Showing posts with label Sharing Knowledge. Show all posts
Showing posts with label Sharing Knowledge. Show all posts

Tuesday, 9 April 2013

Jangan berhenti 'Berlari'



Sebagai seorang remaja kebanyakkannya kita diuji dengan pelajaran, rakan sebaya, pensyarah, cinta, kesabaran dan sebagainya.
  
Aku pun akui adakalanya aku rasa 'complete failure' dalam menghadapi ujian-ujian itu. 

Harus mengingatkan diri sendiri selalu.
Whatever happens, hold on to Allah.
Dalam Al Quran dikatakan Allah sangat dekat dengan kita.
Lebih dekat daripada urat leher kita.

 It's hard, it's difficult and it's exhausting.
But with Allah's rahmah, impossible is nothing.

Jangan berhenti 'berlari'.
Ya saya tak akan berhenti 'berlari'!


Buku ini sangat berinspirasi. Terima kasih emak kerana murah hati membeli :)

Sunday, 3 February 2013

Perihal Solat

Kadang aku perasan mengenai sesuatu tentang solat lima waktu tu. Aku dengan roommates (FatimahMahirah & Nurul Izzaty) pernah borak-borak pasal ni.

Hal itu mengenai solat yang hari-hari kita buat tu. Selalu kita yang muda mudi ni suka solat secara 'speed up'. Laju je. Lagi-lagi kalau bangun subuh gajah (5 minit nak pukul 7 pagi) dan selalu bertarung masa nak cepat je. Baca Al-Fatihah tanpa penghayatan dan kadang kita bergerak laju dari satu pergerakan ke satu pergerakan. Ada masa kita sengaja pula lewat-lewatkan solat kita. Itu belum dikira lagi kita khusyuk dalam solat.

Tapi cuba compare dengan mak-mak kita. Mereka solat agak 'lama' sikit. Bacaan mereka sangat perlahan dek kerana menghayati dan sebutannya sangat tertib.

Kita yang muda berdarah panas ni memang selalu ambil masa sekejap je waktu solat berbanding dengan mak kita.

Macam bawa kereta jugak, selalu orang muda bawa kereta laju berdesup main selok sana selok sini tapi kalau mak-mak ni bawa kereta biasanya tertib lagi berhemah selalu :)

Maka celakalah orang yang solat, iaitu orang-orang yang lalai terhadap solat mereka. (Al-Ma'un 107: 4-5)

Maka kat sini aku nak ingatkan diri aku dan para member-member yang singgah selalu blog ni, jangan terlampau sangat nak 'speed up' dalam solat, pastikan bacaan terutama Al-Fatihah kita dibaca dengan sebutan makhraj yang betul. Tajwid kena jaga. Supaya setiap solat kita berkualiti dan tak sia-sia.

Solat lima waktu ni lah yang kita boleh harap. Sebab tu kena betul-betul jaga kualiti solat fardhu ni. Kalau nak top-up amalan untuk buat solat sunat tu memang jarang lah, lelagi aku sendiri ni pun (-_-) Kalau ada exam tu kang baru nak set alarm nak buat solat hajat. Kadang, bila 10 malam terakhir Ramadhan baru nak rajin-rajinkan diri bangun malam untuk solat sunat. Kalau tak memang payah nak bangun malam pun.

Tapi pokoknya, Allah tidak ingin melihat betapa banyaknya amal kita, tetapi Allah hendak melihat bagaimana kita melakukan amal kita.

So jom perbaiki kehidupan kita dengan menjadikan amalan-amalan kita sebagai amalan yang terbaik! :)


Sunday, 27 January 2013

Jellyfish = Obor-Obor


Aquaria KLCC

Selain memelihara kucing, aku teringin sangat sebenarnya nak cuba bela Jellyfish macam ni. Geram sebab comel tengok si obor-obor menari-nari seirama dalam air.

 Haritu aku  pesan kat my sarawakian friend ( orang Iban) masa balik Sarawak nanti jangan lupa bawa obor-obor hidup untuk aku. Well cita-cita berkobar nak bela Jellyfish hidup-hidup dalam balang kaca haruslah dikotakan muehehehehehe

Tup tup dia bawa obor-obor cincang masak asam. Aku pun macam weh berani kau LAUK-LAUKKAN obor-obor perliharaan aku!? muahahaha terpana kejap. Rajin dia ni masak kat rumah sewa dia tu. Stok obor-obor dia banyak weh dalam peti ais. 

Such a nice friend yang tahu I ni berhobikan makan menjadi keutamaan sebelum berhobikan bela-belaan hidupan comel (amboi bahaya statement kau Kit :D )  Rasa obor-obor tu lembut kenyal-kenyal. Memang sedap makan dengan ikan keli salai atau ikan bakar. 




Obor-obor masak asam!

Suatu hari dia tanya "Kit, kau pernah tak makan daging katak?"

"Eh mestilah tak pernah. Kau?"

"Oh aku selalu je. Daging katak lagi sedap tau dari daging ayam"

"Oh really!? Hehehehe Errr"


Ok ok, jom kongsi ilmu.


#Hukum makan katak menurut islam:


Katak / kodok hukumnya haram di makan.

Hal ini berdasarkan hadis dari Abdurrahman bin Utsman radhiallallahu ‘anhu,


ذكر طبيب عند رسول اللّه صلى اللّه عليه وآله وسلم دواء وذكر الضفدع يجعل فيه فنهى رسول اللّه صلى اللّه عليه وآله وسلم عن قتل الضفدع

Ada seorang doktor yang menjelaskan tentang suatu penyakit mendekati Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, doktor itu menjelaskan bahwa katak boleh dijadikan ubat untuk penyakit itu. Ternyata Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang membunuh katak. (HR. Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, dan sanadnya dinyatakan shahih oleh Syu’aib Al-Arnauth)

Dalam riwayat yang lain, dari Sahl bin Sa’d As-Sa’idi,


أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن خمسة: “النملة، والنحلة، والضفدع والصرد والهدهد



Bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang membunuh 5 hal: Semut, lebah, katak, burung suradi, dan burung hudhud. (HR. Baihaqi)
Pelajaran yg boleh kita ambil: 

1. Hukum makan daging katak haram
2. Sebab pelarangannya kerana haram dibunuh
3. Ketika menjelaskan hadis dari Abdurrahman bin Utsman, As-Syaukani menyatakan,

فِيهِ دَلِيلٌ عَلَى تَحْرِيمِ أَكْلِهَا بَعْدَ تَسْلِيمٍ، أَنَّ النَّهْيَ عَنْ الْقَتْلِ يَسْتَلْزِمُ تَحْرِيمَ الْأَكْلِ


Hadis ini dalil haramnya memakan katak, setelah kita menerima kaedah, bahawa larangan membunuh berkonsekuensi haram untuk dimakan. (Nailul Authar, 8:143.
Walllahua'lam

 (sumber)

Saturday, 26 January 2013

Sifir Cinta | BETAPA BERUNTUNGNYA KAMI








Sempena meraikan Maulidur Rasul, aku pertama kali baru  perasan Qasidah Ya Hanana kat Tv Al Hijrah. Apakah sebelum ini aku buat-buat tak perasan? haihh.

 No no sebenarnya aku bersyukur mak ayah aku selalu mengingatkan. Kat meja makan, waktu santai, waktu libur, dan bila-bila masa pasti selalu ada kisah nabi meniti dibibir. Ditambah pula buku-buku sirah nabi yang selalu dibeli oleh mak ( My mom memang rajin spend time and money kat Book Shop so kat rumah ada mini library ) untuk jadi bahan bacaan menambah rasa cinta kepada nabi.

Juga malam ni mak ayah mengajak aku menonton bersama siaran Al Hijrah Program Cinta Rasul. Yes, that is why la how i got introduced with this Qasidah Ya Hanana which I tend to like it more ! :)

Dengar banyak kali pun tak bosan. Irama begitu catchy. Best! Makna setiap bait lagu sungguh menyentuh sanubari.

Kekasih Allah itu menangis kerana kita. Rindu pada kita, risau pada kita. Kalau nak diikutkan, siapalah kita ini hendak dirindukannya, hendak dirisaukannya kerana kita sendiri pun selalu melupakan Rasulullah s.a.w.

Allah hu rabbi... malunya kita :'(  

Kita semua tahu nabi s.a.w amat menyayangi kita sebagai umatnya. Semoga lidah kita sentiasa basah berselawat kepadanya. Bimbang sangat masa kita di Padang Mahsyar nanti siapa nak tolong kita? Syafaat daripada nabi itu akan menjadi tiket pintas untuk kita ke syurga.

"Orang yang bercinta mesti banyak mengingati insan yang dicintainya. Apabila hati mengingat, mulut akan banyak menyebut. Apabila lidah banyak menyebut, hati akan berasa rindu. Apabila rindu, pasti terasa ingin bertemu. Ya begitulah SIFIR CINTA kepada Rasulullah. " - Solusi Isu 52

Wahai Kekasihku Wahai Muhammad,
Wahai pengubat hatiku Wahai yang terpuji,
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat kepadamu
Ya Habibi Ya Rasulullah. Pandanglah kami.
Syafaatkan kami di akhirat kelak :'(




Saturday, 8 September 2012

Istikharahku membisikkan sesuatu...

Persoalan Lazim Remaja macam kitewww-kitewww (hehe keyboard rosak sebab tu huruf 'W' nak triple pffttt)

"Camne kita nak tahu si dia terbaik untuk kita ataupun tidak?"

"Apakah selepas istikharah memang ia akan nampak dalam mimpi?"

" Si dia kata dia tetap cuba nak dapatkan saya sebab dia nampak saya dalam mimpi selepas buat istikharah. So, perlu ke saya terima dia sedangkan saya tidak yakin pun pada dia?"

" Arghh saya takutlah nak buat istikharah kang nampak apa yang saya tidak berkenan acano?"

O ow... Apa Itu Istikharah?

Istikharah tu suatu doa untuk buat suatu pilihan sama ada dilakukan dengan cara berdoa je ataupun sebaik-baiknya dilakukan dengan cara solat sunnah terlebih dahulu pastu baru berdoa.

Tak semestinya nak cari jodoh baru nak beristikharah bahkan apa jua urusan yang melibatkan dilema oh dilema.

Contohnya nak beli kereta Viva ke Myvi? Nak masuk jurusan Sains atau Sastera? Nak beli handphone Samsung SIII ke atau I Phone 5?

So bila dah dalam dilema ni lah kita buat Istikharah dan berbincang. Berdoa pada Allah dan berbincang dengan seseorang.

Tapi-tapi tak boleh la nak buat Istikharah dalam menolak perintah Allah contohnya nak pakai tudung ke tak kan.

DOA ISTIKHARAH

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib.

 Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (Pernikahan dengannya) adalah baik bagiku, pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku samada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya 

Engkau mengetahui bahawa urusan ini (pernikahanku dengannya) mendatangkan keburukan bagiku, pada agamaku, kehidupanku, dan kesudahan urusan ku samada cepat ataupun lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya."


Petunjuk istikharah tidak semestinya melalui mimpi (baru aku tahu) tapi boleh hadir dalam bentuk ketenangan    hati.

Demikian adalah pendapat Imam Nawawi r.a dan disokong oleh kebanyakkan ulama. Selepas beristikharah dan berbincang kemudian diteguhkan pendirian dan dipermudahkan jalan ke arahnya, ITU PUN SUATU PETUNJUK.

Tapi tapi tapi jangan terpedaya dengan seseorang yang berhujah dengan mimpinya sendiri bagi memaksa orang lain menerima dirinya. Mimpi orang lain tak boleh jadi hujah untuk kita.

Hatta kita sendiri pun mimpikan seseorang selepas istikharah, kita perlu memastikan terlebih dahulu mimpi itu tak dipengaruhi oleh kecenderungan tertentu akibat tidak menjaga hati dan membiasakan diri dengan perkara yang melalaikan.

Mimpi bukan semuanya daripada syaiton dan mainan perasaan semasa tidur. Ada juga mimpi benar daripada Allah.

Sabda Rasullulah SAW, "mimpi ada tiga jenis: Mimpi yang datang dari Allah, mimpi yang berpunca dari dirinya sendiri dan mimpi daripada Syaiton."(direkodkan oleh Muslim)

Ibnu Taimiyah berkata didalam al-Fatawa, hendaklah seseorang tahu membezakannya.

Misalnya seseorang yang leka dalam maksiat , tidak mahu bertaubat, tiba-tiba ingin beristikharah dalam urusan jodoh, sudah tentu besar kemungkinan mimpi malamnya akan sering dipengaruhi oleh wajah gadis yang didambakan. Sebaik-baiknya, dia bertaubat dan menjauhkan diri daripada dekat dengan jalan-jalan zina terlebih dahulu seperti asyik call, SMS, dan dating.

p/s: Haruslah aku berusaha ke arah yang lebih baik dengan mengucapkan selamat tinggal cinta picisan ilal jahannam, dan selamat datang cinta agung ilal jannah.



Doa emak paling mustajab disisi Allah. Insya Allah :')


[Sumber: Ustazah Fatimah Syarha ]

Friday, 17 August 2012

Grand Marriage IIUM


GRAND MARRIAGE IIUM: To Complete Half of Your Deen


Wah tengok tajuk atas ni. So cool kan? Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menganjurkan majlis besar-besaran perkahwinan untuk pelajar tahun akhir di universiti tersebut. Pelajar bukan tahun akhir tak layak ye..

Aku rasa salute gila lah kat mereka yang menganjurkan event ni. Dengan RM3,000, what? Yepp, RM3k sahaja kita dah boleh buat majlis kahwin. Sungguh jimat dan murah! Siap pakej akad nikah ceremony, decoration, walimah,TV coverage, eh wedding invitation card pun mereka sediakan dan juga wedding souvenirs wah ini sungguh jimat dan tidak membebankan. 

Orang sekarangkan nak kahwin mesti ada RM30,000++++ baru boleh. Ala tak setuju la over mahal-mahal sangat ni. Kitew bukan orang kaya tau awok :'( Nak simple-simple tapi semua orang happy kan best. Contoh macam UIA buat ni. Memang brilliant.

“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.



See? Syaitonirrojim memang syaiton tau. Dah la malam raya nanti dah bebas dari dibelenggu. Bleghh, annoying betul ah~~  But hey, I'm ready to fight against you lah syaiton. Yes, I am.

Berikut adalah iklan mengenai Grand Marriage IIUM



Ha lagu background tu sedap kan. Rasa macam touching dan mahu menangis tak tahu la kenapa. Punya semangat pergi cari lagu apa tu kat youtube. Rupanya lagu Qasidah Burdah Shareef. Apa lagi, terus download la buat koleksi MP3 ngehehe





Bila cakap pasal kahwin mesti hati rasa suka dan indah kan. Sebab? Sebab kita selalu lihat gambar orang kahwin semuanya menggambarkan keindahan semata-mata. Padahal, ada tanggungjawab berat disebalik semua tu. Persediaan fizikal, mental dan emosi harus diambil kira.

Walaupun aku UiTM, tapi biasalah, saja je busybody nak like fan page event Grand Marriage IIUM ni sebab nak ambil tahu dari masa ke semasa mengenai event mereka tu. Pastu fan page tersebut ada post pasal 'Checklist Sebelum Aku Terima Nikahnya'

Hehehe.. aku tersenyum sendirian. Video ni memang buat aku tersenyum. So sweet. Aku paling suka part budak perempuan tu goreng cengkodok sampai hangus haha berangan ke apa ntah? hehe

Video ni budak Universiti Jordan yang buat. Mereka ajak kita buat senarai semak sebelum kita nak kahwin sangat hehe aku ke? Eh kita semua la babe yang belum kahwin ler.




Senarai yang harus disemak ialah:

1. Solat
2. Cintailah Ilmu
3. Manfaat kepada Orang Lain
4. Akhlak
5. Relationship dengan Allah- maka relationship dengan manusia InsyaAllah terjaga :')


Part yang paling best

"Marriage is not all about Love, It's about making Ummah"


So yeahh, let's be prepared. Aku pun dah ada checklist dah ni. 

Checklist persediaan diri sebelum kahwin. CHECKED.
Checklist persediaan sebelum meninggal dunia. CHECKED but not well prepared. Arghh sumpah takot!!!

Thursday, 16 August 2012

Petir dan Guruh: Oh Takutnya

Kejadian Alam Sekitar yang paling aku takut ialah PETIR. Ye aku tahu bila petir dan bunyi guruh tu sebenarnya sedang bertasbih memuji-Nya. Begitu juga dengan aku, bertasbih, bertahmid dan beristigfar ketika kejadian petir sebab terlalu TAKUT :'(

 Shah Alam ni lombong bijih timah kot sebab jadi pusat sambaran petir je heh. Ingat lagi masa malam kat rumah sewa. Tempat tidur aku mesti betul-betul tepi tingkap.  Malam tu hujan lebat dan kilat berserta guruh sangat kuat lagi bertalu-talu. Aku rasa tergugat duduk tepi tingkap ni.  Izzaty dan Fatimah lena sungguh dalam tidur dan aku fikir apakah mereka ni terlalu pekak sampai tak dengar bunyi petir super kuat? Pheww.

  Si penakut petir ni pun sangat panik jika berseorangan menikmati bunyi guruh lalu mengejutkan si pentidur tegar yang pekak HAHA. Mula-mula aku kejut Fatimah tapi dia membatu je. Kejut si Izzaty nasib baik dia bangun. Arghh lega aku ada jugak orang sudi teman aku pada malam petir yang kuat tu. Kalau tidak pasti si penakut ni menyorok di penjuru bilik kayak anak kecil ketakutan hehe

Malam ni aku meluangkan masa melihat kejadian petir di youtube puas-puas. Laa nak tengok secara live kan aku ni penakut pergi menyorok kat penjuru. Dah la si penakut ni menggangu tidur lena kawan-kawannya. Apakah mereka serik nak tidur dengan aku?  HAHA tak nak belanja korang Kenny Rogers ar camtuh!

Memang Allah jadikan kilat dan guruh untuk memberi rasa takut kepada manusia supaya manusia berharap kepada Allah dan sentiasa bertasbih kepadaNya. 

Subahanallah! 




So aku nak share antara video yang berjaya merakamkan kejadian kilat. Err TAKUT. Tengok video ni pun aku dah peluk bantal. Volume pun aku letak the lowest supaya tak terperanjat bunyi guruh.











Ok, yang orang tua ni lagi sadis sebab kena panah petir semasa melintas jalan. Ngeri.



Fuhh, dah dapat tengok kilat puas-puas tanpa perlu menyorok di penjuru. Puas hati aku.

Kalau petir kat luar rumah tu si penakut ni nak duduk dalam rumah je kunci pintu ketat-ketat, tutup semua suis takut short, tutup langsir dan tak nak duduk tepi tingkap. Duduk diam-diam berzikir sahaja ye si penakut. Yang penting jangan kacau orang lain terutama yang sedang tidur lena ahak ahak. HAHA I can hear my besties screaming "yes" at the background. Cehh.

Thursday, 26 July 2012

Nikah Gantung

Apa Itu Nikah Gantung?


Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.

Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.

Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:

  • Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
  • Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
  • Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.

Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.

Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.

Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.

Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat buat anda.

FAKTA: Kebanyakan umat Islam kurang mempunyai kefahaman mengenai Nikah Khitbah dan takut mengambil risiko. Sama-sama kita semarakkan ilmu agama semoga kita sentiasa mendapat kefahaman :)

Link Mengenai Nikah Khitbah oleh Ustaz Azhar Idrus: (http://www.youtube.com/watch?v=-JvpNrNp3aA)

SEBARKAN... ♥

SUMBER: Hamba Allah

Wednesday, 11 April 2012

Takdir: Konsep


Sepanjang kehidupan kita, pasti sesuatu yang terjadi kepada kita itu telah kita anggap ia sebagai takdir.
Apa dia? Takdir? Ah, sesiapa sahaja senang nak tuding jari pada takdir untuk menyedapkan hati terutama bila dah buat salah kan.

"Dah takdir I nak buat maksiat dengan dia", rungut hati seorang insan yang nak menyedapkan hati lalu mahu mengatakan itu takdir Allah.

Adakah buat maksiat itu adalah takdir daripada Allah?

Dalam konteks maksiat ni, kita tidak boleh melakukan maksiat dengan alasan takdir. Betul tak?
Allah tidak memaksa kita melakukan maksiat kerana kita sudah diberikannya pilihan sebaliknya.

Memahami konsep takdir dengan cara macamtu seperti menyalahi hikmahnya. Hikmah kita diwajibkan beriman kepada takdir adalah supaya kita tak terlalu  sedih apabila ditimpa musibah dan tidak lupa diri ketika mendapat kesenangan. Ini kerana kita yakin semua itu daripada Allah.

Tak patut kita mengandaikan-andaikan perkara yang belum terjadi, dan terus melompat kepada alasan takdir.


Selagi kita boleh berusaha, berusahalah dan berdoa untuk mengelakkan takdir yang tidak kita mahu . Segalanya dengan izin Allah. Pinta lah pada Nya. 


Semoga kita memahami konsep takdir daripada kisah Sayyidina Umar.

Semasa perjalanan ke Syam, Sayyidina Umar dan para sahabat dikhabarkan penyakit taun sedang merebak di sana. Lalu mereka pun bermesyuarat dan Umar mencadangkan
supaya kembali sahaja ke Madinah. Manakala, Abu Ubaidah Amir bin al Jarah berkata, "Wahai Amirul mukminin, mengapa tuan mahu kembali ke Madinah dan lari daripada qadar Allah?"

Umar pun menjawab, "Kami lari daripada qadar Allah kepada qadar Allah.

Penjelasannya, Hukum Alam menetapkan akal kita mampu berfikir. Kita ada dua pilihan. Pilihan pertama:Pergi ke negeri yang dilanda taun akan menyebabkan mudah dijangkiti taun
misalnya.
Pilihan kedua: Tidak pergi lalu jangkitan taun dapat dielak.

Maka, melaksanakan pilihan pertama ataupun pilihan kedua, semua tu dinamakan qadar Allah.

Akal dan hati fungsinya untuk berfikir dan memilih. Kita tak patut salahkan Allah dengan pilihan kita itu sekiranya akibatnya buruk. Apa pun, sama ada kita memilih pilihan pertama atau kedua, semua itu sudah pun ada dalam pengetahuan Allah. Ia berlaku ke atas kita dengan izin Allah jua(Kunfayakun)




Sunday, 1 April 2012

Resepi Spaghetti Kuah Putih

Salah satu makanan favorite aku ialah Spaghetti. Oh bukan lah nak cakap aku ni taste western sangat. Masak lomak cili hapi tu aku lagi suka sebenarnya.

 Tapi kalau dah tiba time lidah ni nak gedik-gedik rasa nak kunyah spaghetti, memang macam meroyan jugak lah craving nak makan tu. Sampaikan bangun pagi je boleh keluar dialog "Mana spaghetti kuah putih meow?" (Meow adalah kata ganti nama khas bila dah sawan sahaja)

Biasa student kan memang asik makan maggi je kalau lapar dan mahu berjimat. So dah bosan aku makan maggi kari baik cuba makan spaghetti. Naik sikit taraf daripada maggi ngeh ngeh

Memandangkan Pasaraya Giant sangat dekat dengan rumah sewa. Just like stone threw away from my house gitu maka tiada masalah untuk mendapatkan segala bahan memasak di dapur. Sebungkus Fettucini melebihi daripada cukup untuk dimakan seramai sembilan orang!

Biasanya aku masak kuah spaghetti menggunakan Prego. Tapi bestfriend aku si FatimahMahirahAbuHassanAshaari (Nama dia kat facebook memang panjang cenggini tanpa spacebar) suka kuah buatan sendiri daripada menggunakan Prego. Dan aku pun mula jatuh cinta bila sphagetti aku dibanjiri kuah sebab selalu guna prego dapat sikit je kuah dia. huhuhu

Keesokkan harinya pergi kampus aku sibuk kepoh bercerita kat kawan sekelas mengenai kesedapan menikmati Spaghetti kuah putih yang dimakan. Semua kawan-kawan aku terliur dengar cerita aku. Eksaited semua nak mintak resepi. Nasib baik resepi ni senang. Kalau tanya resepi nak buat dodol mahu ternganga.

Bahan-bahannya:

Sepaket Speghetti (Haritu aku guna Fettucini sebab dah boring dengan paras rupa Spaghetti)
Sekotak besar susu full cream Dutch Lady
Satu tin cendawan butang yang dah siap dicincang
5 batang sosej dihiris nipis
3 keping keju Chesdale
Bawang merah dicincang
Bawang putih dicincang
Garam secukup rasa
Lada sulah

Cara-cara:
1. Mula-mula rebuskan Spaghetti sehingga mencapai kelembutan yang diidamkan. Untuk elakkan daripada melekat, sapu sedikit mentega. Tos dan asingkan.
2. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing
3. Masukkan sosej
4. Tuangkan susu fullcream (Kalau suka style banjir tuang je satu kotak tuh)
5.Kacau hingga mengelegak dan sedikit likat
6. Kemudian letakkan keju
7.Masukkan cendawan
8. Letak garam dan lada sulah
9.Sedia dihidang

Yummeh!
Memang sedap sangat dapat makan ramai-ramai haritu. Berbaloi-baloi. Makan masa panas-panas tu. Dah sejuk memang rasa muak teramat tapi masih sedap la. "Jimat, Mudah, dan Sedap" itulah tagline untuk hari tu dengan masing-masing mulut comot dengan kuah putih terasa indah dan bahagia saat itu apabila dikenang kembali ewah ewah :'D