Showing posts with label MAIS. Show all posts
Showing posts with label MAIS. Show all posts

Friday, 7 June 2013

Being a practical student





 Being a practical student...

Kau pergi lah mana-mana department, semua staff akan tahu kau budak praktikal. 
Kat dahi kitaorang ni memang ada cop 'I am doing my internship here, TQ sir'

or

Are we looked so young?? 

hehe

Ok no, we looks so motherly ok.

 hmm..
tahu-tahu je cuma lagi dua minggu untuk bersama MAIS.
Bermakna dua minggu lagi VIVA presentation.
We are cringed thinking about it!
*scream*

This is our pagi rock crew daily routine.

 Pintu rumah sewa yang akan dikenang...


Good morning bararianz. Pun akan dikenang...


Cek mailbox pasti akan terkenang dikemudian hari..



Beli sarapan di gerai kak Sal... Supaya masa traffic light yang lama boleh manfaatkan 3 biji ketul kuih dalam kereta.



Kuih-muih semua sedap.




GOOD MORNING SHAH ALAM!!


 Ramai peminat gerai kak Sal...




Happy Go Lucky as we are.... Pagi-pagi kami dah ceria meriah. 



Happy girls are always the best.



I love you my MINI MOUSE-DEER. I bagi you minum RM20 seminggu pun dah cukup.

Bismillahirrahmanirrahim.... Kit Kina akan mengetuai bacaan doa naik kenderaan.


And 1...2...3....

 Start the engine and we are ready to hit the town! hehe

Let's go.

Sunday, 24 February 2013

Kit Kina, Welcome to MAIS

Alhamdulillah. Hampir sebulan aku berpraktikal di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Kebanyakkan orang akan kata "Weh kau praktikal tangkap-tangkap orang buat maksiat eh?" . HAHA come on la  itu JAIS ler. MAIS ni peranan penting adalah untuk menyampaikan maklumat betapa pentingnya mengurus harta secara bijaksana mengikut hukum syarak.

Contohnya ekau hado wang tak patuh syariah apabila terlibat dalam transaksi yang mengandungi elemen-elemen haram atau syubhah, ekau buleh bagi kat  MAIS dan MAIS akan menguruskan duit tu untuk dimanfaatkan kepada pihak yang sewajarnya mengikut hukum syarak. Ok clear? hehe

Aku pilih MAIS ni sebab sesuai la dengan aku yang baru merangkak nak mulakan hidup dan baru terkial-kial nak mahirkan driving. Memandu kat Shah Alam ni pun aku dah selalu kena hon haha biasa la I budak baru belajar sila faham bila lihat sticker merah 'P' yang I dah tampal tu hui hui hui. Yang paling utama aku boleh belajar dari MAIS pasal pengurusan kewangan islam.  

Paling penting dekat, jimat, selamat.  Lokasi MAIS 10-15 minit je daripada rumah sewa aku dengan melalui 3 roundabout. Jalanraya tak sesak. Lepastu senang la nanti aku nak jumpa advisor dan pergi library kat kampus setiap minggu untuk urusan thesis memandangkan rumah sewa kat belakang pintu UiTM je. Bila dah dekat dengan UiTM, senang la juga aku nak start business kecil-kecilan, ihik ihik. 

Celik mata Reset Minda. Aku guna baucer buku beli kat MPH SACC Mall. Masa bosan memang syok layan buku nipis ni.

View dari  tempat aku di Menara Selatan Tingkat 10. Kereta semua macam mainan. Berangan jadi Ultramen untuk pijak semua kereta huar huar huar 

Masa makan lunch aku dan Izzaty diet tak makan nasi. Tapi bila weekend balik rumah makan nasi tak hengat bila mak masak sedap-sedap. Belum campur pergi pasar malam kat seksyen 7 shah alam setiap rabu beli tongkeng goreng. muehehehe kesimpulannya, diet la sangat ~

Ok handbag tu  my auntie belakang rumah bagi hehe. Buku di Hamparan Shamrock tu I pinjam my mom punya. Buku tu best, sila baca. Cekedis tu memang hari-hari kena bawa pergi ofis biar tak sleepy.

Bosan kan kerja sebenarnya. Padan muka bila datang perasaan rindu nak pergi  kuliah setiap hari kat kampus har har


Dekat sangat dengat Masjid Negeri :')
So Kit Kina, Welcome to MAIS.

Sekian, jumpa pada entri seterusnya. As Salam Alaykum (^_^)V

Sunday, 3 February 2013

Semester 6, 2013

Hai As Salam Alaykum!

Ya aku juga dapat merasakan debaran rakan-rakan seperjuangan untuk menghadapi hari pertama esok. Alhamdulillah. Untuk memenuhi requirement semester 6 ini, kita semua sudah ditendang keluar dari universiti untuk menjalani latihan industri selama 6 bulan. Tak lupa juga kena buat thesis.

Ok semua orang nak tahu kan aku praktikal kat mana?

Okay, my practical placement will be somewhere in Shah Alam (Nanti aku post entry khas)

Rumah sewa pun masih sama!

Roommate juga masih sama. Izzaty dan Fatimah!

Dan.. Izzaty pun bersama dengan aku dibawah organisasi tersebut cuma kami berada di department yang berlainan!

Boleh la kata betapa kuatnya jodoh aku dengan Shah Alam hehe

Dan yang paling best aku tak keseorangan. Izzaty akan pergi kerja sama-sama dengan aku. Wow? Dari zaman diploma hingga zaman degree sehinggalah praktikal pun masih sama! ok lah boleh dapat title Best Friend Forever! haha . Itu lah namanya ketetapan jodoh pertemuan Allah yang kita tak sangka-sangka :)

Lagi satu, aku akan memandu sendiri untuk pergi kerja. Alhamdulillah ayah sudi sediakan kereta untuk anak perempuan sulung dia ni. Maklumlah aku ni baru je seminggu dapat lesen. Pengalaman memandu amatlah ciput! Nervous jugak sebenarnya aku nak driving kat Shah Alam tu. Tapi kena beranikan diri lah (T_T)

 Aku tengok mak ayah pun macam risau dan tak yakin sangat dengan aku. Ayah aku siap cakap  kalau nak balik dari Shah Alam ke Bangi nanti parking je kereta kat komuter lepas tu naik komuter je balik. Kata dia susah jalan kat KL tu banyak selit-selit. Tapi aku kena buktikanlah yang aku boleh berdikari! In Syaa Allah. Lama-kelamaan lebih cekap.

So, selamat berpraktikal ya kawan-kawan ku. Terutama my classmate-Islamic Bankers. Jangan sombong kat tempat kerja tu. Rajin bertanya. Ingat, kita nak belajar dari mereka. Semoga berjaya!

Sekian :)