Lecturer yang sama ini juga merupakan ketua koordinator latihan praktikal di fakulti pengurusan perniagaan. Turut diajukan juga soalan samada kami sudah dapat tempat praktikal atau belum.

Kesemua antara kami masih belum menerima jawapan dari mana-mana bank atau syarikat.

Lecturer mula menakut-nakutkan kami dengan mengatakan baki semester tinggal 7 minggu.

dan ya! Aku turut terpedaya dengan kebimbangan itu. 7 minggu ini merupakan 7 minggu yang terakhir kami di Universiti sebelum kami ditendang keluar dari universiti untuk menjalani Latihan Industri.

Dan Bamm! Aku tersedar dari lamunan. Cepatnya masa berlalu. Ya Allah, Bantu aku. Aku akan giatkan usaha. Wajah kasih emak dan ayah pembangkit kekentalan diri.

*Sempat kami bergambar di atas bumbung fakulti. Nampak pemandangan indah di Shah Alam!* Aku akan cuba kumpul kemanisan memori disebalik sisa-sisa terakhir 7 minggu sebagai mahasiswi.


Sunday, 9 September 2012

Farewell Semester Break, Hello Fifth Semester !


Final year of degree is starting tomorrow!



Mak memang sweet lah. Macam nak hantar saya belajar kat Toronto, Canada jauhnya.

Ehem.. Saya juga akan sentiasa merindui bila emak panggil saya "Kinot". Patutnya mak kena panggil nama manja saya "Kiyes" so I will always never miss to say yes if you ask me to wash dishes :'D

Sesungguhnya belajar itu lebih menyeronokkan daripada bekerja. Setuju? . Pendapat masing-masing lah kan.

Merasakan diri ini lemah adalah titik untuk menjadi lebih baik. Always continue fighting to be a good daie.

Just short update. Selepas ini pasti jarang update blog so biar je la dia duduk dalam laman sesawang. Jangan buat cerita dongeng sudah la nak kata blog bersawang :'P


Thursday, 6 September 2012

New Semester, New Chapter, New Pointer

My Course Registration


Apa ini empat-empat-empat-empat-empat-empat berderet-deret tahu lah nombor rumah aku nombor empat. Apa? Semua 4 credit hour. Cuak betul la nampak nombor empat ni. Orang cina kata nombor empat tak da ong eh kau percaya orang cina ke percaya Allah ye haruslah yakin izin Allah  nombor empat boleh bertukar kepada pointer 4flat semester ini. Amin!

Eleh syakinah, kau ambil banking je, bukan engineering ke medic ke. FatimahMahirah cakap budak buisness study boleh clubbing tiap-tiap malam menunjukkan betapa senangnya subjek business ok fine FatimahMahirah aku joget-joget depan kau setiap malam bagi kau tensi bila kau tengah study subjek Thermology, Calculus III, Chemical Process dan segala subjek Chemical Engineering kau har har har

Ini semester terakhir aku pergi kuliah. Lepas ni praktikal. So semester ni aku nak all out habis-habisan. Study secara konsisten, Presentation biar gempak, test biar full marks, bila orang tanya pasal isu-isu perbankan islam boleh jawab dengan confident macam Ustaz Zaharuddin wow seriously aku belum capai tahap tu dan belum terlambat untuk mula dari sekarang yang penting faham ilmu dan praktikkan oh ya ya lepastu jangan jadi tin kosong pergi lah dengar ceramah ustaz don dan ustaz azhar idrus- Anak Asset Syurga so you can feel me fuhh

 Lagi-lagi bila mendalami ilmu agama dalam bidang perbankan dan kewangan islam maka ini adalah jihad. Tak kira lah apa bidang, yang penting niat kerana Allah. Andai kata mati masa menuntut ilmu, maka itu mati syahid.

So, are you ready now?



Pencil case girly-girly gedik yang dari zaman part 1 diploma sampai dah nak habis degree. Mungkin kalau guna sampai PhD warna pink berubah menjadi warna kelabu asap. 



Yes, I am ready. Bismillahirahmanirrahim.






UiTM Shah Alam: Pengalaman Hari Pertama

Tahniah kepada yang dapat sambung pengajian di UiTM. Terutama junior-junior yang aku kenali. So, entri ni pun adalah permintaan junior aku yang comel lagi cun. Mahu aku menceritakan pengalaman pertama kali masuk UiTM Shah Alam. Ok adik junior yang cun, kakak senior yang comel lagi jelita ni sudi nak kongsi pengalaman.

 Arghh.. tak payah la aku bahasakan diri aku kakak. Geli. Haha. Kita sebaya ok walaupun berbeza setahun. Firstly aku nak cakap, kau sujud syukur la dah dapat UiTM. Tak payah kata kenapalah aku tak dapat UIAM ke UKM. Persaingan sangat sengit jadi bila dah dapat sila grab peluang dengan sebaiknya.

Sebelum aku masuk UiTM Shah Alam, aku dah dengar banyak khabar angin ribut mengatakan betapa tak bertuah nya jika dapat kampus Shah Alam. Mesin ATM dua ketul, Fakulti Pengurusan Perniagaan yang jauh lagi perlu mendaki bukit dan semua tempat yang berbukit-bukau serta kampus yang sangat besar. Kolej Mawar berhantu pun aku dah dengar. Risau bukan kepalang la aku bila dengar macam tu sampai rasa tak nak sambung belajar dan terus bekerja tapi mak dan ayah aku la bagi sokongan.

Mula-mula sekali kau akan  risau sebab tak dapat kolej. So, kau jangan risau. Hari Jumaat sampai Ahad ni terus la gi kolej Mawar. Aku pun dulu main serbu je pastu tak sangka terus dapat bilik dan sebilik dengan bestfriend sebab kami daftar sama-sama. Memang happy la dapat sebilik dengan bestfriend. Tak payah nak control-control ayu lagi. 

Pada hari pertama pendaftaran di fakulti dulu aku datang lambat. Dah la masa tu sesat. Aku naik bas rapid depan Kolej Mawar pastu turun kat depan Kolej Perindu. Pastu mendaki bukit sikit sampai lah kat Fakulti. Aku ingat fakuli aku. Rupanya Fakulti Sains Gunaan. Tanya student-student kat situ-situ pun rupanya seghupe je budak-budak baru jugak maka terpaksa kitaorg melilau-lilau dan tiba-tiba Eh eh eh Fakulti Pengurusan Perniagaan kat bawah fakulti Sains Gunaan je lah  

Sampai-sampai je taklimat dah habis. Tengok jam eh dah pukul 10 pagi lama jugak ek cari fakulti sendiri. Terus je aku masuk Dewan Kuliah dan isi borang. Blur gila sebab tak dengar taklimat pengecualian jam kredit. Arghh memang kalut la hari pertama tu. 

So untuk kau nanti, jangan naik bas rapid. Kau jalan kaki sikit pergi ke padang kawad dan tunggu Bas A UiTM. It's ok kau kena panjat tangga macam batu caves sikit tapi Bas A akan hantar sampai betul-betul depan fakulti. Easy yet berbaloi-baloi huh? Definitely.

Pada dua minggu pertama kau kena bersabar sikit untuk menguruskan hal pengecualian jam kredit untuk subjek. Kau kena cari nama pensyarah kat setiap pintu bilik pensyarah sebab dia takkan bagi tahu nombor bilik penasihat akademik kau. Memang kau kena rajin tanya orang atau round dari tingkat satu sampai tingkat tujuh untuk cari PA kau.


 Kalau PA kau jenis kerek, kau jangan cepat melenting. Memang bukan senang mereka nak ada kat bilik selalu. Boleh jadi dari pagi sampai petang kau bertapa depan bilik dia sambil kau boleh kunyah cekedis dan main game angry bird.

Bab cerita hantu kat Kolej Mawar tu aku setakat ni tak pernah nampak pun. Pukul 4 pagi aku dengan bestfriend aku rileks je jalan-jalan berdua untuk basuh baju kat mesin. Naik Lif pun tak de pape. Yang penting baca Yassin kat bilik baru kau sebelum tidur. Rajin solat dan baca Al-Quran. Tu je.


Alaa kau jangan risau lah. Lagi banyak kau sesat lagi cepat kau ingat kan kan kan. Sebulan dua kau dah boleh adapt. UiTM Shah Alam je pun. Bukan belajar kat Canada ke. Hujan batu di negeri sendiri lebih baik dari hujan batu kat negeri orang. Wah, gitu.







Wednesday, 18 July 2012

Semester 4 dalam Kenangan


Lama dah aku tak update blog. Sampai ada orang kata blog aku bersawang. Iye la kot mungkin dah namanya pun laman sesawang. Kalau orang lain siap cakap blog dia berhabuk, berkulat, berlumut dan bersawang spiderman tapi aku rilek je. Rilek. Mana ade berhabuk tok siak. Clean je. Dongeng jek dorang tu.

Maka sekarang dah bermula cuti semester aku. Dah habis dah semester 4. Maknanya telah melalui dan mendalami subjek Report Writing ( BEL422) , Ethnic Relation (CTU 553), Monetary Economics ( ECO 553) , Principles of Entrepreneurship (ENT530), Advance Fiqh Muamalat (ISB548), Islamic Banking and Financial Services (ISB547), dan Islamic Financial Planning (ISB 535).

Kalau ada sesetengah orang kata paper dia sem ni cam haremmmm. Tapi aku tetap kata semua cam halellll. Gila kau, dah ar aku budak Islamic Banking pahtu pergi dok canang paper aku semua cam haremm. Mana boleh mengharemkan benda yang halelll haha. Cuma subjek Monetary Economics dan Advance Fiqh Muamalat yang agak mencabar la bagi aku. Harap dapat la lulus dengan baik. Kalau tak lulus aku nak cakap " mami, dedi, saya nak berhenti belajar dan kahwin sekarang" wahaha. Wak luu.

So, selaku arkib negara, ini lah masa untuk mengodeh-godeh folder gambar semester 4 ni. Buat tatapan anak cucu aku yang akan melawat blog mak/nenek dia ni ngehehehe





 Panas-panas terik ni sebenarnya nak buat shooting video Sadaqah dan Waqaf bagi tugasan subjek Islamic Financial Planning. Skrip tu aku yang buat so dialog macam halelll :D . Shooting yang paling simple. Takde tukar-tukar baju dan takde make up artist. Semua natural beauty . Lokasi kat Bandar Tasik Shah Alam je.





My group members. Mimi, Zety, Syazana, dan Nisa. Thanks korang bagi kerjasama terbaik :)


Pelakon tambahan mestila kena ada. Lagi-lagi kalau roomate+bestfriend sendiri kan. hehe

My roommate Izzaty and her classmate Syida

Pelakon tambahan kedua pulak ialah orang yang very well known kat fakulti aku. Budak fakulti bisnes kalau dah kebulur mesti sebut nama Pak Cik ni ni sebab dia yang jual makanan kat situ  "Wei perut aku bunyi anaconda mengilai so lets go to have a lunch at Pak Mat now".  

Sebenarnya ada lagi satu cafe kat fakulti bisnes ni tapi jauh sikit la. Dan aku lagi suka pergi cafe kat Menara SAAS sebab nugget goreng feveret aku kat sana. Tak peduli lah kena mendaki bukit ke sana cuma hanya demi nugget goreng hek hek

Meet Pak Mat. Ni mamat paling Hot kat Fakulti aku. 


My lecturer and my classmate! hangpa semua tengok apa?

Oh.. Lakonan Irma Hasmie dan Raja Farah rupenye. Pewwwitt.



Kemudian, dalam arkib negara aku ada gambar Encik Husny lah. Moga-moga paper haritu Sir sejuk hati la menanda dan nak bagi kami A+. Amin.

Sir Husny tengah bagi Hint tu. Alhamdulillah Hint yang Sir bagi untuk Final exam banyak yang keluar. terbaekk!

Oh pehliss ada budak berangan dalam kelas!

 Semester ni memang busy sangat-sangat. Keluar rumah pukul 6.45 pagi then jalan kaki ke kolej Melati untuk refill balang coklat. Pastu ke kelas pulak sampai pukul 6 petang. Memang berbeza dengan zaman diploma dulu yang memang masa senggang terlalu melimpah ruah bak coklat turun ke ladang gandum maka jadilah Coco Krunch!

Sebab itu sekarang kalau rehat tengahari aku memang manfaatkan untuk tidur je. Merayau la nanti cari port baik untuk tidur. Selalu kat Library la. Oh pehliss jangan kau hari-hari nampak muka aku kat library maka kata aku ni kaki library sebab study. Puihh, aku cuma singgah port tidur aku je. Kadang dalam kelas pun aku tidur jugak. Tapi senyap-senyaplah kat tepi dinding sandar baik punya sopan. hehe

Bila dah terasa diri ni busy, so selalu je fikir nak reward apa ek untuk diri sendiri. Asik fikir reward reward reward. Maka masa malam adalah untuk reward diri lah. Selalunya dengan makanan. Reward diri yang paling nikmat sedap ialah dengan....



We are all addicted and out of control for maggi tummis time moment!

Haa.. itu pasal lah walau busy macam mana pun berat badan aku tak turun-turun. Sekarang bertambah 6kg. Ini semua sebab teknik reward diri tadi selain tidur. Moment makan adalah paling indah di dunia. Segala masalah lupa sebentar. Setuju kan? Aku gembira dengan ketinggian 167cm dan berat 80kg sekarang. Hahaha. Sihat.


Eh, banyak pulak folder arkib gambar semester 4 ni. Penat nak share semua. Tunggu aku buat novel lah. Boleh aku share kisah cintan cintun aku sekali. Nah baldi merah sila muntah-muntah.

Sekian :) 



Sunday, 29 April 2012

Velvet Flat Shoes

Assalamualaikum

Tahukah apa itu Velvet Flat Shoes? Velvet tu. Alaa yang macam baldu tu. Ramai je girls sekarang pakai. Dulu aku tak berani nak mencuba pakai sebab selalu aku perhatikan girls akan pakai warna yang striking je. Ish tak berani la nak pakai warna terang-terang ni sebab menarik perhatian sangat pula rasanya. 

Tapi zaman sekolah dulu masa form 3 pernah je pakai kasut sukan warna merah pekat masa acara rejam lembing. Satu stadium Bukit Jalil fokus kat kasut aku je oh alhamdulillah la takde pulak kerbau bertanduk kat muzium eh muzium pulak stadium la! 

Aku kan suka jalan kaki daripada Fakulti ke rumah sewa. Ada satu masa tu sandal putus la pulak masa dah sampai kat stadium UiTM. Dah la sandal tu penyelamat  kalau kaki melecet-lecet ni. Dah la. Dah la. Dah la. Terpaksa habiskan baki perjalanan dengan jalan terseret-seret jugak lah. Peduli hape kalau orang kata cam cacat. Asalkan sampai rumah. Ah tu yang break up dengan sandal dan kasut  yang baru dibeli kat bata 66 hengget tue.




Bila dah bertemu si kasut baldu. Aku jatuh chenta. Dia balut dengan lembut je pada kaki. Takda dah nak melecet-melecet ni. Kaki aku yang besar macam pokok ketapang ni pun dah nampak lebih comel je tau. Yang penting tak tinggi tumitnya. Tak lah bagi kesan sakit pinggang ke apa kan. 

Harga Velvet Flat Shoes ni murah je. RM20 hengget je tau. Kat Dataran Cendikiawan UiTM Shah Alam ada banyak aje stok. Warna pun macam-macam. Made in Thailand. Boleh tengok wayang hantu Thailand citer 'Dark Flight' sambil pakai kasut ni biar feelin lebeh cket :D

 Kalau korang nak pergi latihan kung fu pun senang je pakai kasut nih. Ada gaya kasut kung fu ouh. Taruk ribbon la kasi feminin sket. Korang yang minat menari tarian ballet pun sesuai jer kalau nak pakai kasut gini. Pon bollllehh~~~

Pahtu kalau future hasben/hasben korang lebih rendah ketinggiannya (Macam Brad Pit dengan gulpreng dier) tak de lah korang nampak kontra sangat bila jalan sama-sama sebab kasut flat je. Kan sweet tu atok kiter kata murah rejeki ouh hehe

Tapi ada kawan kiter tu selalu suggest suh beli kasut Scholl. Dia bilang sangatlah selesa. Hehe, hai kawan. Kita kawan kan kan kan. Bak sini belanja satu eh tak mo satu je nak sepasang kasut Scholl wahai kawan. Ah macam ni arr kawan. Camni arr. Papai. Majuk ah :P

Monday, 2 April 2012

Rasa itu


Baru sahaja Ayah menghantar aku pulang ke rumah sewa di Shah Alam. Ntah mengapa mood aku menjadi sedih. Terharu dengan kebaikan si bapa yang ku panggil Ayah. Tapi hal ini buat aku jadi serba salah. Terasa menyusahkan Ayah.

 Setibanya aku di Shah Alam terus ajak aku makan. Aku tak nak makan sebab sebelum bertolak tadi aku dah makan. Pagi-pagi buta sebelum mak pergi kerja, mak aku dah siap masakkan asam pedas  ikan siakap yang sangat lazat lagi ohsem oh terima kasih emak!
Em tapi tanpa meminta, ayah tetap ambilkan ayam goreng untuk aku sebab  tahu aku suka.
Selepas itu ayah bertanyakan...

“cukup dah buku-buku pelajaran?”,

“Kertas dan pen cukup?”

“Almari baju dah beli?”

“Tilam?”

Soalan yang paling-paling-paling selalu ialah...

“Duit cukup ke? Betul ke ni? Cakap betul-betul kalau rasa tak cukup...”

Huhu. Aku yang kesian tengok ayah sebab dia macam risau je tengok aku. Seboleh-bolehnya nak cukupkan segala-gala keperluan aku. Sebelum nak hantar aku balik je mesti dia akan pastikan aku bawa sekotak Air Mineral 1.5L sebab dia tahu aku tak suka minum air paip yang dimasak.

Setelah itu paling aku rasa bersalah bila ayah susah payah kena angkut sekotak Air Mineral tu sampai kat depan pintu rumah sewa aku. Dah la kena naik tangga. Berat gila pulak tu. Aku tahu Ayah nanti sakit pinggang kalau angkat berat-berat ni.

Aku rasa useless gila sebab even badan aku tough macam rugby player tapi ayah tetap tak percaya aku mampu angkat sekotak air tu.

Dah penat-penat angkat tu pastu Ayah keluarkan beg duit dia pula. Dah agak! Seperti biasa mesti nak hulur duit. Bukan sikit. Ratus-ratus banyaknya.  Tu pun Ayah risau takot aku tak cukup. Aku mesti cakap lebih daripada cukup. Ish memang rasa bersalah lah aku walaupun Ayah kata itu tanggungjawab dia tapi aku rasa seperti sangat menyusahkan dia.

Tu la perasaan yang mengusik jiwa aku setiap kali aku nak balik ke UiTM Shah Alam. Kalau setiap minggu balik ke rumah maka setiap kali itu Ayah nak hulur duit.  Mesti dia yang nak hantar aku ke Shah Alam walaupun aku cakap aku boleh tumpang kereta kawan. Kata ayah yang penting aku mahu belajar, modal dan iringan doa semua ayah boleh usahakan. Begitulah kasih seorang Ayah. Kasih Emak? Laaaagi lah tak boleh dipertikai! Sanggup berkorban apa sahaja sejak anak mu ini dilahirkan.

Sejurus bersalaman dengan Ayah aku terus berlari ke tingkap bilik. Aku mahu melihat kereta yang ayah pandu sehingga hilang kelibatnya dari pandangan aku. Tanpa disedari, air mata aku bergenang (T_T)

Ya Allah, janganlah kau jadikan aku sebagai beban kepada ibubapaku. Jauhkan lah aku daripada menjadi manusia yang menghampakan harapan ibubapa ku. Peliharalah mereka seperti mana mereka memelihara aku sejak kecil hinggalah aku dewasa kini. Tempatkan mereka ke dalam Syurga mu Ya Allah. Ameen.


Sunday, 1 April 2012

Resepi Spaghetti Kuah Putih

Salah satu makanan favorite aku ialah Spaghetti. Oh bukan lah nak cakap aku ni taste western sangat. Masak lomak cili hapi tu aku lagi suka sebenarnya.

 Tapi kalau dah tiba time lidah ni nak gedik-gedik rasa nak kunyah spaghetti, memang macam meroyan jugak lah craving nak makan tu. Sampaikan bangun pagi je boleh keluar dialog "Mana spaghetti kuah putih meow?" (Meow adalah kata ganti nama khas bila dah sawan sahaja)

Biasa student kan memang asik makan maggi je kalau lapar dan mahu berjimat. So dah bosan aku makan maggi kari baik cuba makan spaghetti. Naik sikit taraf daripada maggi ngeh ngeh

Memandangkan Pasaraya Giant sangat dekat dengan rumah sewa. Just like stone threw away from my house gitu maka tiada masalah untuk mendapatkan segala bahan memasak di dapur. Sebungkus Fettucini melebihi daripada cukup untuk dimakan seramai sembilan orang!

Biasanya aku masak kuah spaghetti menggunakan Prego. Tapi bestfriend aku si FatimahMahirahAbuHassanAshaari (Nama dia kat facebook memang panjang cenggini tanpa spacebar) suka kuah buatan sendiri daripada menggunakan Prego. Dan aku pun mula jatuh cinta bila sphagetti aku dibanjiri kuah sebab selalu guna prego dapat sikit je kuah dia. huhuhu

Keesokkan harinya pergi kampus aku sibuk kepoh bercerita kat kawan sekelas mengenai kesedapan menikmati Spaghetti kuah putih yang dimakan. Semua kawan-kawan aku terliur dengar cerita aku. Eksaited semua nak mintak resepi. Nasib baik resepi ni senang. Kalau tanya resepi nak buat dodol mahu ternganga.

Bahan-bahannya:

Sepaket Speghetti (Haritu aku guna Fettucini sebab dah boring dengan paras rupa Spaghetti)
Sekotak besar susu full cream Dutch Lady
Satu tin cendawan butang yang dah siap dicincang
5 batang sosej dihiris nipis
3 keping keju Chesdale
Bawang merah dicincang
Bawang putih dicincang
Garam secukup rasa
Lada sulah

Cara-cara:
1. Mula-mula rebuskan Spaghetti sehingga mencapai kelembutan yang diidamkan. Untuk elakkan daripada melekat, sapu sedikit mentega. Tos dan asingkan.
2. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing
3. Masukkan sosej
4. Tuangkan susu fullcream (Kalau suka style banjir tuang je satu kotak tuh)
5.Kacau hingga mengelegak dan sedikit likat
6. Kemudian letakkan keju
7.Masukkan cendawan
8. Letak garam dan lada sulah
9.Sedia dihidang

Yummeh!
Memang sedap sangat dapat makan ramai-ramai haritu. Berbaloi-baloi. Makan masa panas-panas tu. Dah sejuk memang rasa muak teramat tapi masih sedap la. "Jimat, Mudah, dan Sedap" itulah tagline untuk hari tu dengan masing-masing mulut comot dengan kuah putih terasa indah dan bahagia saat itu apabila dikenang kembali ewah ewah :'D



Saturday, 10 March 2012

Fobia Limpahan Teh Tarik

Harapan memohon menduduki kediaman kolej telah pun gagal. Perlu ke sedih? Ya haruslah! Sekarang tak boleh lagi aku bersiap lambat-lambat pergi kelas. Tak boleh feeling duduk kat hostel. Pagi petang siang malam tak boleh dengar pengumuman dari corong pembesar suara.  Paling tak best kena duduk kat fakulti masa rehat tengah hari maka tak dapat nak top up tidur secara privasi di bilik. Tidur siang bukan tanda kemalasan ek. Sunat tu tidur 15minit sebelum masuk Zohor kan :')

Bermulalah kehidupan aku sebagai pelajar 'non-resident' untuk semester baru ini. Bermakna perlu ada rumah kedua. Bermakna tiap-tiap bulan kena keluar duit bayar sewa. Tiap-tiap minit kena tahan nafsu makan sebab rumah sewa bersebelahan KFC dan Pizza Hut juga banyak kedai-kedai makan yang menggoda terutama Restoran Barra yang membarakan nafsu makan terutama nasi goreng ayam barra yang memang sedap dan nasinya menggunung. Sadis.

Pabila menghuni rumah sewa kali ini aku tetap masih merasakan trauma banjir semasa menyewa di bandar Segamat pada zaman diploma semester akhir. Macamlah Seksyen 7 Shah Alam ni boleh banjir. 
Eh siapa tahu?
Sebab itu selalu terlintas difikiran mengharap janganlah banjir Shah Alam macamlah setiap kali aku duduk rumah sewa mesti banjir. Sinonim dalam otak ni kata rumah sewa=banjir. Eh lupa rumah sewa aku sekarang tingkat satu, InsyaAllah kalau banjir boleh survive lagi.



Segamat dilimpahi bah









Lantai rumah disaluti karpet berwarna coklat susu. Barang-barang bergelimpangan dihanyut gelombang banjir.



Buku-buku mendadak menjadi tebal daripada biasa. Suka tak?



Beruang-Beruang tersenyum mati lemas dalam limpahan teh tarik. Satu-satunya hidupan air di Bikini Bottom yang selamat- Spongebob Squarepants!





Laman rumah seperti proses membuat ikan kering.



Tilam Zhulian Bio Ion Therapeutic kepunyaan emak turut hanyut (T_T)



Mungkinkah musibah banjir yang kita lalui itu sebagai satu ujian keimanan atau balasan atas dosa-dosa?
Hmm, tidak kiralah samada nak anggap sebagai satu ujian keimanan atau pembalasan. Yang penting dapat jadikan semua itu sebagai proses membentuk jiwa yang lebih kental, lebih sensitif pada kesusahan orang lain, dan yang lebih penting ialah lebih mengingati-Nya.

Selamat Berhujung Minggu dengan aktiviti bermanfaat :')