Showing posts with label Sweet Moments. Show all posts
Showing posts with label Sweet Moments. Show all posts

Friday, 31 August 2012

Sekitar beraya di Kampung Rengit, Johor

Sungguh aku rindu bulan Ramadhan. Rindu masa berbuka puasa bersama keluarga sambil menonton drama Baitul Rahmat sampai tersedak-sedak bila babak si anak tengking ibu sendiri, kejut adik bangun sahur, merasai kemeriahan suasana bazar dan juga saat-saat mengdambakan keampunan dosa pada malam Lailatul Qadr. Rindu. Sungguh. Aku rindu.

Sekarang, dah masuk hari raya yang ke 13 sudah. Macam mana raya tahun ni? Dapat merasakan kemenangan? Aku tak rasa nak berapa menang pun bila solat sepertiga malam jadi liat nak bangun dah bila ramadhan sudah berakhir. Benar, berubah itu mudah. Tapi.. nak istiqomah itu payah :'(

Raya kali ini adalah yang terakhir akan dirayakan sebagai student degree. Raya tahun depan akan tamat pengajian dan pasti beraya sebagai seorang yang bekerjaya dan tak dapat duit raya lagi. InsyaAllah, giliran aku pula bagi duit raya kat mereka nanti. Rezeki haruslah dikongsi bersama. Amin Ya Rabbal Alamin....

Baiklah, setelah bajet retis bila ramai yang minta aku upload gambar raya kat facebook tapi aku tak upload sebab I memang pemalas bab pilih-pilih gambar mana yang nak di upload so nak muat naik kat blog je supaya lebih special la bagi stalker nak tengok har har har

Selamat datang ke arkib gambar hari raya Kit Kina odengzZZ~~~

My bro kacak la di pagi raya :")

Kerepek corak pusaran ni pelik. Merenung kerepek pusaran ini seperti terkena hypnosis 

Baraan perut 

Daddy bersama abangnya yang berkaca mata

Bila perut nak explode, kena buat muka macam ni.

Ayah membantu kakaknya memasak nasi beriyani


nasi beriyani johor dah siap. Memang sedap. Ayah memang dikurniakan kakak yang berbakat dalam memasak.


Pak cik aku memang sweet nak tolong suapkan aku makan tapi...  ni melahap ni kalau dapat telan semua.

sudah dicat hijau tahi itik





Mengapa anak lebih tinggi dari emak? 

My siblings being cute here. 

Bila atok wedhok bagi duit raya harus kasi headbanging tanda ucapan terima kasih tak terhingga  har har

Tak pe, lempang je budak yang buat duck face tuh dush2!


Anak bongsu yang super comel bersama ibunya yang super cute. Kasih ibu hingga ke syurga :')


Eh jap jap.. Mana gambar kau syakinah?

Hehe gambar aku tak payah upload la.

Sebab?

Gambar aku korang dah tahu punya, eh tak kan tak tahu. aku mestilah handsome lagi ayu je di pagi raya waa har har
Kenapa? Tak percaya? Face to Face la nak tahu sangat aku handsome ke tak, face to facebook pun okey wkwkwkwkwk

Tuesday, 14 August 2012

Baju Raya Spongebob



KUNING !



Kali ini memberanikan diri memilih warna kuning untuk baju kurung. Apakah sudah mahu putuskan hubungan dengan warna pink? Oh tak, tak. Orang gedik memang tetap suka warna pink sehingga rumah ibu bapanya pun di cat warna pinky. Ibu bapa cuma redha dapat anak gedik suka warna pink lalu haruslah juga redha dinding rumah mereka dimerah jambukan oleh anak sulung sendiri.

Hari raya kali ini akan memakai maskot spongebob dengan membulat-bulat kan mata yang sepet ni seperti spongebob untuk harapan kelihatan comel seperti begini.







Maskot pula lengkap dengan polkadot seakan-akan liang roma spongebob supaya dongeng pengaliran udara yang lebih sihat menjadi. Manik menambahkan lagi sifat feminin si pemakai maskot.



Mata si kucing kesayangan kekuningan akibat pancaran warna kuning yang melimpah-ruah ketika melihat si pemakai maskot memperagakan pakaiannya.

"Tuan aku kelihatan gojes," bisik hati Tom Cat yang terpegun hak hak
Si kucing kesayangan akan beraya dengan rantai loceng baru. Corak tulang ikan melambangkan fanatik terhadap ikan dan corak tapak kaki kucing berwarna kuning sedondon dengan tuan dia yang gedik nak pakai maskot spongebob.




" Syakinah! lepas raya rumah aku ni kau nak pergi perhimpunan bersih ke atau nak promote iklan Digi dulu?"


"Arghh, kojaqqqqqqq. I will slap you! I will!"



Nak cakap aku buncit macam ni kan HAHA?